Sunday, April 18, 2010

Anwar bersama Al Gore terlibat dalam Mont Pelerin Society

Satu kajian yang dibuat oleh Anton Chaitkin mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selain terlibat dengan IMF, beliau juga terlibat dalam satu organisasi think tank dunia yang dikenali sebagai the Mont Pelerin Society.

Pendedahan itu dibuat di dalam artikel bertajuk "The Dirty Operation Against Zimbabwe:
Soros, Abramoff, and British Africa", terbitan EIR (Executive Intelligence Review) 11 Julai 2008. Klik di sini

Menurut wikipedia The Mont Pelerin Society [klik di sini] adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang menggabungkan para ekonomis, ahli falsafah, intelektual, ahli sejarah, pemimpin korporat dan individu yang berkecenderungan memperjuangkan konsep liberalisme klasik.

Pertubuhan ini ditubuhkan oleh Friedrich Hayek, Milton Friedman, Karl Popper dan Ludwig von Mises yang memperjuangkan kebebasan bersuara(freedom of expression), dasar ekonomi bebas (free market economic policies) dan nilai politik dalam masyarakat terbuka (political values of an open society).

Keempat-empat tokoh pengasas adalah berbangsa Yahudi. Friedrich Hayek dan Ludwig von Mises merupakan rakan sekelas dalam sekolah ekonomi Yahudi Austria. Karl Popper merupakan keturunan Yahudi Austria-Hungry. Manakala Milton Friedman merupakan seorang pelarian Yahudi yang memenangi hadiah nobel ekonomi pada tahun 1976.

Nama The Mont Pelerin Society diambil sempena dengan nama tempat Mont Pelerin, Switzerland yang merupakan tempat perbincangan pertama kumpulan ini yang dianjurkan oleh Professor Friedrich Hayek 10 April 1947.

Salah seorang ahli pertubuhan ini bernama Antony Fisher telah menubuhkan beberapa badan pemikir di Eropah dan Amerika Syarikat untuk mengembangkan ideologi kumpulan mereka. Antaranya the Institute of Economic Affairs (IEA) di London (1955), the Heritage Foundation di Washington, D.C., (1973), the Manhattan Institute for Policy Research di New York (1977) dan the Atlas Economic Research Foundation (1981). Selain itu Atlas Foundation juga turut menaja penubuhan badan pemikir antarabangsa yang dikenali the Fraser Institute.

Semasa pemerintahan Presiden Ronald Reagan, daripada 76 pakar ekonomi, 22 daripadanya adalah ahli The Mont Pelerin Society.

Anwar Ibrahim dan Al Gore merupakan ahli pertubuhan ini yang dikenali sebagai 'Penceramah Reformasi'.Klik di sini