Monday, July 6, 2009

PKR tubuh KEJAM ajak rakyat sokong Anwar


Angkatan Muda PKR telah menubuhkan sekretariat khas bertujuan membela kes liwat Anwar Ibrahim yang dinamakan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM).

KEJAM digerakkan oleh ahli-ahli Angkatan Muda PKR yang dipimpin oleh ketuanya Shamsul Iskandar Mat Akin yang berusaha meraih sokongan daripada golongan masyarakat yang tidak berparti agar menyokong Anwar Ibrahim.

"KEJAM akan menggerakkan usaha mennyokong Datuk Seri Anwar, dan akan menyebarluas fakta-fakta dan bukti-bukti alibi yang sekaligus membuktikan bahawa konspirasi ini tidak lain hanyalah satu usaha mengekang kemaraan rakyat yang semakin hari semakin menolak Umno-BN", tulis Shamsul Iskandar di dalam blognya.

Dipercayai KEJAM ditubuhkan sejak pertengahan Jun lalu, apabila mendapati usaha-usaha menggugurkan kes liwat yang dilakukan oleh Anwar dan barisan peguam belanya tidak tidak begitu positif.

Oleh itu KEJAM telah berusaha untuk mengumpulkan ahli-ahli angkatan mudanya untuk hadir secara beramai-ramai pada 8 Julai 2009, 9.00 pagi, di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, sebagai menandakan kes liwat Anwar mendapat sokongan penuh daripada PKR.

Sebelum ini, Shamsul Iskandar telah menghantar memorandum kepada pihak pendakwaraya agar menggugurkan kes liwat Anwar, namun usaha itu tidak membuahkan apa-apa hasil.

Sestengah pihak berpendapat, kesungguhan Angkatan Muda PKR menggugurkan kes dan menubuhkan KEJAM melambangkan ketakutan melampau di kalangan para penyokong totok PKR, bimbang sekiranya Anwar Ibrahim bakal didapati bersalah dalam perbicaraan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari dan di penjarakan sekali lagi di Sungai Buloh.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan pada 8 Julai di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah.