Friday, April 30, 2010

Mengenali penaja asing Anwar Ibrahim

Sebelum pilihanraya umum ke 12, sekurang-kurangnya tujuh badan asing yang terlibat menaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR). Badan-badan tersebut adalah NED (National Endowment for Democracy), IRI (International Republican Institut), NDI (National Democracy Institute), OSI (Open Society Institute), KAF (Konrad Adenauer Foundation), FNF (Friedrich Naumann Foundation) dan SPF (Sasakawa Peace Foundation).

IRI dan NDI adalah cabang NED yang Anwar merupakan salah seorang panel pemikirnya, manakala KAF dan FNF merupakan yayasan Kristian Jerman yang ditubuhkan sebagai 'menebus dosa kepada kaum Yahudi' ekoran pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi(holocaust) semasa pemerintahan Nazi Hitler di Jerman satu ketika dahulu. Begitu juga dengan SBF merupakan 'bayaran denda' kepada Jepun kerana menyertai 'Pakatan Axis'(pakatan Jepun, Jerman & Rusia) menentang 'Pihak Bersekutu' yang diketuai oleh Amerika Syarikat dalam Peperangan Dunia ke-II.


National Endowment for Democracy(NED)

Penaja ini mula membiayai Anwar bermula dari tahun 2004, selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.

NED merupakan yayasan Amerika Syarikat yang dimiliki oleh kumpulan neocon (Yahudi). Presiden yayasan ini adalah Carl Gershman, seorang Yahudi beraliran Zionisme. NED yang bertopengkan ‘memerangi terorisme’ dan ‘menyemai demokrasi’ telah dijadikan sebagai instrumen kerajaan Amerika untuk ‘menakluk dunia melalui pilihanraya’ dalam sesebuah negara yang menjadi targetnya.

Secara umumnya, NED mempunyai empat cabang iaitu pertama; IRI (International Republican Institute), kedua NDI (National Democratic Institute for International Affairs), ketiga, CIPE (Chamber of Commerce's Center for Private Enterprise) dan keempat ACILS (American Center for International Labor Solidarity)

Anwar mula terlibat aktif dalam NED sejak tahun 2005. Kali pertama dijemput sebagai pemidato utama NED di New York pada 1 Disember 2005. Program itu adalah anjuran NED dengan kerjasama FPA (The Foreign Policy Association).

Ucapan Anwar yang bertajuk "Masa Depan Demokrasi Islam" itu dipengerusikan oleh Carl Gershman, Pengerusi NED.

Dalam ucapan itu, Anwar menyeru dunia Islam agar menerima demokrasi dan kebebasan serta menyeru dunia Islam agar menjadi Amerika Syarikat sebagai rakan kongsi yang sejati.Klik di sini

Pada tahun 2004, NED telah membelanjakan USD $325 493 atau RM 1.2 juta untuk bantuan NGO dan pelbagai program di Malaysia.

Bantuan NED itu juga disalurkan kepada NGO Malaysia yang pro Anwar Ibrahim. NGO tersebut adalah Center for Independent (CIJ); Southeast Asian Press Alliance (SEAPA); Malaysian For Free Election (MAFREL); Open Dialogue Centre (ODC); Malaysiakini.com dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). Klik di sini dan di sini

Open Society Institute (OSI)

OSI dimiliki oleh seorang Yahudi penyangak matawang dunia yang bernama George Soros. Pengatur di antara PKR dan Soros adalah Elizaberth Wong dan Tian Chua. Kedua-dua mereka ini pernah terlibat aktif dalam NGO SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan pengasas Malaysiakini.com. Sekarang Elizaberth Wong adalah exco kerajaan negeri Selangor, manakala Tian Chua merupakan ahli parlimen PKR kawasan Batu dan Pengarah Strategik PKR.

Bukan rahsia lagi, Portal Malaysiakini yang dilihat sebagai media internet pro Anwar juga turut dibantu oleh OSI.

Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan pernah mendedahkan bagaimanakah proses penyaluran dana tersebut ke PKR. Salah satu kaedahnya dengan memasukkan ke dalam akaun CITYBANK dan PUBLIC BANK ke atas nama SYARIKAT GELORA SDN BHD, kepunyaan Khalid Jaafar yang juga merupakan Pengarah IKD.


Soros merupakan pencatur politik dunia dan pernah berkempen untuk Presiden Obama dengan menaja beberapa NGO pro Demokrat. Antara NGO tersebut adalah MoveOn.Org, Human Rights Watch, Media Matters dan ICG (International Crisis Group).

Calvina Fay dari Drug Free America Foundation berkata Soros merupakan "individu yang paling jahat di dunia" kerana sebahagian daripada kekayaannya, dianggarkan berjumlah $7 bilion, disalurkan kepada kumpulan pejuang hak kaum GAY, pengguguran bayi, penggunaan dadah haram dan hak pelacur.

