Tuesday, October 26, 2010

YB Zahrain persoal berapa kos Anwar bawa Saiful ke luar negara ?

KUALA LUMPUR - YB Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru membangkitkan di palimen semalam tentang berapakah kos perbelanjaan yang dilaburkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa Mohd Saiful Bukhari Azlan keluar negara.

"Saya ingin tahu siapa yang membiayai dan berapakah kos perjalanan ke luar negara Saudara Saiful Bukhari Azlan, seorang bekas pembancuh kopi YB Ketua Pembangkang yang sering mengiringi beliau ke luar negara?", katanya.

Yb Zahrain dimaklumkan Saiful pernah memberitahu mahkamah bahawa dia telah dibawa oleh Anwar ke Bangkok, Hong Kong dan Singapura. Semasa di luar negara, Saiful diberi layanan menginap di hotel lima bintang iaitu Dusit Tani Hotel (Bangkok), Royal Executive Suite, Kowloon (Hong Kong) dan Hotel Hilton (Singapura).

"Kenapa pembancuh kopi pun dipaksa mengiringi Ketua Pembangkang ke luar Negara? Mustahil tidak ada kopi atau pembancuh di Bangkok, Hong Kong dan Singapura"

"Kita nak tahu juga jika Ketua Pembangkang juga turut diiringi tukang kebun, tukang masak dan pembuat karipap, dan apakah jumlah kos sebenar perjalanan mereka ke luar negara", katanya lagi.

Dalam sidang parlimen itu juga Zahrain membangkitkan soal pembaziran yang dilakukan oleh Anwar dalam menghantar pasukan pemujuk kerajaan 16 September yang ternyata tidak membuahkan apa-apa hasil.

Pada 12 September 2008, Anwar telah menghantar 4 orang pemimpinnya sebagai pasukan pemujuk untuk mengekori ahli parlimen BN yang sedang mengadakan lawatan sambil kerja di Taiwan. 4 orang pemimpin PKR yang dihantar itu adalah Tian Chua, Elizaberth Wong, Saifuddin Nasution dan Fauziah Salleh.

"Saya masih tertanya-tanya duit siapa yang sebenarnya dibazir untuk menampung kos perjalanan agen-agen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ini?

"Tujuan mereka ke Taiwan dan Hong Kong bukan untuk menarik pelaburan asing ke Negara kita atau mempermudahkan pelaburan kita di sana (tetapi) tujuan agen-agen tidak bermaruah ini ke Taiwan dan Hongkong ketika dibuai mimpi September 16 adalah dengan niat khianat untuk memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk berpaling tadah?