Kuala Lumpur - Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu yang baru-baru ini dipecat keanggotaan dari PKR menegaskan dalam isu kalimah Allah, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim telah membuat keputusan peribadi tanpa merujuk pihak yang lebih berautoriti.
“Sebenarnya dalam isu kalimah Allah ini, pendirian yang dibuat parti adalah pendirian Anwar sendiri setelah dia berbincang dengan seorang kawan. Tetapi apabila jadi kecoh baru dia panggil ulama. Pada malam perbincangan itu jelas ramai yang tidak setuju dengan Anwar. Yang setuju hanya ustaz-ustaz politik sahaja, ulama non partisan semua tidak setuju.” Kata Zulkifli dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar yang tersiar hari ini.
Menurut bekas peguam Anwar itu juga pada malam perbicangan dilakukan, Anwar tidakmampu membuat sebarang kenyataan media kerana tidak menjangka tindakannya dalam isu kalimah Allah tidak mendapat sokongan sebahagian besarpemimpin agama yang hadir.
“.Malah seorang ulama menegur beliau kerana kenapa membuat kenyataan terlalu awal. Harun Din misalnya lagi keras sehingga mengkafirkan sesiapa sahaja yang setuju. Ulama-ulama seperti Dr. Kamal Hasan, Dr. Syed Naquib Al-Attas dan Datuk Syed Prof. Shad Faruqi semuanya tidak bersetuju. “ Kata Zulkifli Nordin apabila ditanya pendiriannya dalam isu Kalimah Allah pada wawancara yang disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia tersebut.
Anwar sebelum ini dipetik berkata bahawa tindakannya yang menyokong bukan islam mengunakan kalimah Allah mendapat sokongan ulama dan pemimpin agama tempatan.