Monday, April 5, 2010

Task Force 13 : Projek menjatuhkan Haji Hadi Awang ?

KUALA LUMPUR - Satu projek yang dikenali sebagai 'Task Force 13' sedang menjalankan gerak kerja untuk menjatuhkan Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang. Gerakan ini dirancang oleh sekumpulan ahli PAS yang dikaitkan dengan kumpulan Erdogan PAS.

Selain Haji Hadi, kumpulan ini juga sedang berusaha untuk menjatuhkan Nasharuddin Mat Isa(Timbalan Presiden PAS), Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Ustaz Harun Taib (Ketua Dewan Ulama), Dr Haron Din (Timbalan Muryidul Am PAS) dan Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor)yang dikaitkan sebagai 'kumpulan ulama' PAS.

Task Force 13 ini digerakkan sebaik sahaja keputusan muktamar PAS yang menyebelahi kumpulan ulama. Difahamkan kumpulan ini tidak berpuas hati dengan gandingan kepimpinan Hadi-Nasharuddin dan mereka mahu mengangkat calon Presiden/Timbalan PAS yang lebih liberal, sesuai dengan keadaan politik semasa hari ini.

Difahamkan kumpulan ini merupakan penggerak kepada kumpulan Erdogan PAS yang lebih berketuakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding dengan Hadi Awang, Presiden PAS.

Beberapa nama yang disebut-sebut sebagai penggerak Task Force 13 ialah Zainulfaqar Yaakub (blogger/wartawan harakah), Wan Ji Wan Salleh (blog Al Bakistani), Abdul Rahman (blog Tulang Besi/Malaysia Waves) dan blogger Topeng Perak (Blog Perisik Rakyat.

Selain daripada Task Force 13, terdapat satu lagi kumpulan yang mempunyai motif yang sama dikenali sebagai "PAS Reform". Kumpulan ini dipercayai diketuai blogger Aduka Taruna yang telah diheret ke mahakamah kerana tulisannya yang menghina kemangkatan Sultan Johor.