Tuesday, June 30, 2009

Kes liwat Anwar : PKR rancang ceramah seluruh Selangor

Mesyuarat Biro Politik PKR kelmarin telah memutuskan parti itu akan mengadakan penerangan besar-besaran kepada warga Selangor, sepanjang bulan Julai, bermula dari 2 Julai 2009.

"Kami telah membincangkan secara terperinci berkenaan kes Anwar akan didengar bulan depan. Salah satu kemungkinan adalah Anwar akan kembali dipenjarakan di Sg. Buloh, semula", kata Saifuddin Nasution, Pengarah Pilihanraya PKR.

Dari nada percakapan Saifuddin Nasuiton itu, kes yang bakal dihadapi oleh Anwar Ibrahim pada 8 Julai ini amat membimbangkan, sehingga kebanyakan aktivis PKR membuat keputusan awal yang Anwar bakal didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari serta akan dipenjarakan semula di Sungai Buloh.

Menyuarat itu juga memutuskan untuk mengadakan penerangan besar-besaran kepada ahli dan rakyat Selangor untuk menerangkan kedudukan terkini isu Anwar Ibrahim.
Ceramah-ceramah telah disusun secara bersiri dengan menggunakan kemudahan kerajaan Negeri Selangor, termasuk stadium dan dewan orang ramai.

Program itu bakal dikendalikan oleh Biro Penerangan Negeri Selangor dengan kerjasama ketua-ketua cabang PKR.

Sepucuk surat rasmi yang dikeluarkan oleh Biro Penerangan Negeri Selangor kepada Ketua-ketua Cabang telah dikeluarkan semalam, 29 Jun 2009.

Difahamkan mesyuarat juga turut mempertimbangkan cadangan mengadakan demonstrasi besar-besaran seperti tahun 1998, tetapi cadangan itu ditolak kerana sambutan rakyat yang kurang positif terhadap kes liwat Anwar.

Sebagai alternatifnya, PKR bersetuju mengadakan ceramah-ceramah bersiri menggunakan instrumen PKR untuk memberi kefahaman kepada rakyat Selangor berkenaan isu liwat Anwar.


Baca selanjutnya..

Saturday, June 27, 2009

Lintas langsung ucapan Anwar ke Amerika Syarikat

Anwar Ibrahim yang didakwa dihalang oleh mahkamah ke Amerika Syarikat untuk menghadiri Persidangan di Washington pada 26 Jun 2006, telah mengadakan lintas langsung dari Kuala Lumpur melalui TV Antara semalam.

"Saya minta maaf kepada pengelola-pengelola program yang jemput saya, US Chamber of Commerce, CIPE, US Muslim World Engagement Project dan para tetamu kerana tidak dapat bersama anda hari ini", kata Anwar.

"Sepatutnya hari ini saya bersama-sama anda untuk menziarahi sahabat handai dan kawan-kawan di Amerika, tetapi kerana saya dihalang oleh mahkamah Malaysia, saya gagal untuk bersama kalian. Mahkamah Malaysia berusaha untuk menyusahkan saya dengan mempercepatkan jadual perbicaraan yang tidak dijadualkan sebelum ini", kata Anwar lagi.

Seterusnya dalam ucapan itu, Anwar menuduh mahkamah Malaysia telah disalahguna oleh pihak kerajaan untuk menghalang dan memenjarakannya kerana pihak kerajaan takut dengan agendanya membangunkan kebebasan dan demokrasi di Malaysia. Namun begitu Anwar berpendapat strategi kerajaan itu silap.

Anwar juga memuji ucapan Presiden Obama di Kaherah baru-baru ini. Kata Anwar Obama telah memulakan usaha-usaha positif untuk memulihkan hubungan antara Amerika Syarikat dengan dunia Islam. Antaranya menutup Teluk Guantanamo, menamatkan perang di Iraq dan menyelesaikan konflik antara Palestin - Israel.

Siri lawatan Obama ke Kaherah dan Turki menunjukkan kepercayaan Amerika Syarikat kepada dunia Islam, bukan setakat rakan kongsi dalam aspek keselamatan, bahkan mampu merangka agenda lain yang lebih besar secara bersama.

