Wednesday, February 3, 2010

Anwar tidak bersedia dibicarakan, masuk jam 3.30 petang

KUALA LUMPUR - Perbicaraan yang sepatutnya dijalankan pada jam 2.30 terpaksa ditangguhkan hingga 3.30 petang kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang yang kena tuduh tidak berada dalam mahkamah.

Sebaik sahaja Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memasuki kamar mahkamah, beliau bertanyakan di manakah pihak tertuduh (Anwar). Peguam Anwar, Karpal Singh menjawab Anwar masih belum memasuki mahkamah kerana sedang sibuk memfailkan rayuan.

Sekitar jam 3.13 petang, hakim berkata beliau akan menangguhkan kes ini sehingga kehadiran Anwar. Sekiranya Anwar tidak hadir juga, beliau boleh menggunakan kuasanya untuk 'removed bail'.

'Removed bail' bermaksud jaminan bon yang dimiliki oleh Anwar sebelum ini dengan memiliki keistimewaan iaitu tidak perlu penjamin atau bayaran kewangan atau ditahan reman di penjara.

Sebaik sahaja hakim menyebut tentang 'removed bail', tidak lama selepas itu Anwar telah memasuki mahkamah dengan keadaan tidak selesa.

Ketika pertuduhan mula dibacakan, Anwar bangun sambil memekik pertuduhan berniat jahat dan bermotif politik. Hakim mengarahkan Anwar duduk.

Sepanjang keterangan Mohd Saiful Bukhari, terdapat cubaan-cubaan kecil daripada inner circe Anwar untuk mensabotaj saksi utama itu. Seorang wanita pro Anwar menjerit 'bertaubatlah' ketika Saiful mula mengangkat sumpah.

Manakala Azmin Ali mendengus dan menguatkan suara "kata marah, tapi masih ikut", ketika Saiful menjawab beliau marah dan takut apabila pihak pendakwa bertanyakan soalan apakah reaksinya apabila Anwar berkata “Can I f**k you today?”









Baca selanjutnya..

Tangguhkan kes : Hujah Karpal dipatahkan Peguamcara Negara

KUALA LUMPUR : Karpal Singh sewaktu berhujah petang semalam berkata kes ini perlu ditangguhkan kerana laporan doktor dari Hospital Pusrawi mengesahkan tidak ada penetration (zakar tidak masuk ke dubur Saiful.

Manakala Peguamcara Negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dalam bentuk spesimen air mani bagi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Pihak pendakwa akan membuktikan kes ini melalui laporan kimia yang menunjukkan air mani diperolehi daripada mangsa,” kata Mohd Yusof yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan yang secara rasmi bermula esok.

“Terdapat spesimen yang dikeluarkan dari dubur mangsa. Ini akan membuktikan tembusan memang berlaku,” katanya.

“Apa yang dimiliki oleh pasukan pembela adalah hanya laporan awal daripada doktor yang merawat Mohd Saiful tetapi ia tidak termasuk laporan kimia berhubung spesimen air mani,” tambahnya.

Mohd Yusof berkata perkara berkenaan akan dibuktikan ketika perbicaraan apabila doktor dan ahli kimia memberi keterangan.

Mereka akan menunjukkan bagaimana tembusan tehadap mangsa dilakukan.

Kedua-dua pihak pendakwa dan peguambela berhujah di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah petang semalam.

Hakim berkata tidak wujud keadaan yang istimewa dalam prosiding undang-undang untuk membenarkan Anwar menangguhkan lagi perbicaraan.

Karpal Singh berhujah, mereka perlu diberi peluang untuk menemui Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff pada sebelah pagi untuk mendapatkan tarikh awal permohonan Anwar bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tertentu daripada pihak pendakwaan.

Karpal mendakwa laporan perubatan yang dimilikinya tidak menyebut bahawa plastik dimasukkan ke dalam dubur Saiful.

Peguam yang mewakili Anwar itu berkata kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan bersetuju menemui Hakim Alauddin untuk mendapatkan tarikh sebelum perbicaraan kes liwat itu.

