Wednesday, September 29, 2010

Anwar Ibrahim kini berada di luar negara, lobi sokongan antarabangsa ?


Mulai hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Brussel, untuk menghadiri persidangan antarabangsa dari kelompok kumpulan liberal, anjuran sebuah Yayasan Kristian Jerman, Friedrich Naumann Foundation (FNF), yang merupakan salah satu penaja utamanya di Malaysia.

Selain Malaysia, FNF yang diketuai oleh Moritz Kleine Brockhof, yayasan Kristian Jerman itu juga turut mempunyai cawangan di Brussel.

Ketibaan Anwar disambut oleh Hans van Baalen, President Liberal International, Alexander Graf Lambsdorff, Presiden European Liberal Forum dan Dr. Jürgen D. Wickert serta Moritz Kleine Brockhof daripada FNF.

Pada 8 April lalu, Hans van Baalen telah mengadakan perjumpaan dengan Anwar di Kulala Lumpur, semasa menghadiri persidangan anjuran FNF.

Hans Van Baalen dan Yayasan Kristian FNF merupakan penyokong kuat Yahudi dan Israel di Jerman sehingga Hans digelar 'Hero Pembela Holocaust'. Hans secara terbuka mengkritik sesiapa sahaja yang berani mempertikaikan kesahihan peristiwa 'holocaust' iaitu merujuk kepada satu peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang-orang Yahudi semasa pemerintahan Nazi. Klik sini.


Dari segi sejarah, penubuhan FNF dan sebuah lagi Yayasan Kristian Jerman yang dinamakan Konrad Adenauer Foundation (KAF) adalah 'hukuman tebus dosa' kerajaan Jerman kepada Israel selepas peristiwa 'Holocaust' tersebut.

Dalam perjanjian damai itu, kerajaan Jerman bersetuju menubuhkan yayasan-yayasan Kristian yang mempunyai cawangan di seluruh negara untuk membela kaum Yahudi dan dalam masa yang sama untuk membawa agenda liberal di negara-negara tersebut supaya tunduk kepada ketuanan Israel.

Di Malaysia, kedua-dua yayasan itu menjadi penaja utama Anwar Ibrahim sejak dari tahun 80-an hingga sekarang. KAF menyalurkan kewangan kepada badan pemikir Anwar yang dikenali sebagai Institut Kajian Dasar, manakala FNF menyalurkan kewangan untuk gerakan merekrut golongan muda supaya menyokong Anwar yang dikenali sebagai AnwarIbrahimClub(AIC).

Ceramah di Council on Foreign Relations, Jerman

Anwar dijadualkan menyampaikan kuliah The German Council on Foreign Relations (DGAP) pada keesokan harinya, 30 September 2010, jam 7 hingga 8.30 malam. Klik sini.

Kedatangan Anwar ke DGAP diatur oleh Alexander Graf Lambsdorff , Presiden European Liberal Forum yang merupakan anak saudara kepada Dr. Otto Graf Lambsdorff , bekas Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kristian, FNF, Jerman.

Majlis Friends Pakatan Rakyat di London

Pada 2 Oktober 2010 pula Anwar akan menghadiri 2 majlis anjuran Friends Pakatan Rakyat., di London. Pertama, Forum bersama Anwar Ibrahim, Tian Chua dan Raja Petra di University College London Gower Street serta Majlis Makan Malam Amal untuk memungut dana pilihanraya Pakatan Rakyat di Bays Water.

Menurut maklumat dalaman, siri-siri lawatan Anwar ke luar negara ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan antarabangsa dalam menghadapai kes liwatnya yang sedang dijalankan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.