Agenda yang dimaksudkan Anwar itu adalah membangunkan nilai kebebasan dan hak-hak manusia yang dikongsi bersama tanpa dihalang oleh jurang perbezaan agama dan budaya.

Menurut Anwar, walaupun sesetengah pihak beranggapan agenda besar ini gagal dicapai kerana halangan-halangan tertentu, tetapi Anwar optimis agenda besar ini dapat dicapai sekiranya Amerika berjaya mencari rakan kongsi yang benar-benar dipercayai di setiap negara Islam.

Rakan kongsi yang boleh dipercayai itu adalah sekumpulan muslim yang benar-benar mendokong aspirasi yang sama dengan Amerika Syarikat.

Baca selanjutnya..

Arahan mahkamah, Anwar batalkan ke Amerika Syarikat

Anwar Ibrahim, di dalam blognya (anwaribrahimblog), hari ini, 26 Jun mengeluarkan kenyataan pembatalan lawatannya ke Amerika Syarikat kerana dihalang oleh mahkamah.

Kenyataan dalam versi Bahasa Inggeris itu, bukan sahaja ditujukan kepada rakyat Malaysia tetapi kepada seluruh dunia terutamanya sahabat-sahabatnya di Amerika Syarikat.


Terdapat dua tajuk versi Bahasa Melayu, "BATAL KE WASHINGTON: 1 July Anwar hadir ke Mahkamah" dan tajuk Bahasa Inggeris yang berlainan maksud, "ANWAR IBRAHIM’S VISIT TO WASHINGTON DC FOR KEYNOTE ADDRESS ON US MUSLIM WORLD BUSINESS COOPERATION HAMPERED BY MALAYSIAN COURTS"

Untuk tajuk pertama dalam versi Bahasa Melayu, bermaksud Anwar membatalkan lawatannya ke Amerika Syarikat kerana mahu hadir ke mahkamah pada 1 Julai. Manakala tajuk kedua dalam Bahasa Inggeris membawa maksud, 'Lawatan Anwar Ibrahim ke Washington DC untuk memberi ucaputama dalam program, US Muslim World Business Cooperation telah dihalang oleh mahkamah Malaysia.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Anwar Ibrahim hari ini tidak diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia seperti yang dilakukan sebelum ini.

Di dalam kenyataan itu, penjabat Anwar Ibrahim menyalahkan pihak mahkamah, seolah-olah berkonspirasi untuk menghalangnya melawat ke seluruh dunia, sedangkan sejak Mac lalu, Anwar sendiri sudah tahu bahawa 1 Julai ini kesnya akan didengar di mahkamah.

"Tindakan menghalang seseorang belum pernah berlaku dalam sejarah mahkamah Malaysia sebelum ini. Apatah lagi tindakan mempercepatkan perbicaraan Anwar dan memaksa Anwar meninggalkan semua lawatannya ke Washington DC", tulis kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memburuk-burukkan sistem mahkamah Malaysia dengan menuduh pihak pendakwaraya tidak berkerjasama dan menganiaya Anwar Ibrahim khususnya dalam pemberian dokumen-dokumen yang berkaitan dengan dakwaan meliwat.

Walaupun perbicaraan kes Anwar akan bermula pada 8 Julai ini, tetapi kenyataan itu sudah membayangkan bahawa Anwar tidak mendapat keadilan sepenuhnya.

Kenyataan pejabat Anwar Ibrahim ini dianggap sebagai cubaan jahat untuk memberitahu dunia luar khususnya Amerika Syarikat, bahawa sistem kehakiman di Malaysia korup dan dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

Matlamatnya semakin jelas apabila kenyataan itu merumuskan bahawa perbicaraan liwat Julai nanti adalah satu konspirasi kerajaan seperti tahun 1998, untuk memusnahkan karier politiknya.

Kenyataan itu turut memaklumkan walaupun lawatan Anwar ke Amerika dibatalkan, tetapi Anwar tetap akan mengadakan ucap uatama dari Kuala Lumpur ke Washington DC pada 26 Jun, jam 12:00 PM EST melalui live video teleconference.

Baca selanjutnya..

Friday, June 26, 2009

Apakah motif Kedatangan Anwar ke Amerika Syarikat ?

Keberangkatan Anwar Ibrahim ke Amerika Syarikat, sejak semalam menimbulkan banyak spekulasi, terutamanya menjelang perbicaraan kes liwat dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 8 Julai ini.


