Friday, October 15, 2010

Saiful diliwat Anwar sebanyak 8 kali

KUALA LUMPUR - Dr Siew Sheue Feng, Ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) saksi ketiga pendakwa memberitahu Mahkamah Tinggi semalam bahawa semasa merekodkan sejarah perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008, mangsa itu memberitahunya bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak 8 kali sejak dua bulan dari tarikh tersebut dan kali terakhir pada 26 Jun 2008, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang.

Menurut keterangan Saiful sebelum ini, dia berkerja dengan Anwar bermula pada Mac 2008 dan menghantar notis pemberhentian kerja melalui email pada 27 Jun 2008.

"Selepas Mohd Saiful memberitahu dia diliwat sebanyak lapan kali dan kejadian terakhir pada 26 Jun 2008, saya bertanya kepadanya sama ada kondom telah digunakan, Mohd Saiful menjawab tidak, tapi katanya bahan pelincir telah digunakan,saya tanya sama ada berlaku sebarang penetrasi(kemasukan) dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada berlaku ejakulasi(pancutan air mani) dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada sebarang paksaan digunakan dan dia jawab tiada" kata Dr Siew.

Pada peringkat ini, Karpal Singh, ketua peguambela Anwar mencelah meminta mahkamah membuang perkataan "8 kali".

Datuk Nordin Hassan, Timbalan Pendakwa Raya, yang bertanggungjawab menyoal saksi ketiga itu memberitahu bukan niat pihak pendakwa mahu menambahkan bukti, tetapi untuk bersikap telus memberitahu semua maklumat yang disebut oleh Mohd Saiful semasa Dr Siew memeriksa sejarah perubatan mangsa itu

Karpal berhujah lagi, dalam permohonannya terdahulu mahkamah telah membenarkan pengguguran perkataan 'kali terakhir' dalam laporan polis Mohd Saiful.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju dengan Karpal untuk mengeluarkan perkataan "8 kali" daripada nota prosiding.

Pada 13 Mei lalu, Mohd Saiful ketika disoal balas Karpal memberitahu mahkamah bahawa dia turut diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.Klik di sini

Ketika itu Karpal tidak membantah keterangan saksi utama itu.