Saturday, February 13, 2010

Karpal Singh pernah dakwa Anwar sebagai peliwat ?

KUALA LUMPUR - Peguam terkenal, Karpal Singh menggesa berulang kali agar Datuk Seri Anwar Ibrahim membersihkan dirinya daripada dakwaan meliwat bekas pemandu pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar sebelum menjadi pengganti Perdana Menteri Malaysia.

Perkara ini dinyatakan oleh Karpal Singh di Dewan Rakyat ketika berhujah bersama Anwar Ibrahim pada 22 Oktober 1997.

" Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh kedua-dua ini serius.. bad warning khasnya kepada Yang Ahmad Berhormat, Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) yang bakal menjadi Perdana Menteri bagi negara ini. Oleh itu tiada pilihan lain kecuali membersihkan namanya", kata Karpal.

" Kedua-dua (mereka) ada berjumpa saya dalam bulan Ogos (1997), berjumpa kerana nyawa (mereka) dalam bahaya..Mereka ada menyatakan apa yang terjadi dan (memberitahu) apa isi kandungan dalam dua surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri", kata Karpal lagi.

Semasa kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998, Azizan Abu Bakar mengakui bahawa beliau bersama Ummi Hafilda Ali telah menemui peguam Karpal Singh untuk mendapatkan nasihat undang-undang kerana mereka sentiasa diekori selepas surat perihal salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim dihantar kepada Perdana Menteri. Klik di sini

Tetapi sebelum kes ini dibicarakan di mahkamah, Karpal Singh merupakan peguam yang paling lantang membangkitkan persoalan ini serta meminta pihak Anwar menggunakan saluran mahkamah untuk membersihkan namanya.

"Saya ada bertanya satu soalan baru-baru ini, pada 6 Oktober 1997, soalan No 29..mengenai satu laporan yang dibuat oleh pegawai Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ke atas tuduhan yang dibuat ke atasnya dan adakah apa-apa tindakan diambil oleh polis?", soal Karpal di Dewan Rakyat, 22 Oktober 1997.

"Jika seseorang membuat fitnah yang serius, itu menjadi kesalahan..yang boleh didakwa dalam mahkamah, disabitkan dan dipenjarakan..Saya merayu kepada Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri untuk berbuat demikian. Buat satu Civil Case terhadap defamation atas kedua-dua ini. Kedua-dua (mereka) ini boleh diberi peluang untuk mempertahankan diri sendiri di mahkamah", kata Karpal lagi.

Anwar Ibrahim yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bangun menjawab kenyataan Karpal.

" Saya hendak jelaskan pegawai saya membuat laporan atas arahan saya..saya menjadi mangsa, saya buat laporan, laporan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara dan saya mendapat maklumat daripada orang yang disabitkan tuduhan sama ada diperalatkan atau dipergunakan, saya tidak tahu, tetapi yang bersumpah menafikan, statutory declaration..", kata Anwar.

Kata Karpal : " Sehingga hari ini Peguam Negara tidak mengumumkan apa tindakan yang akan diambil ke atas dua orang ini termasuk dua orang pegawai polis, siapa pegawai polis ini, boleh saya tahu ?"

"Yang ditangkap bukan pegawai polis...saya tidak mahu campur lagi dalam hal ini sebab kes ini di tangan Peguam Negara. Saya beri maklumat setakat itu sahaja", balas Anwar.

Karpal Singh sekali lagi membangkitkan lagi perkara yang sama di Dewan Rakyat pada 18 Disember 1997.

"Ini adalah satu perkara yang saya bangkitkan dalam dewan yang mulia ini pada 22 Oktober..mengenai dua surat yang dibuat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri..Pengakuan bersumpah oleh seorang (bernama) Azizan Abu Bakar..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih, saya Azizan bin Abu Bakar dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni homoseksual dengan Anwar bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri, perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya. Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya Datin Seri Wan Azizah..", kata Karpal

Ketika mempertahankan dakwaannya benar, Karpal telah menawarkan diri untuk membawa saksi tersebut untuk hadir ke Dewan Rakyat bagi memberi keterangannya.

