Thursday, October 21, 2010

Hantar laporan ke IPU : Mark Trowell sabotaj mahkamah Malaysia ?

Walaupun prosiding perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum sampai ke penghujungnya, tetapi pelbagai percubaan telah dilakukan oleh pihak yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Ketua Umum PKR untuk mensabotaj kes itu daripada diteruskan.

Di peringkat peguam bela Anwar, Karpal Singh berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan prosiding tersebut ditangguhkan selewat mungkin mengakibatkan kes yang bermula sejak 1 Julai 2009, tetapi sehingga ke hari ini, pihak pendakwa hanya mampu mengemukakan hanya 4 orang saksi. Daripada 4 saksi itu, Karpal hanya menyoal balas seorang saksi utama sahaja, manakala 3 saksi lain ditangguhkan lagi.

Manakala di peringkat antarabangsa pula, pelbagai desakan untuk menggugurkan kes dilakukan dari pihak yang berkaitan dengan Anwar, antaranya dari Paul Wolfowitz, Al Gore dan Richard Branson.

Hari ini Malaysiakini melaporkan; "Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dalam resolusi yang diluluskan pada mesyuarat lembaga badan itu 6 Oktober lalu mengecam perbicaraan liwat yang membabitkan Anwar.

"Resolusi itu adalah berdasarkan laporan daripada peguambela British - Mark Trowell yang memantau kes berkenaan dan mengemukakan laporan 24 muka surat kepada IPU. IPU mahu kes dihentikan", lapor Malaysiakini. Klik di sini

Kenyataan Mark Trowell dan IPU itu telah disangkal oleh Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar yang merumuskan kenyataan kedua-dua pihak itu mempunyai agenda tertentu yang disifatkan berusaha untuk campur tangan dalam urusan mahkamah Malaysia.

"Semakin jelas Mark Trowell bukan sekadar peguam pemerhati, tetapi menjadi propagandis di atas ketelusan mahkamah Malaysia membenarkannya menjadi peguam pemerhati. Siapa taja kedatangannya ke Malaysia. Kenapa terus buat laporan sedangkan prosiding masih belum tamat", soal Anuar ketika dihubungi AIDCNews.

"Ini bukan perkara baru campur tangan pihak luar menggangu sistem mahkamah Malaysia. Mark Trowell dan IPU sudah mengeluarkan kenyataan yang sama ketika Anwar dibicarakan pada tahun 1998", katanya.

Menurut bekas Setiausaha Sulit Anwar itu lagi, kenyataan Mark Trowell dan IPU itu membuktikan Anwar cukup terdesak dalam menghadapi kes liwatnya, sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak luar.

"Barangkali, inilah natijah daripada Sodomy Tour Anwar ke Eropah baru-baru ini", katanya lagi.

Pada 26 September lalu, Anwar telah melakukan siri penjelajahan ke luar negara melobi kuasa asing membantunya menggugurkan kes liwatnya.

Siri penjelajahan yang dikenali sebagai 'Sodomy Tour' itu bermula dari Jakarta (bersempena dengan Festival Filem Gay Jakarta); Brussel, menemui Kesatuan Parlimen Eropah; Berlin, menemui Majlis Hubungan Luar Jerman; London, menemui Amnesty International; New York, menemui Al Gore dan berakhir di Jakarta menemui kelompok Islam Liberal pada 11 Oktober lalu.

Semalam, AIDCReveal mempersoalkan motif kedatangan kedua-dua peguam pemerhati antarabangsa dalam kes liwat Anwar. Klik di sini

Lapor AIDCReveal : Kehadiran dua orang peguam pemerhati dari luar negara mengikuti perbicaraan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Malaysia menimbulkan satu persoalan menarik, siapakah mereka dan kenapakah mereka berminat untuk mengikuti perbicaraan tersebut ?

Mark Trowell merupakan peguam dari Queen Council for the Law Asia yang juga merupakan wakil Commonwealth Lawyer's Association (CLA) dan International Court of Justice (ICJ).

CLA dan ICJ bernaung di bawah PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) yang mendapat sponsor dari OSI (Open Society Institute) milik George Soros. Klik di sini dan di sini

Sebab itu tidak hairan Human Rights Watch(HRW), Amnesty International(AI), dan the International Commission of Jurists(ICJ) sentiasa menyokong kes liwat Anwar kerana organisasi-organisasi tersebut berpunca dari penajaan yang sama, George Soros. Klik di sini

Anwar Ibrahim pula dianggap 'Golden Boy' (Anak Emas) Soros dalam ICG (International Crisis Group) yang menyokong tokoh homoseksual menjadi tokoh penting negara. Klik di sini dan di sini

Seorang lagi peguam pemerhati adalah Jennifer Robinson daripada International Bar Association Human Rights Institute(IBAHRI) yang organisasi badan peguam untuk Hak Asasi yang ditaja oleh Soros. Klik di sini

Robinson juga merupakan peguam Pro Bono (Solicitors Pro Bono Group) dari Finers Stephens Innocent (FSI) yang merupakan satu firma undang-undang berkebajikan berpengkalan di London. FSI ini juga mempunyai kaitan rapat dengan Soros. Klik di sini

Dan selepas ini setelah berpenat lelah mengikuti prosiding yang tertangguh-tangguh, Mark Trowell dan Jennifer Robinson lapor kepada siapa ? , soal AIDCReveal.

Apa itu IPU ?

IPU atau Inter-Parliamentary Union yang ditubuhkan pada tahun 1889 merupakan organisasi yang terletak di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Berpengkalan di Geneva, Switzerland, IPU menggabungkan kumpulan demokratik dan Liberal International Kesatuan Eropah untuk memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia.Klik di sini

Selain memperjuangkan kes Anwar yang dituduh melakukan aktiviti homoseksual di Malaysia, IPU juga memperjuangkan kes Makvan Mouloodzadeh, seorang pemuda yang dihukum mati kerana melakukan aktiviti homoseksual di Iran.Klik di sini

"Di Iran, kami tidak membenarkan aktiviti homoseksual seperti di negara anda", kata Mahmoud Ahmadinejab, Presiden Iran menjawab kritikan-kritikan pihak luar negara.

IPU juga turut dikaitkan dengan George Soros apabila Yayasan Soros, Open Society Institute (OSI) sering berkerjasama dengan badan itu dalam memperjuangkan isu golongan penghidap AIDS dan LGBT(lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Klik sini dan sini.