Sunday, February 28, 2010

Berhati-hati guna 'Insya Allah' - Anwar

PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menemplak kerajaan tidak berjaya menanam sifat asas ajaran Islam yang menimbulkan perasaan benci penganut agama Islam kepada penganut agama lain.

Anwar mendakwa berbeza dengan keluarganya, beliau dan Wan Azizah berjaya menerapkan ajaran Islam yang sebenar yang berbeza dengan cara hidup keluarga Melayu lain.

"Saya tidak pernah mengajar anak saya untuk membenci orang yang makan babi dan minum arak, kerana itu adalah budaya mereka.Perkara ini sangat penting kerana UMNO tidak pernah menanam perkara asas dalam Islam di negara ini", kata Anwar di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (PKR) di Bandar Utama, Damansara, semalam.

"Saya adalah muslim, kerana awak hormati agama saya, awak tidak sediakan makanan babi di sini, (tetapi jika) awak mahu makan, awak boleh makan, (dan jika) awak mahu adakan majlis minum arak (yamseng) malam ini, awak boleh minum", kata Anwar lagi.

Anwar turut mendakwa Malaysia bukannya tanah untuk satu kaum (Melayu), tetapi tanah untuk semua kaum, sama ada Cia, India dan bangsa-bangsa lain. Sebab itu tegas Anwar, menjadi tanggungjawab PKR untuk menyelamatkan negara ini daripada penyalahgunaan kuasa atas nama bangsa dan agama.

"Aaaa berhati-hati, saya guna perkataan 'Insya Allah', saya beritahu Lim Boon Chai, kalau dia di Selangor, (boleh guna)'Insya Allah', tetapi kalau dia di Kuala Lumpur, (guna) 'Insya Tuhan'. Awak tengok, mereka lakukan ejekan terhadap agama" kata Anwar.

Anwar juga turut menyentuh sokongan antarabangsa yang diterimanya berkaitan dengan dakwaan liwat yang sedang dihadapinya sekarang.

“Sebab Australia cakap, mereka buat demonstrasi. Tapi Amerika juga buat kenyataan, jadi saya cadang buat tunjuk perasaan. Kemudian Turki berkawan dengan kita, kena buat demonstrasi lawan Turki pula", kata Anwar.

“Semalam, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin tulis surat terbuka, maka kena tunjuk perasaan Kanada. Hari ini ramai wakil duta dari Filipina, Singapura datang sokong kita, jadi mereka kena buat demonstrasi", kata Anwar dengan nada sinis.