PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dari Mahkamah Sesyen.
Keputusan rayuan Anwar ini didengar oleh tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdul Hamid Embong bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffery Tan Kok Wha dan diputuskan sebentar tadi.
Panel Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan, jaminan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada isteri dan anak perempuan Anwar bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan terlibat dalam kes ini, tidak wajar dijadikan hujah kerana kuasa eksekutif(pentadbiran) tidak boleh campur tangan dalam kuasa legislatif(undang-undang).
Dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, kes perbicaraan Anwar akan bermula pada 8 Julai di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah, seperti mana yang dtetapkan sebelum