Friday, October 1, 2010

Anwar beritahu Eropah PKR bermaksud Parti Keadilan Rakyat Liberal

Jika di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjustifikasikan PKR sebagai Parti Keadilan Rakyat, selaras dengan 'Keadilan' Islam sama seperti yang diperjuangkan oleh Parti Islam Malaysia (PAS), tetapi berbeza dengan takrif 'Keadilan' yang dipamerkan Anwar ketika bertemu dengan tokoh-tokoh Yahudi Eropah.

Makna sebenar 'Keadilan' adalah 'Liberal', beritahu Anwar kepada Alexander Graf Lambsdorff,Presiden European Liberal Forum dan Hans van Baalen, President Liberal International.

Dengan persamaan makna Keadilan/Liberal itu, maka Anwar dan PKR telah diterima sebagai wakil Organisasi Liberal International.

Atas premis itu, semalam (30 September), Anwar diberi penghormatan memberi ucap utama bertajuk "Politik Kebebasan dan Demokrasi Liberal di Dunia Islam" di Council on Foreign Relations, Jerman (DGAP).

Ketika menyampaikan pidato, Anwar berkata cita-citanya membawa Malaysia sama seperti negara Indonesia dan Turki yang memperjuangkan kebebasan dan demokrasi liberal.

Alexander Graf Lambsdorff turut mengulas makna Keadilan dan Liberal yang diperjuangkan Anwar di lamannya, www.lambsdorffdirekt.de. Klik di sini

Menurut Lambsdorff dalam tulisannya bertajuk " Pertemuan dengan Anwar Ibrahim", Anwar adalah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Liberal yang memperjuangkan 'demokrasi' di Malaysia.

Lambsdorff juga memberitahu ketika pertemuan tertutup Anwar bersama tokoh-tokoh politik Eropah di Brussel, Anwar berkata penghakiman yang dikenakan ke atasnya berkaitan dengan kes liwat adalah bermotif politik untuk menghalang meneruskan cita-cita perjuangan liberalnya.

Lambsdorff merupakan anak saudara kepada Dr. Otto Graf Lambsdorff , bekas Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kristian, Jerman, Friedrich Naumann Foundation (FNF), yang menjadi penaja utama Projek Lobi Anwar ke Eropah.

Semasa Anwar dirawat di Munich, selepas pembebasannya dari penjara Sungai Buloh, Dr. Otto Graf Lambsdorff merupakan salah seorang tetamu istimewa yang melawat Anwar.

Menurut sumber, semua perbelanjaan Anwar di Munich, termasuk kos rawatan, kos penerbangan, penginapan dan makan minum untuk semua staff pengiring Anwar ditanggung sepenuhnya oleh FNF.

FNF dan sebuah lagi yayasan Kristian Jerman yang dinamakan KAF (Konrad Adenauer Foundation) merupakan penaja utama Anwar dan partinya di Malaysia, sejak dari tahun 80-an sehingga sekarang.

KAF menyalurkan kewangan kepada badan pemikir Anwar, IKD (Institut Kajian Dasar), manakala FNF menyalurkan kewangan untuk gerakan merekrut sokongan golongan muda dalam AnwarIbrahimClub(AIC).

Menurut rekod, penubuhan FNF dan KAF adalah sebagai 'hukuman tebus dosa' kerajaan Jerman kepada Israel selepas peristiwa 'Holocaust', di mana kumpulan Yahudi terutamanya dari kelompok homoseksual telah dibunuh beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi.

Selepas perang dunia kedua, kerajaan Jerman yang tewas dalam peperangan tersebut telah dipaksa oleh Israel untuk menubuhkan yayasan-yayasan amal bagi membersihkan membela kaum Yahudi di seluruh dunia. Dalam masa yang sama yayasan-yayasan itu diminta membawa agenda liberal ke seluruh dunia supaya semua negara akan tunduk kepada ketuanan Israel.