Datuk Seri Anwar pernah bercium mulut stail Barat dengan girlfriend, Paul Wolfowitz ketika mereka berjumpa di Bahrain, dakwa YB Dato' Zahrain Mohammed Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru.
Adegan perciuman mulut antara Anwar dan Shaha Riza disaksikan sendiri oleh Zahrain, ketika beliau merupakan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang mengikuti rombongan Ketua Umum PKR ke Bahrain.
Anwar ketika itu merupakan Pengerusi Foundation For The Future, sebuah yayasan demokrasi tajaan Amerika Syarikat yang berpengkalan di Bahrain, manakala Shaha Riza merupakan CEO yayasan yang dipengerusikan Anwar tersebut.
"Bila Shaha Riza datang, kita ingat biasalah Anwar akan sambut dengan 'Shake hand' (bersalam). Anwar tak 'shake hand' Shaha Riza ni, punya lah rapat, Anwar cium Shaha Riza" Kata Zahrain.
" Saya kata celaka ni, kalau setakat salam okay lah, tapi mereka bercium, cium pula bukan cium biasa tetapi stail Barat. Saya kata haram jadah, dia dah buat perangai dah" katanya lagi.
Menurut Zahrain tujuan Anwar bercium dengan Shaha Riza untuk menunjukkan betapa rapatnya hubungan mereka berdua. Lagi pun Shaha Riza merupakan girlfriend kepada Paul Wolfowitz yang merupakan seorang tokoh 'Yahudi Israel Paling Berjaya 2002' anugerah JINSA (The Jewish Institute For National Security Affairs).
Paul Wolfowitz ketika itu adalah Presiden Bank Dunia yang merupakan salah seorang pemutus dasar luar kerajaan Republikan Presiden Bush. Kepercayaan Presiden Bush kepada Paul Wolfowitz sangat jelas apabila Yahudi beraliran zionis itu dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat yang menjadi artikek perang ke atas Iraq.
"Masa itu okay lah, dia (Anwar) boss kita. Pasai dia (bercium), dia nak tunjuk kepada Yahudi, kononnya dia boleh handle (liberal), boleh merapatkan dunia Islam dengan dunia Barat", kata bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu.
Baru-baru ini, Paul Wolfowitz bersama Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat menulis pandangan bersama di The Wall Street Journal membela Anwar Ibrahim.
Tulisan yang bertujuan melobi kerajaan Amerika Syarikat campur tangan dalam kes liwat di Malaysia meletakkan satu premis kuat kenapa mereka menyokong Anwar Ibrahim.
Menurut Al Gore & Wolfowitz premisnya adalah : "Anwar Ibrahim komited memperjuangkan nilai-nilai pluralism, toleransi dan kebebasan yang diperlukan oleh Malaysia untuk berkembang."
Kami di AIDC mempersoal kenapa kedua-dua tokoh Yahudi itu lebih mengenali Anwar Ibrahim berbanding dengan rakyat Malaysia.Klik di sini
Rakyat Malaysia mengenali Anwar Ibrahim sebagai bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan tokoh yang diramal bakal menjadi Presiden Parti Islam Malaysia (PAS), sedangkan kedua tokoh Yahudi tersebut yakin Anwar Ibrahim merupakan 'bapa pluralis, tolenransi dan Kebebasan' yang amat kontras dengan perwatakannya.
Namun begitu pendedahan Zahrain yang menjadi kawan rapat Anwar selama 30 tahun ketika berceramah di Jalan IKS, Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pada 23 Julai lalu, berkenaan dengan Anwar pernah bercium dengan Shaha Ali Riza sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa pandangan Al Gore dan Wolfowitz terhadap Anwar adalah benar.