Hakim Mohamad Zabidin berkata memandangkan kedua-dua pihak bersetuju dengan perkara itu, beliau tidak mempunyai pilihan selain menetapkan prosiding pada petang esok, jam 2.30 petang kerana beliau tidak mahu lagi menangguhkan perbicaraan itu.

Ketika ditanya mengapa pihak pendakwaan bersetuju dengan permohonan pihak pembelaan bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu pertemuan dengan Hakim Alauddin, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden memberitahu media ia bertujuan mempercepatkan perbicaraan dan pihak pendakwaan tidak mahu perbicaraan itu terganggu dengan permohonan Anwar bagi semakan.

Baca selanjutnya..

Tuesday, February 2, 2010

2.30 esok, masa untuk Anwar mendengar bukti-bukti dari pihak Saiful

KUALA LUMPUR : Babak-babak drama penangguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim berakhir petang tadi apabila Hakim Mahkamah Tinggi,Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan untuk mendengar keterangan pihak pendakwa mulai petang esok, jam 2.30 petang.

Sepatutnya perbicaraan bermula pagi esok, tetapi pihak peguam bela Anwar memohon izin pihak mahkamah ditunda ke sebelah petang kerana pada sebelah pagi, peguam Anwar akan bertemu dengan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alaudin Mohd Sherif bagi menetapkan tarikh pendengaran permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan.

Permohonan semakan itu adalah untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar mendapatkan dokumen dan material penting termasuk sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum ini, permohonan Anwar untuk memohon dokumen telah ditolak oleh dua mahkamah iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Pagi tadi, sebaik sahaja memasuki kamar perbicaraan, Karpal Singh memohon untuk menangguhkan prosiding dengan alasan beliau ingin menemui Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berhubung semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar itu.

Malaysiakini melaporkan Karpal Singh memohon untuk penangguhan itu kerana beliau telah temujanji dengan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi. Tetapi dakwaan itu tidak benar, apabila salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu media pada sebelah petangnya, bahawa mereka gagal menemui Ketua Hakim Negara itu.

Sankara mendakwa Tun Zaki telah mengeluarkan arahan kepada Tan Sri Allaudin untuk mengadakan satu pertemuan pagi esok di Putrajaya bagi membincangkan penetapan tarikh untuk permohonan semakan tersebut.

Pada sebelah petang tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sekali lagi menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan penangguhan kes liwatnya setelah mendengar hujah kedua-dua pihak.

Hakim Datuk Mohd Zabidin berkata tiada alasan lagi kes ini mahu ditangguhkan setelah kes ini sering ditangguhkan berkali-kali.

Mohd. Saiful Azlan Bukhari, saksi utama kes tersebut turut menyatakan kegembiraan kerana akhirnya dapat memberi keterangan di mahkamah bermula dari petang esok.

Sebelum ini Saiful menulis di blognya, beliau hanya meminta satu peluang untuk menyatakan kebenarannya di mahkamah. Beliau berharap agar keadilan diberikan kepadanya dan haknya tidak dinafikan.




Baca selanjutnya..

Peguam Anwar gagal temui Ketua Hakim Negara

Kuala Lumpur 2 Feb. - Usaha peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan tarikh awal bagi semakan rayuan keputusan mahkamah, yang menolak pembekalan dokumen penting, kepada pemimpin PKR itu dengan menemui Ketua Hakim Negara telah menemui kegagalan.

Utusan Malaysia melaporkan peguam bela Anwar, Sankaran Nair, memberitahu bahawa Tun Zaki Tun Azmi tidak berada di pejabat beliau di Putrajaya hari ini.

"Tun Zaki bagaimanapun telah mengeluarkan arahan kepada Tan Sri Allaudin yang bersetuju mengadakan satu pertemuan pagi esok di Putrajaya bagi membincangkan penetapan tarikh untuk permohonan semakan.
"Oleh itu, saya akan berada semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi meneruskan hujahan permohonan penangguhan kes,'' katanya.