"Saya boleh panggil orang ini, Azizan Abu Bakar ke Dewan ini..", kata Karpal lagi.

Pada 14 April 1999, Hakim Datuk S. Augustine Paul menjatuhi hukuman penjara enam tahun ke atas Anwar setelah didapati bersalah atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Antara lain, Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk mengarahkan pihak polis menangkap dan menukar pengakuan bersumpah Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar tanpa kerelaan mereka. Klik di sini

Begitu juga dalam kes homoseksual, ketika bermula sebutan kes pada 27 April 1999, perbicaraan yang mengambil masa selama satu tahun empat bulan akhirnya Anwar dihukum bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar dibicarakan bersama-sama dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang dituduh bersubahat dengannya melakukan persetubuhan di luar tabii ke atas Azizan Abu Bakar di unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.

Pada 8 Ogos 2000, Hakim Datuk Ariffin Jaka, hakim dari Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, telah menjatuhi hukuman bersalah ke atas Anwar dan Sukma. Anwar dihukum dihukum penjara sembilan tahun manakala Sukma pula penjara enam tahun dan empat kali sebatan. Klik di sini



Transkrit Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat, 22 Oktober 1997, Jilid III. Bil. 53 (Rabu)


Karpal Sigh [Jelutong] : Baru-baru ini ke atas Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri pun ada beberapa tuduhan khasnya oleh dua orang yang ada melemparkan ke atasnya, seorang adalah pemandu kereta Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, kalau saya tidak silap, dan seorang lagi adik kepada political secretary beliau.
Kedua-dua ada berjumpa saya dalam bulan Ogos (1997), berjumpa kerana nyawa dia ada dalam membahaya.

Mereka ada jumpa saya menyatakan apa yang terjadi dan apa yang ada dilafazkan oleh kedua-dua ini adalah jadi isi kandungan dalam dua surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.

Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh kedua-dua ini adalah, serius seperti yang saya nyatakan tadi bagi maruah seorang pemimpin dalam negara ini, bad warning, khasnya kerana yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri adalah bakal Perdana Menteri bagi negara ini. Oleh itu tidak ada pilihan lain kecuali ada satu pilihan salah iaitu adakah untuk membersihkan namanya.

Saya ada bertanya satu soalan baru-baru ini pada 6 Oktober 1997, soalan No 29, ringkasnya soalan itu mengenai satu laporan yang ada dibuat oleh pegawai daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ke atas tuduhan yang ada dibuat ke atasnya dan adakah apa-apa tindakan diambil oleh polis?

Jawapannya adalah ini: “Adalah disahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat dan siasatan dijalankan. Kertas siasatan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.” Tidak boleh ada kelewatan dalam perkara ini. Saya merayu kepada Peguam Negara, jika tidak berasas tuduhan itu untuk membersihkan nama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kerana itu satu keperluan khasnya dalam keadaan sekarang.

Saya bukan nyatakan di sini apa yang ada jadi isi kandungan dua surat ini benar tetapi apa yang ada dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ini adalah satu kenyataan akhbar, dalam awal bulan September jika saya tidak silap. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyatakan tidak ada apa berasas dalam tuduhan yang dilemparkan ke atas Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Beliau ada menyatakan di antara seorang yang ada membuat satu, jika saya tidak silap, statutory declaration di mana tuduhan itu ada dibuat. Ada ,mengaku bahawa apa yang ada dibuat tidak ada berasas, tidak benar, dia ada menarik balik tuduhan itu.

Selain daripada itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyatakan ada dua pegawai polis yang ditangkap, di antara orang lain, tetapi apa yang dinyatakan oleh beliau dan apa yang ditegaskan oleh dia untuk membersihkan nama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri adalah tidak berasas, tidak benar tuduhan itu.

Jika itu kerana ini bukan surat layang, biasanya perkara-perkara seperti ini tertimbul jadi isi kandungan surat layang. Tetapi dalam hal ini, kedua-dua surat ini ada ditandatangani oleh orang-orang tertentu, orang-orang yang ada diberkas oleh polis.

