Sunday, February 14, 2010

Anwar hina mahkamah - Ibrahim Ali

Tindakan Anwar Ibrahim yang membawa kes liwat yang dihadapinya dengan Saiful Bukhari Azlan kepada pihak umum melalui roadshow dianggap perbuatan yang menghina Mahkamah dan perlembagaan, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Dato Ibrahim Ali juga mempersoalkan bagaimana seorang tertuduh di Mahkamah boleh membawa butiran kes yang dihadapinya kepada pengetahuan pihak umum dan mempersoalkan maknai proses perbicaraan jika ada pihak yang tidak menghormati Mahkamah.

“Saya berpandangan tindakan Anwar ini menghina Mahkamah, dan mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ” Katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas pelancaran sayap wira, wirawati dan wiranita Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerjaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kenyataan sama beliau turut memberi amaran kepada Ahli Parlimen Australia supaya jangan mencampuri urusan dalaman Malaysia. Tindakan ahli Parlimen Australia itu lebih kepada tindakan memburukan kerajaan Malaysia dan mendapat makluman yang salah berkaitan isu liwat tersebut.