Monday, April 26, 2010

Anwar buat apa di Oslo, Norway ?

Kini Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Oslo, Norway untuk menghadiri "Forum Kebebasan Oslo", 26-29 April 2010. Anwar merupakan salah seorang panel penceramah bersama Rebiya Kader, aktivis yang disebut-sebut sebagai agen CIA yang mencetuskan kekacauan etnik di Xinjiang baru-baru ini.


The "Oslo Freedom Forum 2010" merupakan flatform aktivis-aktivis kebebasan seluruh dunia yang memperjuangkan hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi di negara masing-masing. Acara ini diadakan setiap tahun dengan mengangkat tokoh-tokoh yang memperjuangkan hak asasi manusia seperti Marina Nemat dari Iran.Klik di sini

Marina Nemat merupakan pejuang "kebebasan" dari Iran merupakan seorang akitivis anti- Ayatollah Khomeini dan anti Revolusi Islam Islam. Sokongan yang kuatnya kepada Mohammad Reza Pahlavi menyebabkan dia menulis artikel-artikel yang memburuk-burukkan kerajaan Ayatollah Khomeini. Marina Nemat adalah seorang penganut Kristian tetapi telah memeluk Islam apabila berkahwin dengan Ali Moosavi untuk mengelakkan dirinya daripada dipenjarakan. Setelah dibebaskan dari penjara, Marina Nemat kembali menjadi murtad, setelah berkahwin dengan Andre dan mereka melarikan diri ke Kanada. Klik di sini dan di sini

Sekiranya begitu latar belakang penceramah hak asasi manusia dan kebebasan yang diiktiraf oleh "Forum Kebebasan Oslo", apakah pula sumbangan Anwar Ibrahim dalam konteks kebebasan dan hak asasi Malaysia ?

Menurut laman oslofreedomforum.com, sumbangan Anwar paling menonjol di Malaysia apabila beliau memperjuangkan isu kalimah Allah kepada Kristian yang sebelum ini belum pernah diperjuangkan oleh mana-mana tokoh muslim dari Malaysia. Sumbangan Anwar ini telah mendapat liputan meluas di media antarabangsa khususnya di The Wall Street Journal.Klik di sini

Oslo Freedom Forum diasaskan oleh Thor Leonardo Halvorssen Mendoza seorang pejuang hak asasi manusia dari Latin Amerika Syarikat. Beliau menggerakkan Forum Kebebasan Oslo melalui yayasan yang dimilikinya iaitu Human Rights Foundation(HRF). Selain itu beliau juga memiliki FIRE (Foundation for Individual Rights in Education yang kedua-dua beibu pejabat di New York,Amerika Syarikat. Klik di sini

Menurut takrif Human Rights atau Hak Asasi Manusia perjuangan menegakkan hak kumpulan lesbian, gay, bisexual, dan transgender (LGBT) merupakan teras utama perjuangan mereka. Klik di sini