Thursday, October 7, 2010

Lobi Liwat Antarabngsa : Anwar Minta Bantuan Amnesty International



Pada 3 Oktober lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Amnesty International, (AI) sebuah organisasi hak asasi antarabangsa yang ditubuhkan di London dan mempunyai cawangan di seluruh dunia.

Pertemuan tertutup itu dipercayai untuk membincangkan strategi yang perlu dimainkan oleh organisasi hak asasi antarabangsa itu khususnya membantu dalam melobi kuasa-kuasa antarabangsa mendesak Malaysia mengugurkan kes liwat Anwar.

Peranan yang selalu dimainkan oleh AI adalah menyediakan laporan-laporan dari sudut hak asasi manusia kepada media-media dan tokoh-tokoh strategik antarabangsa.

Pada AI, mendiskriminasi atau menghukum golongan homoseksual adalah bercanggah dengan dengan hak asasi manusia. Oleh sebab itu menjadi tanggungjawab AI untuk melindungi golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) untuk menikmati kehidupan peribadi seksual mereka. Klik di sini

Baru-baru ini, Syed Salah Kamall Ahli Parlimen Muslim Liberal Britain telah menggesa Kesatuan Parlimen Eropah untuk campur tangan dalam kes liwat Anwar di Malaysia. Hujah Syed Salah Kamal berdasarkan laporan dari AI. Klik di sini

"Pihak berkuasa Malaysia telah menjalankan muslihat kotor yang sama dalam percubaan untuk membuang ketua pembangkang (Anwar) daripada politik. Badan kehakiman Malaysia sepatutnya membuang caj-caj ini.” kata Sam Zarifi, pengarah Asia Pasifik, AI.

Menurut laporan AI : Pertuduhan jenayah liwat terhadap Anwar, di bawah Section 377B Kanun Jenayah, adalah bersalahan dengan piawaian hak-hak asasi manusia antarabangsa. Undang-undang zaman penjajah British ini menyebabkan penjara dan sebat, merupakan satu hukuman yang melanggar larangan undang-undang antarabangsa terhadap penganiayaan . Tambahan pula, peraturan UN Human Rights Commission (1997) mengesahkan undang-undang terhadap liwat adalah melanggar privasi hak asasi.

Pada 29 September lalu, Anwar dibawa oleh penajanya, yayasan Kristian Jerman, Friedrich Naumann Foundation (FNF) untuk melobi tokoh-tokoh politik di European Parliament, Brussel .

agl_anwar_ibrahim
Dari kiri : Jürgen D. Wickert (Pengarah Dailog Politik Antarabangsa, Yayasan Kristian Jerman, Friedrich Naumann Foundation); Hans Van Baalen (President Liberal International); Anwar Ibrahim dan Alexander Graf Lambsdorff (Presiden European Liberal Forum)


Dengan dibantu oleh Dr. Jürgen D. Wickert dan Moritz Kleine Brockhof dari FNF, Anwar telah berjaya melobi Hans van Baalen, President Liberal International, Alexander Graf Lambsdorff, Presiden European Liberal Forum dan Jerzy Buzek, Presiden European Parliament. Klik di sini dan di sini

Anwar juga diberi peluang berucap di persidangan Pemimpin -Pemimpin Liberal Eropah bertajuk "Nilai Liberal Dalam Dunia Islam : Mengapa Islam Dan Demokrasi Ditakdirkan Bertepatan"

Jerzy Buzek, Presiden European Parliament, turut mengadakan pertemuan dengan Salil Shetty, Setiausaha Agung AI untuk memberi sokongan supaya organisasi antarabangsa itu terus membantu Anwar.Klik di sini

Di Jerman, Anwar melobi tokoh-tokoh Yahudi dalam CFR (Council on Foreign Relations), manakala di Itali, Anwar meminta pertolongan kumpulan Jesuits. Klik di sini

Siapa di belakang AI ?

