Friday, January 15, 2010

Pencerahan Islam tidak tolak agama secara total - Anwar

Bercakap sebagai ahli panel dalam persidangan anjuran International Institute of Islamic Thought (IIIT) di Beirut, Lebanon, Anwar Ibrahim menjelaskan konsep pencerahan dalam Islam, tidak semestinya menolak secara total prinsip agama seperti yang pernah dilakukan dalam konsep pencerahan Eropah.


Dengan mengambil contoh Rifa'ah Rafi Tahtawi, tokoh Progresif Reformis Islam yang mengambil masa selama lima tahun berada di Peranchis untuk memahami konsep Revolusi Peranchis pada awal abad ke 19.

Anwar berkata Rifa'ah tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya daripada Pencerahan Eropah kerana konsep pencerahannya masih mengekalkan pemikiran politik Islam tradisional.

Rifa'ah adalah seorang tokoh pencerahan yang memikirkan prinsip kemanusiaan dalam masyarakatnya, kata Anwar

Rifa‘ah at-Tahtawi (1801-1873 M) adalah salah seorang 'tokoh pembaharuan' Islam yang membawa idea liberalisme dan idea-ideanya banyak menyumbang kepada kejatuhan Khalifah Uthmaniyah di Turki.