Thursday, February 4, 2010

Pancingan, Ancaman & Sogokan, 3 taktik Anwar liwat Saiful

KUALA LUMPUR - Dalam keterangan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari petang semalam, sekurang-kurangnya tiga taktik digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum meliwat bekas pembantunya itu.

Tiga taktik yang dimaksudkan itu adalah pancingan, ancaman dan sogokan.

Dalam keterangannya semalam, saksi utama itu menjelaskan beliau dilantik sebagai 'pembantu peribadi' dengan tiada surat-menyurat pelantikan tersebut pada penghujung April 2008.

Sebagai pembantu peribadi, tugasnya membuat pemfailan dokumen-dokumen sulit Anwar seperti akaun-akaun bank dan kawal selia telefon bimbit peribadinya. Selain itu, beliau ditugaskan untuk mengatur pertemuan sulit Anwar dengan ejen-ejen Ahli Parlimen yang ingin melompat parti dan membantu Ketua Staf, Ibrahim Yaacob dalam mengatur jadual Anwar.

Tugas seperti ini boleh ditafsirkan sebagai bentuk pancingan untuk mendekatkan Saiful dengan Anwar dengan alasan kerja sulit.

Pancingan tersebut dilakukan berselindung di sebalik 'arahan majikan' apabila Anwar mengarahkannya wajib hadir ke Kondo Desa Damasara pada 26.6.2008 dengan alasan untuk berbincang tentang jadual kerja sulit.

Apabila Saiful hadir seorang diri di Kondo itu, Anwar akan menggunakan taktik kedua iaitu berbentuk ancaman.

Semasa di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara, pada 26 Jun 2008, Anwar dilaporkan bertanyakan secara langsung kepada pekerjanya (Saiful) dengan pertanyaan berbunyi "Can I f**k you today?" (Boleh saya liwat anda hari ini). Apabila Saiful menjawab tidak, Anwar akan memarahi dan menggunakan kuasa diktatornya sebagai majikan untuk meliwat pekerjanya itu.

Menurut Saiful lagi Anwar mengarahkannya ke bilik air untuk mencucikan badan sebelum masuk ke bilik tidur utama. Dalam masa yang sama Anwar akan menutup langsir dan lampu bilik, dengan keadaan bilik agak gelap dengan hanya bergantung kepada cahaya lampu dari bilik air dan celah-celah langsir.

Sebaik sahaja Saiful keluar dari bilik air dengan keadaan bertuala, beliau nampak Anwar memakai tuala putih sambil berdiri di hujung penjuru katil. Anwar mengarahkannya supaya terus mendekatinya dan selepas itu Anwar memeluknya sambil berdiri.

Dalam keterangan semalam juga, Saiful turut mendedahkan bahawa beliau turut dibawa Anwar ke luar negara dengan memberi elaun tambahan sebanyak AS$1,000 (RM3,400) dan 10,000 dolar Hong Kong (RM4,300) bergantung pada perjalanannya di luar negara.

Saiful juga tidak menjelaskan kenapakah elaun-elaun itu diberikan secara peribadi kepadanya sedangkan gaji hakikinya hanya bernilai RM1000 sebulan.

Ini dapat ditafsirkan sebagai bentuk sogokan untuk memastikan Saiful teruja untuk mengikutinya ke luar negara, tetapi dalam masa yang sama Anwar mempunyai agendanya tersendiri seperti yang laporkan oleh Saiful sebelum ini lebih dari sekali beliau diliwat Anwar dan kali terakhir pada 26.6.2008.

"Saya tidak rela lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan tersebut'' kata Saiful ketika dipanggil sebagai saksi pertama di Mahkamah Tinggi petang semalam

Menurutnya, faktor itu adalah sebab sebenar beliau berhenti kerja sebagai pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu walaupun perkara tersebut tidak dinyatakan dalam e-mel peletakan jawatan yang dihantarnya kepada Anwar.