Menurut laporan Discover The Networks, AI termasuk dalam salah satu daripada NGO yang dibiayai oleh 'Open Society Institute' (OSI), sebuah yayasan yang dimiliki oleh George Soros.

Selain AI, OSI juga turut menaja Human Rights Watch(HRW), sebuah organisasi hak asasi yang menyokong kes liwat Anwar [klik di sini] dan International Crisis Group (ICG), sebuah organisasi penyelidikan antarabangsa ala CIA.

Dalam ICG, Anwar telah dilantik menjadi salah seorang ahli jawatankuasanya oleh Christopher Patten (kroni Soros) yang menjadi Pengerusi ICG dan juga Pengerusi Universiti Oxford, United Kingdom. Klik di sini

Selain itu, OSI turut menaja badan-badan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti menyokong homoseksual, antaranya 'the Gay Straight Alliance Network', 'the International Gay and Lesbian Human Rights Commission', dan 'the National Gay and Lesbian Task Force'. Klik di sini

Menurut Calvina Fay dari Yayasan Bebas Dari Dadah, sebuah organisasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat; "George Soros, adalah manusia paling jahat di dunia kerana menjadi dalang kepada gerakan homoseksual". Klik di sini

"Sebahagian dari kekayaan Soros, yang dianggarkan berjumlah $7 bilion, telah disalurkan kepada kumpulan pejuang hak gay (homoseksual), pengguguran bayi, penyalahgunaan dadah secara haram dan hak untuk pelacur", lapor laman web aim.org. Klik di sini

Amnesty International Malaysia

Di Malaysia, AI juga mempunyai cawangannya yang dikenali sebagai Amnesty International Malaysia (AIM).

AIM yang ditubuhkan pada 1999 diketuai oleh Nora Murat sering berkerjasama dengan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang diasaskan oleh Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR dan juga bekas salah seorang peguam kes liwat Anwar.

Aktivis-aktivis AIM dan SUARAM sering menyuarakan pendapat mereka dalam portal Malaysiakini yang juga ditaja Soros. Klik di sini

Rangkaian kumpulan di atas lebih cenderung menyokong isu-isu yang berkaitan dengan kumpulan LGBT Malaysia khususnya membabitkan Anwar Ibrahim.

Ketika Anwar didakwa melakukan perbuatan liwat II, Susan Loone, bekas wartawan Malaysiakini yang kini menjadi Programme Coordinator: Information and Publications, Forum Asia (Asian Forum for Human Rights and Development), blogger yang mula-mula berkempen membela Anwar.

Susan Loone menyiarkan artikel kempen
mendapatkan tanda tangan sokong Anwar yang diusahakan oleh dua aktivis bernama Alina Rastam dan Shanon Shah bin Mohd. Sidik.

Alina Rastam adalah aktivis pembela LGBT yang bergiat aktif dalam AWAM (the All Women's Action Society), manakala Shanon Shah Mohd Sidik pula adalah Pengarah Eksekutif, AIM. Klik di sini

"Kami, menandatangani, sokongan ini, tidak mempedulikan sama ada Anwar, atau mana-mana ahli politik, dalam amalan seksualannya. Setiap individu, amalan-amalan seksual dan orientasinya adalah bersifat peribadi. Tambahan pula, privasi setiap individu mestilah dihormati", tulis kempen sokongan terhadap Anwar itu.

"Apa yang lebih mengganggu adalah Seksyen 377a dan 377b Kanun Jenayah telah digunakan oleh kerajaan untuk mendiamkan pemberontakan politik, atas tafsiran 'persetubuhan luar tabie menentang alam semula jadi'. Pada dasarnya, hukum-hukum ini , dan penguatkuasaan kerajaan mendiskriminasi keseluruhan sektor masyarakatlesbian, homoseksual, biseksual dan transeksual (LGBT). Mereka mewujudkan satu persekitaran yang menggalakkan, diskriminasi dan keganasan menentang LGBT", tulis kempen itu lagi. Klik di sini