Saturday, February 6, 2010

Aasil Kazi Ahmad operative Anwar di luar negara

KUALA LUMPUR - Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan, hari ini membuat pendedahan berkenaan penglibatan rangkaian Anwar di luar negara.

Aasil Kazi Ahmad disebut-sebut sebagai operative Anwar yang menguruskan semua rangkaian Anwar di luar negara.

"Aasil tahu tahu banyak perkara mengenai Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan dapat membantu siasatan dengan memberi keterangan kepada pihak berkuasa tentang misteri Raja Petra", kata Anuar Shaari dalam sidang medianya di di Hotel Grand Seasons petang tadi.

"Aasil juga tahu tentang Buletin Herald Catholic Weekly," katanya lagi.

Baru-baru ini, Anwar Ibrahim merupakan tokoh Islam yang paling lantang memperjuangkan kalimah Allah kepada Kristian meskipun ditentang oleh majoriti ulama di Malaysia.

Ketika ditanya adakah Aasil juga terlibat bersama Dato Nazri Abdullah, bekas Ketua Pengarang Berita Harian, Anuar berkata persoalan itu harus kepada kepada Dato Nazri sendiri.

Difahamkan Aasil dan Dato Nari merupakan pengamal media yang dipercayai terlibat dalam proksi aset Anwar di luar negara serta mempromosi imej Anwar di media antarabangsa.

Beberapa tahun lepas RPK telah melarikan diri ke luar negara, selepas kegagalan Anwar membentuk kerajaan pada 16 September 2008.

Menurut sumber RPK telah melarikan diri ke luar negara melalui Thailand dengan pertolongan Dato Shazril Eskay, seorang lagi rangkaian Anwar. Dato Shazril difahamkan telah menyediakan visa dan dokumen perjalanan RPK dari Thailand ke United Kingdom.

Baru-baru ini telah didedahkan RPK telah menginap di Trinity Court, Bayswater, London rumah kepunyaan isteri Kalimullah Hassan, seorang lagi bekas pengamal media NSTP.

RPK merupakan operative Anwar Ibrahim yang menjalankan propanganda politik di Malaysia melalui lamannya Malaysia-Today. Ramai yang berpendapat apabila RPK melarikan diri ke luar negara, sudah tentu akan dijaga oleh orang kanan Anwar di luar negara iaitu Aasil.

Aasil merupakan warganegara Pakistan yang menetap di Amerika Syarikat. Menurut sumber nama Aasil dicadangkan oleh Dr Jamal Barzinji, penggerak utama IIIT (International Institute of Islamic Thought) untuk menjadi pegawai khas Anwar di luar negara. Aasil juga terlibat aktif dalam ISNA dan IIIT.