Saturday, February 27, 2010

Misteri Putera Alwaleed Talal & Rupert Murdoch

AIDCNews
aidcnews@gmail.com

Penggabungan syarikat media bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal dengan taikun media keturunan Yahudi, Amerika Syarikat, Rupert Murdock akan mendedahkan lagi misteri yang tersembunyi selama ini.

Dua hari lepas, Putera Alwaleed mengumumkan syarikat hiburannya di Asia Barat, Rotana Group akan menjual sembilan peratus saham kepada Syarikat Murdock, media global Murdoch, News Corp.

News Corp atau New Corporation merupakan syarikat Murdock yang ditubuhkan di Amerika Syarikat adalah syarikat induk kepada syarikat News Limited (Australia) dan News International(United Kingdom) yang pernah ditubuhkan sebelum ini.

Antara media di bawah kawalan Murdock adalah New York Post, The Wall Street Journal, Far Eastern Economic Review, Financial News. Di Australia, Murdock memiliki s Limited
The Daily Telegraph, The Sunday Telegraph, The Australian, The Weekend Australian, Sunday Mail,The Sunday Times (Perth), Herald Sun (Melbourne) dan Australian Associated Press.

Di United Kingdom, Murdock memiliki The Sun, News of the World, The Times dan Sunday Times.

Dalam bidang hiburan, Murdock miliki antaranya, 20th Century Fox, Twentieth Century Fox Television, 20th Century Fox Television, 20th Television, Fox Television Stations, Fox Television Studios, MyNetworkTV, STAR TV,Fox Business Network, Fox College Sports, Fox Movie Channel, Fox News Channel, Fox Soccer Channel, Fox Sports Enterprises, FX Networks, Fox Reality, Speed Channel, SportSouth dan lain-lain

Dengan penggabungan Putera Alwaleed Talal melalui syarikatnya, Kingdom Holding Company, putera itu memiliki saham kedua terbesar dalam News Corp iaitu kepentingan tujuh peratus.

Syarikat Rotana Group milik Putera Alwaleed telah menjual sahamnya sebanyak sembilan peratus kepada Murdock yang membolehkan program-program hiburan dari Fox Entertainment disiarkan di Asia Barat.

Ada yang berpendapat adalah ganjil seorang anggota kerabat diraja Arab Saudi, yang selalu dilabelkan sebagai 'anti-Israel' bergabung dengan Rupert Murdoch yang sudah diketahui umum sangat pro-Israel.

Tetapi persoalan yang lebih besar, benarkah Putera Alwaleed seorang yang 'anti-Israel' sepertimana yang digambarkan sebelum ini.

Putera Al-Waleed bin Talal bin Abdul Aziz Al Saud adalah salah seorang keluarga diraja Arab Saudi. Mendapat pendidikan di Barat, bachelor of science degree di Menlo College, Amerika Syarikat, master di Maxwell School of Citizenship and Public Affairs of Syracuse University, Amerika Syarikat dan PhD di University of Exeter., United Kingdom.

Beliau memulakan perniagaan selepas tamat pembelajaran di Menlo College dengan membeli saham di Citicorp, syarikat perbankan milik Yahudi terbesar di Amerika Syarikat. Dengan pelaburan sebanyak $550 million, beliau membeli saham Citibank (anak syarikat Citicorp)dan berjaya menjadi salah seorang pemegang amanah dalam Citigroup.

Pada tahun 1980, putera itu berjaya membuka sebuah syarikat gergasi di Arab Saudi yang dinamakan Kingdom Holding Company dan Kingdom Centre.

Putera itu terlibat aktif dalam membina persefahaman Timur dan Barat dengan menaja pusat-pusat pengajian dan penyelidikan Amerika Syarikat di Timur Tengah serta menaja pengajian Islam di Amerika Syarikat.

Pada tahun 2005, Putera Alwaleed menderma $20 million kepada Georgetown University untuk memperbesarkan Pusat Persefahaman Muslim dan Kristian (CMCU), milik John Esposito, salah satu pusat pengajian di bawah Edmund A. Walsh School of Foreign Service, Georgetown. Dengan derma itu CMCU ditukar nama kepada The Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding.

CMCU mengkhususkan pengajian kepada Islam dan kehidupan moden dimana tumpuan diberikan kepada empat bidang iaitu Dialog ketamadunan, Status wanita dalam Islam, Islam dan Modenisasi serta hubungan Islam, Kristian dan Yahudi.

Derma Putera Alwaleed kepada CMCU disalurkan melalui Prince Alwaleed Bin Talal Foundation, salah satu syarikat Kingdom Holding Company yang berpengkalan di United Kingdom. Penggerak utama Prince Alwaleed Bin Talal Foundation adalah Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT United Kingdom), Muna Abu Sulaiman dan Omer Totonji. Muna adalah anak Abu Hamid Sulaiman, manakala Omer pula anak kepada Dr Ahmad Totonji yang kedua-dua adalah pengasas IIIT.

IIIT atau The International Institute of Islamic Thought adalah sebuah badan pemikir Islam antarabangsa yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1981. Pengasas utama IIIT adalah Dr Ismail Faruqi, Dr Jamal Barzinji, Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji dan Anwar Ibrahim.

IIIT merupakan projek rahsia CIA yang bermula pada tahun 1962 hasil kerjasama CIA dengan keluarga diraja Arab Saudi. Kerajaan Arab Saudi menggunakan tenaga-tenaga inteletual dari universiti terutamanya King Saud dan King Abdul Aziz, manakala CIA pula bersembunyi identiti di sebalik syarikat petroleum US-Arab bernama ARAMCO.

Pada mulanya CIA dan keluarga Arab Saudi menaja World Muslim Leage (WML) di Arab Saudi pada tahun 1962, diikuti dengan penubuhan WAMY (1972), dan IIIT (1981).