Friday, August 6, 2010

Apa motif Anwar hantar Nurul Izzah berbincang dengan Universiti Paramadina ?



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad semalam dilaporkan telah mengadakan kunjungan ke Universiti Paramadina Indonesia dan berbincang dengan Anies Baswedan yang merupakan rektor universiti berkenaan.



Universiti Paramadina diasaskan pada tahun 1998 oleh tokoh Islam Liberal terkenal di Indonesia iaitu Nurcholish Madjid melalui yayasannya The Paramadina Foundation.Klik di sini dan klik di sini

Nurcholish Madjid yang mendapat kedoktoran Islamic Study dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat di bawah bimbingan Fazlur Rahman telah menjadi Rektor Universiti Paramadina dari awal penubuhannya (1998) hingga kewafatannya pada tahun 2005. Klik di sini

Selepas kewafatan Nurcholish, Universiti Paramadina diterajui oleh anak buahnya, Anies Baswedan yang meneruskan misi utama universiti tersebut untuk menyebarkan Pluralisme Agama di Indonesia di bawah tajaan Asia Foundation, sebuah yayasan dari Amerika Syarikat.

Menurut pengamat politik, Anis Baswaden sedang direkrut oleh Amerika Syarikat untuk menjadi bakal pemimpin masa hadapan di Indonesia.

Tulisannya yang paling terkenal ialah “Political Islam in Indonesia: Present and Future Trajectory”. Kandungan bukunya memfokus kepada idea mempromosi Islam Liberal dan pluralisme agama sebagai pilihan hidup umat Islam.

Beliau juga pernah menerima anugerah tokoh intelektual dunia dari Forum ekonomi dunia Davos hinggalah kepada Majalah Foreign Policy yang memasukkan namanya sebagai salah seorang daripada 100 "Public Intellectuals" di dunia sebaris dengan nama bekas Naib Presiden Amerika Syarikat AL Gore.



Dipercayai kunjungan kedua orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah(anak Anwar) dan Nik Nazmi (pegawai khas Anwar) ke universiti itu bertujuan untuk perbincangan lanjut tentang strategi mengembangkan fahaman pluralisme Agama ke Malaysia.



Dalam tulisan Al Gore dan Paul Wolfowitz di The Wall Street Jounal baru-baru ini kedua mereka bersetuju untuk menyokong sepenuh hati kepada Anwar Ibrahim kerana ketua Pakatan Rakyat itu dianggap sebagai 'Bapa Pluralisme Malaysia'.