Sesetengah pihak berpendapat, kehadiran semula Anwar ke Amerika Syarikat, bermula semalam dan hari ini, semata-mata untuk menjalankan misi lobinya kepada Presiden Barack Obama, supaya campur tangan agar kes itu digugurkan.

Pendapat itu berasaskan dengan sikap Presiden Obama yang mengambil sikap tunggu dan lihat dengan perkembangan terbaru yang menimpa Anwar. Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan kecenderungan Setiausaha Negara, Hillary Clinton yang tidak memihak kepada Anwar, apabila Menteri Luar Negara Malaysia, Datuk Anifah Aman yang telah membuat pengakuan terbuka kepada media antarabangsa, di Washington baru-baru ini, bahawa Anwar bukanlah tokoh yang mengamalkan prinsip Thomas Jefferson (yang mementingkan akuantibiliti, demokrasi dan ketelusan), sebaliknya Anwar merupakan pemimpin korup yang mengamalkan politik menghalalkan cara semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Buktinya, menurut Anifah Aman, beliau sendiri dirasuah jawatan Timbalan Perdana Menteri, sekiranya beliau sanggup melompat parti.

Sikap berdiam diri Presiden Obama ini berbeza dengan Presiden Bush sebelum ini yang secara terang-terangan campur tangan dalam politik Malaysia. Bekas Setiausaha Negara Amerika, Condoleeza Rice, secara terbuka menyatakan keprihatinan kerajaan Amerika terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim, sejak kejatuhan Presiden Bush, telah memulakan kritikan-kritikan pedas kepada bekas presiden itu yang dikatakan gelojoh, kasar dan tidak bijaksana, sedangkan sebelum ini, semasa Anwar menetap di Amerika bermula 2005-2007, Anwar memuji-muji Presiden Bush kerana beliau juga merupakan salah seorang pelaksana dasar-dasar Bush di White House.

Namun, setelah Presiden Bush gagal mempertahankan jawatan kepresidenan, pujian Anwar telah berpindah pula kepada Presiden Barack Obama. Bermula di Doha, Qatar dan terbaru di Paris, Anwar menghabiskan keseluruhan ucapannya dengan memuji dasar-dasar Obama yang didakwa lebih toleran dengan dunia Islam.

Pujian melangit kepada Presiden Obama itu disampaikan kepada Madeline Albright, di Doha Qatar, yang dianggap salah seorang pemikir penting kerajaan Amerika.

Pada hari ini, 26 Jun 2009, Anwar sekali lagi berpeluang memberi ucap utama di Amerika Syarikat dalam program "US-Muslim World Engagement Project". Program itu adalah anjuran NED (National Endowment for Democracy) melalui salah satu cabangnya yang dikenali CIPE (the Center for International Private Enterprise dan the US Chamber of Commerce).

'US-Muslim World Engagement Project' merupakan satu projek yang didominasi oleh kumpulan Zionis Amerika Syarikat yang bertujuan untuk memberi idea-idea kepada kerajaan bagaimanakah kaedah terbaik untuk 'menakluki' dunia Islam.

Mereka yang terlibat dalam projek ini terdiri daripada; Madeleine Albright (former U.S. Secretary of State), Richard Armitage (President, Armitage International/ former U.S. Deputy Secretary of State), James H. Laue (Professor of World Religions, Diplomacy and Conflict Resolution/ Director, Center for World Religions), Richard Land, (President, The Ethics & Religious Liberty Commission, Southern Baptist Convention/Member, U.S. Commission on International Religious Freedom), Thomas Dine, (Principal, The Dine Group/ former Executive Director, American Israel Public Affairs Committee) Stephen Heintz, (President, Rockefeller Brothers Fund), Derek Kirkland, Advisory Director, Investment Banking Division, Morgan Stanley, Richard Land, (President, The Ethics & Religious Liberty Commission, Southern Baptist Convention/ Member, U.S. Commission on International Religious Freedom), Vali Nasr, )Professor of International Politics, The Fletcher School, Tufts University/ Adjunct Senior Fellow for Middle Eastern Studies, Council on Foreign Relations), Vin Weber, (Managing Partner, Clark and Weinstock/ Chairman, National Endowment for Democracy/ former U.S. Representative), Dov S. Zakheim, (Vice President, Booz Allen Hamilton/ former U.S. Under Secretary of Defense) dan lain lain lagi.

