Monday, October 25, 2010

Soal balas Karpal terhadap Dr Razali ditangguh esok

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Perbicaraan kes liwat yang disambung semula hari ini, bermula dengan peguam Karpal Singh menyoal balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Razali Ibrahim.

Dr Razali juga mengesahkan bahawa doktor-doktor pakar yang memeriksa Saiful antara 28 Jun sehingga 13 Julai 2008 menyediakan laporan awal mengenai hasil pemeriksaan itu.

Ketika disoal balas oleh peguam utama Anwar Karpal Singh, doktor itu berkata, terdapat laporan awal yang memperincikan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful yang dibuat antara 28 Jun dan 13 Julai 2008.

Pada 13 Julai, Razali dan dua rakannya dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) - Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Siew Sheue Feng — telah menyatukan nota-nota pemeriksaan mereka ke atas Saiful — yang telah pun diketengahkan di mahkamah sebagai bukti kes.

Bagaimanapun Razali berkata beliau tiada laporan itu dengannya buat masa sekarang.

Prosiding ditangguhkan sehingga esok bagi membolehkan pihak pendakwaan mengesan satu laporan perubatan awal yang didakwa telah dbuat di antara 28 Jun dan 13 Julai 2008.