Jika tidak ada apa-apa asas, dan apa yang dibuat tidak ada benar dalam pertuduhan ini, ada peruntukan dalam undang-undang khasnya Kanun Keseksaan Seksyen 500-Defamation.

Jika seorang membuat fitnah yang serius dan ini adalah serius, itu menjadi kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh didakwa dalam mahkamah, disabitkan dan dipenjarakan.

Kenapa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri memilih cara itu. Beliau membuat satu laporan polis, apa yang hendak dibuat baru-baru ini adalah satu laporan polis daripada pejabat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kenapa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri tidak membuat apa-apa laporan polis. Apa yang ada dinyatakan oleh beliau dalam suratkhabar adalah ini:

Tak mahu cakap lebih daripada apa yang ada disuarakan oleh Perdana Menteri. Dengan hormatnya saya memetik isi surat yang tersebut. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri adalah orang Pulau Pinang. Adalah kewajipan saya mempertahankan maruah dia. Apa yang saya nyatakan tadi adalah dia adalah bakal Perdana Menteri. Saya merayu kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk membuat demikian. Boleh buat satu Civil Case terhadap defamation atas kedua-dua ini. Kedua-dua ini boleh diberi satu peluang untuk mempertahankan diri sendiri di mahkamah. Ini dia tidak boleh mengenepikan legislative, tidak boleh

Datuk Seri Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri): Saya sukalah kerana belanjawan ini digunakan tetapi saya hendak jelaskan pegawai saya membuat laporan atas arahan saya, atas permintaan saya dan saya telah diminta supaya diambil apa juga tindakan yang perlu untuk membersihkan nama saya daripada angkara fitnah tersebut. Sejak itu orang yang dikaitkan bersabit dengan membuat tuduhan itu telah membuat kenyataan bersumpah menafikan dan mengaitkan orang-orang lain dalam kes tersebut.

Saya mengikut bidang kuasa dan keupayaan saya mengambil tindakan yang saya rasa menghormati prinsip undang-undang dan membuat laporan polis dan sekarang polis telah mengemukakan laporan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara. Jadi untuk bangkitkan dan meminta saya buat lebih daripada itu saya fikir tidak adil. Saya menjadi mangsa, saya buat laporan, laporan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara dan saya mendapat maklumat daripada orang yang disabitkan tuduhan sama ada diperalatkan atau dipergunakan, saya tidak tahu, tetapi yang bersumpah menafikan, statutory declaration, bukan bersumpah dengan nama Allah menafikan.

Jadi saya setakat itu, saya tidak bersedia untuk komen lebih daripada itu kerana ini di tangan Peguam Negara.

Karpal Singh: Jika kedua-dua ini ada diperalatkan oleh pihak yang ketiga, lebih serius untuk mendapat tahu siapa pihak ketiga ini. Adakah orang ini orang politik, Menteri barangkali puak-puak dalam UMNO yang hendak menjatuhkan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ?

Jika ada orang atas yang terlibat, lebih serius untuk menangkap orang-orang ini, tak payah orang yang ada diperalatkan tuduhan ini dibuat dalam bulan Ogos. sekarang kita adalah dalam bulan Oktober. Sehingga hari ini Peguam Negara tidak mengumumkan apa tindakan yang akan diambil atas kedua-dua orang ini termasuk dua orang pegawai polis. Siapa pegawai polis ini, bolehkan saya dapat tahu?

Datuk Seri Anwar Ibrahim: Yang Dipertua, yang disebut ‘yang mengaku diri mereka sebagai pegawai polis’. Yang ditangkap bukan dua pegawai polis yang ditangkap. Saya tidak mahu campur lagi dalam hal ini sebab kes ini di tangan Peguam Negara. Saya beri maklumat setakat itu sahaja.

Transkrit Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat, 18 Disember 1997,Jilid III, Bil. 85

Karpal Singh: Terima kasih Tuan Speaker.....
Selain daripada itu, pendakwaraya sendiri meneliti kes-kes yang serius untuk menentukan ada pendakwaan.