Memandangkan senarai nama tokoh penganjur yang kebanyakan terdiri daripada bekas-bekas pemimpin kerajaan Amerika semasa era Presiden Clinton (Demokrat)yang terdiri daripada bekas setiausaha pertahanan, badan kebebasan keagamaan dan yayasan demokrasi, telah menimbulkan satu persoalan lain, tujuan apakah Anwar Ibrahim dijemput bersama-sama dengan kumpulan ini ?

Sesetengah pendapat mengatakan badan-badan pemikir Amerika termasuk 'US-Muslim World Engagement Project' sedang memberi idea-idea paling berkesan kepada Presiden Obama bagaimanakah untuk menangani masalah di Iran.

Tuduhan ini berasas kerana sebelum ini Presiden Iran, Ahmadinejad telah menuduh CIA, media barat dan Amerika Syarikat terbabit secara langsung dalam mencetuskan huru hara di Iran untuk menumbangkan kerajaan Islam di negara itu.

Hujah ini diperkukuh lagi dengan penglibatan Vali Nasr (anak kepada Syed Hussein Nasr) yang merupakan pelarian politik Iran ke Amerika Syarikat. Vali Nasr dan Syed Hussein Nasr merupakan kumpulan reformasi yang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan Islam di bawah kepimpinan ulama Iran. Vali dan Syed Hussein Nasr merupakan kawan baik kepada Anwar Ibrahim.

Lebih mengukuhkan lagi hujah apabila Vin Veber, tokoh neocon Amerika turut terlibat sama. Beliau merupakan pengerusi NED (National Endowment for Democcarcy), satu badan yang bertopengkan 'demokrasi' yang didakwa Ahmadinejad untuk menjatuhkan kerajaan Islam Iran. Anwar Ibrahim pula merupakan salah panel penasihat dalam NED.

Berdasarkan premis ini, satu persoalan sedang berlegar di minda rakyat Malaysia. Apakah tujuan kedatangan Anwar ke Amerika Syarikat, ketika menjelangnya perbicaraan liwat ke atasnya dan ketika hebatnya usaha Amerika untuk meruntuhkan kerajaan Islam di Iran ?






Baca selanjutnya..

Wednesday, June 24, 2009

Anwar kembali ke Amerika Syarikat, 26 Jun

Anwar Ibrahim sekali lagi kembali ke Amerika Syarikat pada 26 Jun 2009 untuk memberi ucaputama bertajuk "“Business Opportunities in the Muslim World”, anjuran US-Muslim World Engagement Project, the Center for International Private Enterprise dan the US Chamber of Commerce.



Ucapan Anwar nanti untuk menyokong ucapan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, di Kaherah pada 4 Jun lalu yang mahu merapatkan hubungan antara Amerika dengan dunia muslim.

Ini merupakan kali ketiga Anwar dijemput untuk memuji Presiden Obama, pertamanya di Doha Qatar, kedua di Paris dan terbaru di Amerika Syarikat.

Semasa di Doha, Anwar menggesa agar semua negara Islam akur dengan Presiden Obama yang merupakan pemimpin terunggul di dunia dalam menyebarkan kebabasan, demokarasi dan hak asasi.

Pada 2005-2007 lalu, Anwar menetap di Amerika Syarikat dan bekerja di bawah Jabatan Negara, menjalankan dasar Presiden Bush untuk membanteras teroris di dunia muslim.





Baca selanjutnya..

Friday, June 19, 2009

Jika Anwar didapati bersalah, hubungan Pakatan tidak retak - Nasruddin Tantanwi

Ketika Sivarasa Rasiah, peguambela Anwar yang juga Naib Presiden PKR membuat justifikasi bahawa Anwar tidak bersalah dan mendesak kes ini digugurkan, tetapi berlainan pula dengan pendapat Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Tantawi.

Nasruddin optimis kes ini akan dibicarakan dan berkemungkinan Anwar akan kalah dalam perbicaraan itu. Walau bagaimana pun, hubungan kerjasama politik antara Pakatan Rakyat tidak akan terjejas, kerana rakyat sukar menerima keputusan mahkamah yang diragui ketelusannya.

