Thursday, September 30, 2010

Bukti konspirasi Azmin jatuhkan Khalid dibongkar

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR, Ng Lum Yong, hari ini mendedahkan beliau mempunyai bukti perbualan 'konspirasi politik', Azmin Ali dalam usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"Sepuluh hari lepas, saya menerima satu CD yang dipos dari seorang pengirim tanpa nama", katanya kepada Free Malaysia Today.

CD yang berdurasi 10 minit itu mengandungi satu rakaman perbualan telefon antara dua orang lelaki.

"Dalam perbualan itu, Ramlan Abu Bakar, Presiden Reformis yang memimpin 'skuad bogel' di hadapan pejabat Selangor Menteri Besar, telah berkata yang dia telah ditugaskan oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid," kata Ng, yang mengenali suara Ramlan tetapi tidak mengenali suara lelaki yang seorang lagi.

"Ramlan mengaku yang dia telah dijanjikan satu tawaran yang banyak dari Azmin", kata Ng lagi.

"Ramlan juga turut mengaku, dia juga dibekalkan dengan dokumen-dokumen rasuah Khalid bertujuan untuk menjatuhkan menteri besar itu".

Kata Ng : "Saya ingin bertanya Azmin, apa tujuan beliau menggunakan Ramlan untuk melancarkan satu kempen menentang Khalid yang juga ahli PKR dan Selangor Menteri Besar?"

Ng berkata bahawa dia tidak mempunyai niat jahat, untuk mendedahkan rakaman tersebut kepada orang awam tetapi untuk membersihkan imej parti serta individu-individu yang dikaitkan termasuk Azmin dan Khalid.

"Semalam, Syed Husin Ali telah SMS saya dan menasihati saya agar menghentikan sidang akhbar ini. Tetapi saya rasa yang saya kena teruskan. Saya tidak menuduh sesiapa dan saya hanya mahu parti menyiasat hingga ke akar umbi", kata Ng.

Selain Syed Husin, difahamkan, Ng juga turut menerima panggilan telefon daripada Lee Boon Chye, Naib Presiden PKR dan Tian Chua, Pengarah Strategik.

"Ini bukan parti keluarga. Ini parti kita. Saya mahu menyoal Anwar Ibrahim, siapakah yang dimaksudkannya sebagai 'trojan horses' dalam parti ini ? Sila dedahkan kepada kami"