Saturday, October 16, 2010

AMK serah memorandum TAUBAT, desak Anwar letak jawatan

PULAU PINANG - AMK Pulau Pinang dan Perak hari ini telah menyerahkan Memorandum TAUBAT kepada Rauf Imran Ketua Jawatankuasa Pemilih PKR di sini untuk diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR.

Nur IImi Ismail, dari Cabang PKR Bayan Baru yang menjadi ketua kumpulan AMK yang menyerahkan memorandum hari ini berkata Anwar telah menjadi liabili kepada parti kerana kes liwatnya yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Memorandum TAUBAT merujuk kepada kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar di Mahkamah Tinggi. Liwat merupakan satu aktiviti seks luar tabie antara lelaki dengan lelaki yang bercanggah dengan Islam dan undang-undang di negara ini.

"Bertaubatlah dengan segera demi menjaga martabat perjuangan parti. Namun sekiranya Anwar enggan bertaubat setelah pendedahan demi pendedahan dibongkarkan, beliau perlu meletak jawatan dengan kadar segera" kata Nur IImi membacakan kandungan meorandum itu.

"PKR memerlukan pemimpin yang dapat dapat memberi perhatian penuh terhadap perjuangan parti bagi meneruskan kesinambungan PKR untuk menghadapi PRU 13", katanya lagi.

Memorandum itu mendesak Anwar meletak jawatan kerana beliau tidak mampu menguruskan parti disebabkan kesibukannya dengan urusan peribadi di mahkamah.

"PKR tidak mahu pemimpin yang sibuk dengan masalah peribadi yang berselindung di sebalik parti untuk mengelak tindakan undang-undang", katanya.

Nur Ilmi hadir bersama 60 orang ahli PKR menyerahkan memorandum 2 muka surat, jam 11.30 pagi tadi.