"Takdir, katakanlah, mahkamah mensabitkan kesalahan (terhadap Anwar) sekalipun, saya rasa sukar untuk diterima oleh rakyat. Kerana ketelusan institusi kehakiman gagal dipulihkan kerajaan Umno-BN," kata Nasruddin ketika diwawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"Jika di situ (pemulihan institusi) tidak selesai, selama-lamanya orang melihat sama ada Datuk Seri Anwar, atau sesiapapun, hanya mangsa kepada kezaliman Umno dan BN", katanya lagi.

Nasrudin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang cabaran pembangkang mengekalkan kerjasama yang dilihat hanya bergantung kepada karisma Anwar untuk mempertautkan PAS dan DAP yang dilihat tidak serasi dalam banyak perkara.

Ketua Dewan Pemuda PAS itu juga tidak mengulas lanjut berkenaan berkenaan dengan faktor 'karisma Anwar'yang menjadi penyatu hubungan PAS, PKR dan DAP, sebaliknya beliau yakin hubungan Pakatan Rakyat tidak akan retak, walaupun Anwar disabitkan bersalah oleh mahkamah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar kes liwat Anwar terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan antara 1 hingga 24 Julai ini.

Dalam wawancara itu juga Nasruddin berkata Haji Hadi Awang, Presiden PAS merupakan seorang yang berkarisma, bukan sahaja diterima di dalam negara, malahan kepimpinannya turut diterima di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, kepimpinan Presiden PAS diiktiraf di dunia Islam apabila beliau diberi kepercayaan mengetuai beberapa jawatankuasa peringkat antarabangsa.



Baca selanjutnya..

Monday, June 15, 2009

Anwar puji keberanian Nizar

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, memuji langkah berani yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mohammad Nizar Jamaluddin yang memakai lilitan dan melaungkan "Bubarkan DUN Perak" sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen.



Bekas Menteri Besar Perak itu kemudiannya diarah keluar daripada Dewan Rakyat .oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia .

Tindakan Mohamad Nizar itu diikuti oleh enam orang ahli parlimen lain iaitu;. Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming (DAP) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP) serta N. Gobalakrishnan (PKR), Datuk Mahfuz Omar (PAS); Dr. Mohd. Hatta Ramli (PAS) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS).

Nizar dan enam wakil rakyat terbabit tidak dibenarkan masuk Dewan Rakyat selama dua hari sehingga esok.

Anwar Ibrahim ketika bercakap kepada media, di lobi parlimen memuji sikap ahli parlimen itu dan perkara seperti itu pernah dipraktikkan di parlimen luar negara.

Walaupun memuji keberanian mereka, namun , Anwar Ibrahim sendiri selaku ketua pembangkang tidak melakukan perkara itu bersama-sama Nizar dan enam orang yang lain.

"Saya juga akan mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berhubung tindakan beliau mengarah tujuh wakil rakyat pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat kerana enggan mematuhi arahan menanggalkan lilitan itu," kata Anwar.


Baca selanjutnya..

Sunday, June 14, 2009

Kes Liwat : Nurul Izzah bayangkan ayahnya tewas ?

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah anak sulong kepada Anwar Ibrahim membayangkan ayahnya bakal tewas dalam perbicaraan kes liwat, walaupun perbicaraan masih lagi dimulakan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan perbicaraan kes liwat tersebut dijalankan mulai 1 hingga 24 Julai ini.

“Bagaimana hebat pun kita sediakan pembelaan tapi akhirnya kalau kita berdepan dengan satu sistem kehakiman yang berhadapan dengan kepincangan, maka ada risiko tetap berada di situ,” katanya dalam nada kecewa seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Keluhan kecewa Nurul Izzah itu diluahkan ketika sesi lawatan dan dialog di Kumpulan karangkraf yang dihadiri oleh Nurul Izzah, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amiruddin Shaari dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub turut sama dalam sesi dialog itu.

Berita kekecewaan Nurul Izzah itu dijadikan tajuk utama Sinar Harian, 13 Jun dan turut disiarkan dalam Sinar Harian online. Namun sehari selepas siaran online, berita itu dipadamkan serta merta tanpa alasan yang diberikan.