Khasnya Tuan Speaker, ini adalah satu perkara yang saya bangkitkan dalam dewan yang mulia ini pada 22 Oktober tahun ini. Ini adalah mengenai dua surat yang ada tulis dua aduan yang dibuat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Satu adalah ini, Tuan Speaker, jika saya boleh baca, ‘Pengakuan Bersumpah oleh seorang, Azizan Bin Abu Bakar.’ Pada 22 Oktober, saya tidak memberi.....

Karpal Singh: Bolehkan Peguam Negara mengambil tindakan dalam perkara ini. Pertama, mendakwa orang yang menulis surat ini jika ada yang ada dalam surat ini tidak benar. Bolehkan seorang Timbalan Perdana Menteri biarkan apa yang serius seperti ini dalam satu surat bersumpah, boleh?

Karpal Singh: Kenapa saya membangkitkan Tuan Speaker. Adalah berekoran apa yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri bahawa perkara ini ada dalam tangan Peguam Negara dan beliau menunggu keputusan itu....

Butir-butir surat sumpah ini dan saya ada merayu kepada Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan. Apa yang beliau ada menjawab ialah bahawa perkara ini ada dalam tangan Peguam Negara.

Oleh itu, beliau tidak terjejas dengan apa yang ada dibuat oleh Peguam Negara dan menunggu keputusan Peguam Negara.

Tuan Speaker, hari ini adalah hari terakhir persidangan dewan ini. Sampai sekarang tidak ada mendapat apa-apa daripada Peguam Negara mengenai perkara ini. Tohmahan yang ada dibuat ke atas Timbalan Perdana Menteri adalah serius, saya baca bukan semua bahagian, tetapi apa yang penting di sini:

‘Pengakuan Bersumpah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih. Saya Azizan bin Abu Bakar dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni homoseksual dengan Anwar bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri, perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya. Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya Datin Seri Wan Azizah...

Apa yang saya bangkitkan hari ini, sampai hari ini tidak ada keputusan daripada Peguam Negara. Kenapa? Itu sahaja.

Karpal Singh: Buktikan saya boleh panggil orang ini, Azizan Abu Bakar ke dewan ini....


PENGAKUAN BERSUMPAH AZIZAN ABU BAKAR

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, saya AZIZAN BIN ABU BAKAR, I/C 5980324 dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni (homoseksual) dengan Anwar Bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya.

Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya iaitu Datin Seri Wan Azizah.

Sepanjang bekerja di bawah naungan beliau, Anwar, saya sering dipanggil untuk melakukan perkara terkutuk itu walaupun untuk beberapa kali saya cuba menolaknya. Sifat rakusnya membayangkan beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai ‘kronik’ sehingga membuatkan jiwa dan mental saya begitu tertekan.

Perasaan bersalah akhirnya menguasai diri saya apabila setiap kali terpandang wajah Datin Seri Wan Azizah yang begitu tinggi akhlaknya.

Akhirnya saya telah membuat keputusan untuk berhenti dari terus menjadi hamba homoseksual Anwar Bin Ibrahim.

Sekali lagi nama Allah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya, saya bersumpah membuat pengakuan ini tanpa mempunyai niat atau motif tertentu sama ada secara peribadi mahupun politik untuk menjatuhkannya.

Pengakuan ini dibuat berdasarkan kesedaran dan keinginan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan insan-insan teraniaya seperti saya.

Saya tidak keberatan untuk dipanggil bagi menjelaskan kedudukan dengan lebih terperinci.

Akhir sekali saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil kira pandangan ini secara serius supaya pemimpin ini diberikan hukuman yang setimpal demi kebaikan dan pengajaran kepada pemimpin lain.

Dengan nama Allah, sekali lagi saya Azizan Bin Abu Bakar bersumpah bahawa segala lapuran di atas dibuat dengan kerelaan hati saya tanpa desakan, tuntutan dan tekanan dari pihak-pihak tertentu. Segala-galanya adalah benar demi menyelamatkan bangsa dan negara.

Amin.

Pengakuan bersumpah :-
Tandatangan Azizan
5980324
54, Jln bersatu 1
Taman Bersatu 48000 Rawang
5hb. Aug, 1997