Wednesday, March 3, 2010

Bubarkan PRM : Anwar beri ganjaran RM500k kepada Dr Syed Husin Ali ?

KUALA LUMPUR - Blog GAP (gerakan-anti-pkr.blogspot.com) semalam mendedahkan Datuk Seri Anwar telah mengarahkan kroninya Datuk Nazri Abdullah untuk memberi RM500,000 kepada Dr Syed Husin Ali, sebagai saguhati untuk membubarkan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Pada tahun 2004, sejurus selepas Parti Keadilan Nasional (PKN) dan PRM tewas dalam pilihanraya umum 12, Dr Syed Husin Ali sebagai Presiden PRM telah menyatakan kesetujuannya untuk membubarkan partinya dan bergabung dengan PKN bagi membentuk parti baru yang dinamakan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut GAP dengan pembubaran PRM, warisan sosioalis komunis ini telah membolehkan Sivarasa Rasiah, Latifah Koya, Tian Chua, Irene Fernandez, Johnson Chong, Tian Chua dan lain-lain menyertai PKR. Dr Syed Husin sendiri dilantik sebagai Timbalan Presiden PKR bagi memenuhi janji pengabungan.


Beberapa tahun dulu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Muryidul Am PAS mendakwa PRM 'adik sikit kepada komunis' sebagai membantah tindakan PKR mencalonkan Dr Syed Husin bertanding di Parlimen Kota Bharu, Kelantan.

Tulisan GAP itu sebagai respon pendedahan Dr Syed Husin Ali yang mendakwa Salehuddin Hashim meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR setelah kecewa setelah
tidak dilantik mengetuai Kumpulan Peransang Selangor Berhad (KPS) dengan permintaan gaji sebanyak RM50,000 sebulan.

Bekas Presiden PRM itu yang kini menjadi Timbalan Presiden PKR juga turut mendakwa Salehuddin Hashim juga kecewa Anwar hanya membayar elaun bulanan kepadanya sebanyak RM9,000 sedangkan permintaan asalnya RM10,149 sebulan.

Dalam jawapan balas Sallehuddin kepada Dr Syed Husin, beliau mendakwa gaji RM9,000 sebulan sebagai Setiausaha Agung PKR, adalah kecil berbanding masa yang dicurahkan dan gaji terakhirnya sebelum bersara.

Jelasnya lagi, jumlah itu juga adalah lebih rendah daripada bayaran yang dibuat PKR kepada pelbagai individu di dalam dan luar parti untuk 'menggembira dan mendiamkan' mereka tanpa perlu berbuat apa-apa.

Salehuddin juga menjelaskan bahawa Anwar sendiri yang mempelawa beliau untuk mengetuai Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS), bukan atas permintaannya.

Sehubungan itu Salehuddin mengingatkan Syed Husin supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan yang melalut kerana beliau mempunyai rekod penghantaran e-mel sulit kepada Anwar berhubung isu jawatan tersebut.