Keluhan Nurul Izzah itu seolah-olah dia tidak yakin dengan pemilihan sembilan orang barisan peguam bela yang dilantik oleh ayahnya yang terdiri daripada Sulaiman Abdullah, Sankara Nair, Sivarasa Rasiah, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheffa Koya, Mohd Razlan Jalaluddin dan Leela J Jesuthasan.

Selain Sulaiman Abdullah dan Sankara Nair, tujuh orang peguam lain dianggap junior yang tidak pernah terlibat dengan kes liwat Anwar 1998.

Selain Christoper Fernando yang telah meninggal dunia, Anwar telah menyingkirkan lapan orang peguam bela kes liwat Anwar 1998 iaitu Karpal Singh, Raja Aziz Raja Addruse, Gurbachan Singh, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria, Zulkifli Nordin, Robin Choy dan Gobind Singh Deo (peguam bela Sukma Darmawan)

Dalam perbicaraan kes liwat 1998, Anwar telah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2000 setelah dia didapati bersalah meliwat bekas pemandu peribadi keluarganya, Azizan Abu Bakar.

Sukma, pula pula dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan sebatan empat kali oleh mahkamah itu setelah didapati bersalah atas dua tuduhan, bersubahat dengan Anwar dan meliwat Azizan.

Dalam kes terbaru ini, Anwar didakwa meliwat Mohd. Saiful, 23, di sebuah kondominium di Damansara di sini, dengan kali terakhir dua hari sebelum mangsa membuat laporan polis di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 5.45 petang 28 Jun lalu.

Anwar yang diklasifikasikan sebagai suspek dalam kes itu dijangka dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu meliwat tanpa kerelaan.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Seksyen 377C Kanun Keseksaan tidak membenarkan tertuduh dijamin. Bagaimanapun, mahkamah boleh menggunakan Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah untuk membenarkan ikat jamin.



Baca selanjutnya..

Tuesday, June 9, 2009

Aktivis PKR percaya Anwar meliwat ?

Rakaman perbualan antara empat orang aktivis PKR Pulau Pinang jelas menunjukkan mereka percaya Anwar melakukan perbuatan liwat dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan dan dipercayai bakal memasuki penjara Sungai Buloh sekali lagi kerana perbuatan itu.

Perbualan itu di antara Cheah Kah Peng, Peter Lim Eng Nam, Aminah Abdullah Ketua (bekas Wanita PKR Pulau Pinang) dan Mohd Rofi Osman (suami Aminah).

Kandungan perbualan mereka itu telah dirakamkan dan didedahkan oleh Aminah semasa dia bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya kecil DUN Penanti baru-baru ini.

Dalam perbualan itu mereka berempat menyentuh berkenaan dengan kes liwat Anwar yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada bulan Julai nanti.

Wakil PKR yang menemui Aminah pernah mendengar Anwar berkata pada bulan Julai ini, Anwar akan masuk kembali ke penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah meliwat. Wakil PKR itu juga percaya pihak pendakwa bagi pihak Saiful mempunyai bukti kukuh berkenaan dengan kes liwat itu.

Aminah yang pernah menjadi Ketua Wanita PKR Pulau Pinang mengakui sepanjang dia mengenali Anwar, Anwar adalah seorang lelaki yang gemar kepada wanita cantik dan lelaki yang macho (tough).

Wakil PKR " Anwar juga ada cakap-cakap, dia kata bulan 7, kemungkinan dia masuk balik penjara Sungai Buloh ataupun ISA.."

Wakil PKR "Tuduhan liwat kepada dia (Anwar) ada bukti kukuh..untuk dimasukkan balik ke penjara"

Aminah : aha..tuduhan tu (Saiful) ada bukti..ada orang nampak tu.."

Wakil PKR : Kemungkinan..

Aminah : Tapi..betulkah dia (Anwar) macam tu..?

Mohd Rofi : Pasal kita tahulah..pasai apa..kalau itu sentuh peribadi..kita tak mahu sentuhlah..Peribadi masing-masing..

Wakil PKR : Aha..gelak-gelak..cakap joking..Dia biasa cakap dengan wanita macam lelaki la...

Aminah : Dia (Anwar) suka wanita yang cantik dan lelaki tough(macho)..

Baca selanjutnya..