Pagi tadi, Karpal Singh memohon untuk menangguhkan prosiding dengan alasan beliau ingin menemui Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berhubung semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen berhubung kes liwatnya.


Baca selanjutnya..

Perancangan di rumah Anwar semalam terbongkar

KUALA LUMPUR - beberapa blog, the unspinners, kumbang, parpukari dan bigdotcom melaporkan serentak sekitar jam 8.45 pagi ini bahawa satu mesyuarat perancangan sulit telah diadakan pada malam tadi sekitar jam 8:30 hingga 9:45 bertempat di rumah Anwar Ibrahim di Bukit Segambut Kuala Lumpur bertujuan menyelaraskan strategi menghadapi perbicaraan liwat Anwar pagi ini.

Mesyuarat sulit yang dinamakan "Mesyuarat Penyelarasan Sempena Bicara Kes Liwat" itu dipengerusikan oleh Wan Azizah Wan Ismail memutuskan :

1. Besok (maksudnya hari ini) Karpal Singh akan mohon sapina ke atas Najib/Rosmah sebagai saksi

2. Esok penyokong PKR akan melakukan kekecohan untuk pancing polis.

3. Kalau polis bertindak, maka cerita polis ganas akan diguna untuk menarik sokongan rakyat

4. Shamsul Iskandar Mat Akin dilantik sebagai Field Commander

Berdasarkan apa yang dibincangkan semalam dengan apa yang terjadi pagi ini, ternyata pendedahan maklumat blog-blog itu mempunyai asas kebenaran.

Pagi ini selepas mahkamah putuskan kes ditangguhkan ke sebelah petang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar sekitar jam 10.20 pagi mendakwa akan menyeret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri ke dalam kes liwatnya, manakala Karpal Singh pula memohon penangguhan dengan alasan mahu menemui Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berhubung semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen berhubung kes liwatnya.

Sedikit berbeza, mesyuarat semalam memutuskan Karpal Singh sendiri akan memohon sapina terhadap Najib dan Rosmah, tetapi yang berlaku hari ini, Karpal memohon untuk membuat semakan memohon dokumen. Namun Anwar mengesahkan perancangan Wan Azizah itu dalam kenyataan medianya itu.

Terdapat juga provokasi yang dilakukan oleh 100 orang penyokong PKR yang diketuaai oleh Tian Chua dengan menaikkan spanduk-spanduk dan cubaan untuk mengadakan ceramah di sekitar lobi Mahkamah Tinggi.

Setakat ini, semua perancangan yang dilakukan semalam telah menemui kegagalan.



Baca selanjutnya..

Karpal mohon tangguh bicara untuk temui Ketua Hakim Negara

KUALA LUMPUR - Seperti yang diramalkan perbicaraan yang sepatutnya dijalankan pagi ini terpaksa ditunda hingga jam 2.30 petang ini. Penundaan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah setelah dipohon oleh peguam Anwar, Karpal Singh.

Sebaik sahaja memasuki kamar perbicaraan, Karpal Singh memohon untuk menangguhkan prosiding pagi dengan alasan beliau ingin menemui Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berhubung semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen berhubung kes liwatnya.

Tidak dapat dipastikan adakah pertemuan Karpal dan Ketua Hakim Negara telah dibuat temujanji sebelum ini, atau pagi ini Karpal pergi ke pejabat Ketua Hakim Negara untuk membuat temu janji.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Perketutuan, menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan semua dokumen penting pendakwaan termasuk spesimen asid deoksiribonukleik (DNA) Mohd. Saiful Bukhari Azlan sebelum perbicaraan.

Keputusan dibuat oleh panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria bersama dengan Hakim Datuk Md Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong.

Karpal Singh dalam satu kenyataan selepas mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan memaklumkan kepada media akan memfailkan satu lagi rayuan Selasa ini (hari ini) untuk merayu lagi mendapatkan dokumen-dokumen tersebut menggunakan Kaedah 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 (permohonan semakan).