Menurut Professor Michel Chossudovsky, Soros (Open Society Institute) bekerjasama IMF (International Monetary Fund),dan NED (The National Endowment for Democracy) untuk melantik Presiden proksi pro Amerika Syarikat dalam pilihan raya umum Ukraine.

Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan Soros dalam ICG, sebuah organisasi ala-CIA tajaan Open Society Institute.



Konrad Adenauer Foundation (KAF)

KAF merupakan penaja terawal Anwar, sejak dari tahun 1984, sebaik sahaja beliau menubuhkan institut pemikirannya sendiri yang dikenali sebagai Institut Kajian Dasar (IKD).

Ketika itu IKD diterajui oleh sahabat karib Anwar, Kamaruddin Jaafar, yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung ABIM. Sekarang Kamaruddin merupakan bekas Setiausaha Agung PAS.

Pada tahun 1994-1998 IKD dan KAF telah membayar sebanyak RM 38 million kepada sebuah badan pelobi Zionis yang dinamakan APPC (Asia Pacific Policy Centre) untuk menganjurkan 'Projek Dailog Pasifik'.

APPC diketuai oleh seorang Zionis bernama Douglas Paal. Paal ketika itu seorang yang berpengaruh di Amerika Syarikat kerana beliau merupakan bekas pengalisis kanan CIA. Sekarang Paal merupakan Naib Presiden kepada Carnegie Endowment for International Peace, salah satu yayasan yang sering menaja Anwar di luar negara.

Kejayaan utama 'Projek Dailog Pasifik' adalah berjaya membawa tokoh-tokoh Zionis seperti William S. Cohen, (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Henry Kissinger, (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) ke Malaysia untuk menjalinkan persahabatan dengan Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sekarang, KAF masih menaja IKD dan MEGC (Middle Eastern Graduate Center), satu daripada cabang IKD.

Penajaannya dalam bentuk pembiayaan program dan penerbitan buku khususnya berkenaan mengembangkan usaha Pluralisme Agama (Persamaan antara agama) di Malaysia.

Pluralisme ini adalah asas kepada Interfaith Council atau Interfaith Commission atau ringkasnya IFC yang menjadi ancaman kepada Islam di Malaysia.


Friedrich Naumann Foundation(FNF)

FNF dipercayai mula menaja Anwar sejak dari tahun 1999. Penajaan FNF ditumpukan kepada Kelab Penyokong Anwar Ibrahim (AIC) dan media baru.

Penaja ini turut mengadakan bengkel dan penajaan penulis media internatif (khususnya internet). AIC telah ditaja FNF untuk merekrut penulis-penulis muda di internet serta membayar elaun bulanan kepada blogger-blogger seperti Faisal Mustaffa (blog merpati jingga), Najwan Halimi (najwanhalimi.com), Raja Petra Raja Kamaruddin (Malaysia-today)dan Beh Lih Yi (Malaysiakini)

Matlamat utama FNF adalah untuk mewujudkan konsep liberalisme di Malaysia. Aktivis PKR termasuk Jonson Chong, Dr Zaliha Mustafa, Cheah Kah Peng, turut ditaja untuk menggerakkan massa supaya matlamat liberalisme ini dapat direalisasikan di Malaysia.

FNF dan KAF turut mendapat sumbangan daripada AJC(American Jewish Committee)


Sasakawa Peace Foundation (SPF)

SBF diasaskan oleh Ryoichi Sasakawa, seorang aktivis pro Amerika Syarikat. Selepas perang dunia kedua, Jepun telah menjalankan dasar berbaik-baik (Japan Lobby) dengan Amerika Syarikat melalui penubuhan The Japan Foundation

Hasil kerjasama The Japan Foundation dengan Amerika Syarikat, ditubuhkan pula The Nippon Foundation atau Sasakawa Peace Foundation (SPF) pada 1980-an yang mempunyai dua ofis iaitu di Jepun dan Amerika Syarikat.

Salah seorang bekas panel IKD dan pengarang Suara Keadilan, Fathi Aris Omar, telah mendapat tajaan The Nippon Foundation atau Sasakawa Peace Foundation melanjutkan pengajian di Jakarta pada 2004.

SPF menaja Fathi Aris untuk membuat kajian di Komunitas Utan Kayu, Jakarta, yang lebih dikenali sebagai pusat Jaringan Islam Liberal (JIL). Komunitas Utan Kayu itu dimiliki oleh Goenawan Mohamad, salah seorang aktivis Islam Liberal Indonesia.

Goenawan Mohamad, merupakan kawan baik Anwar yang memiliki majalahnya sendiri (Majalah Tempo). Majalah itu sering mempromosi imej positif Anwar di Indonesia.

Manakala Fathi Aris pula adalah kolumnis kanan, Malaysiakini dan pengasas Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT)yang merupakan cabang seni kepada IKD.