Seorang lagi penguam Anwar, Sankara Nair turut memfailkan penangguhan perbicaraan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi baru-baru ini dengan memberi alasan untuk menunggu rayuan membatalkan tuduhan liwat yang sebelum ini telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, pasukan pendakwa sudah bersiap sedia untuk mengemukakan bukti-bukti untuk mensabitkan Anwar terbabit dalam aktiviti meliwat bekas pekerjanya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Begitu juga dengan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan turut menyatakan kesediaannya berkerjasama memberi keterangan bila-bila masa sahaja apabila diperintahkan mahkamah.

Baca selanjutnya..

Monday, February 1, 2010

Wan Azizah alibi pertama Anwar..ADIL News sebar sms

KUALA LUMPUR - Nama Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, adalah saksi alibi pertama berhubung kes liwat membabitkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai tertuduh, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

"Untuk makluman, nama Datuk Seri Wan Azizah adalah nama pertama dalam senarai antara 13 orang saksi alibi dalam notis alibi di bawah Seksyen 402 A Kanun Prosedur Jenayah yang dikemukakan melalui peguam SN Nair dan Partners," katanya.

Pihak polis terpaksa membuat kenyataan berkenaan kedudukan Wan Azizah, apabila Presiden PKR itu menyatakan ketidakpuasan hatinya ekoran dipanggil sekali lagi untuk memberi keterangan kepada pihak polis pada 26 Januari lalu.

"Saya tertanya-tanya kerana ada satu minggu lagi tempoh perbicaraan tersebut bersambung, kenapa saya diarahkan untuk memberi kenyataan walaupun sudah berbuat demikian dahulu," kata Wan Azizah selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR. Klik di sini

Dalam kenyataan balas pihak polis, pihak mereka terpaksa mengambil keterangan sekali lagi daripada daripada Wan Azizah kerana terdapat percanggahan di antara kedua pihak peguam Anwar berkenaan dengan kedudukan Wan Azizah sebagai alibi.

Sivarasa Rasiah, salah seorang peguam Anwar mengatakan beliau tidak pasti adakah Wan Azizah disenaraikan atau tidak sebagai alibi ketika membuat kenyataannya, manakala Sankara Nair pula mengesahkan Wan Azizah adalah nama pertama dalam senarai 13 alibi kes liwat Anwar.

Ramai pemerhati politik berpendapat, sepatutnya kekeliruan senarai alibi kes Anwar tidak berbangkit, jika perkara itu diselaraskan oleh pihak peguam Anwar.

Sebelum ini Edmund Bon, salah seorang peguam Anwar mendakwa mereka mempunyai alibi dalam justifikasinya memohon semua dokumen sebelum perbicaraan.

"Sepatutnya Wan Azizah tidak melenting dipanggil sekali lagi oleh polis kerana itu merupakan prosedur biasa, lagi pun Wan Azizah adalah saksi alibi pertama. Lain lah jika Wan Azizah tiada di tempat kejadian dan mereka-reka cerita sudah tentu dia akan marah kerana dia sudah tidak ingat keterangan pertama pada dua tahun lepas", kata sumber dalaman.

Hari ini, satu SMS disebarkan oleh pihak ADIL NEWS menggesa orang ramai hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pada 2 Februari (Selasa), jam 9 pagi untuk menyokong Anwar Ibrahim.

Jika berdasarkan SMS ini, bermakna pihak PKR sudah bersedia untuk menerima hakikat bahawa esok merupakan tarikh perbicaraan kes liwat penasihat umum PKR itu, walaupun sebelum ini, pihak peguam Anwar melakukan pelbagai teknik untuk terus menangguhkan perbicaraan.

Lima hari lepas pihak Anwar telah memfailkan satu lagi petisyen memohon agar perbicaraan ditangguhkan sementara menunggu rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Namun sebelum itu bergantung kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk meneruskan perbicaraan atau menangguhkan kes tersebut.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin mempunyai kuasa untuk meneruskan perbicaraan esok dan dalam masa yang sama peguam Anwar boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan




Baca selanjutnya..