Friday, January 15, 2010

Bekas Setiausaha Sulit Anwar dedah cerita sebenar di Munich



KUALA LUMPUR - Banyak berlaku kekeliruan berlaku di Munich yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia. Sorai gempita penyokong di Malaysia, tidak sama dengan apa yang berlaku di Munich, kata Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim dalam sesi interbiunya bersama channel One1TV, youtube.com.

Selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004, Anwar memohon kepada kerajaan Malaysia untuk menjalani rawatan di Munich, Jerman.

"Saya berada di Munich selama 3 minggu. Saya dapat lihat, Anwar tidak terlalu sakit sebagaimana yang digambarkan. Sebelah pagi Anwar menjalani latihan perubatan, manakala sebelah petang, Anwar mengadakan mesyuarat dan perjumpaan-perjumpaan. Anwar bekerja seperti orang yang tidak sakit", katanya.

"lima, enam hari Anwar berada di hospital untuk menjalani pembedahan dan selepas itu Anwar menetap di hotel berhampiran, berulang alik secara berjalan kaki dari hotel ke hospital yang jaraknya lebih kurang 400 meter", katanya lagi.

Anuar Shaari menjelaskan selain dirinya, terdapat lebih kurang 10-15 orang pegawai Anwar yang dibawa untuk menemani Anwar. Mereka ditanggung sepenuhnya oleh Anwar termasuk perbelanjaan penerbangan (pergi/balik), penginapan (di hotel) dan perbelanjaan makan-minum.

"Perbelanjaan cukup besar. Mungkin duit Anwar. Menelan belanja 200,000 euro mungkin lebih", katanya.

Anwar juga dikatakan menerima kunjungan daripada Abdurrahman Wahid (Gus Dur), Paul Wolfowitz (ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan beberapa penaja Anwar semasa dalam kerajaan seperti Konrad Adenauer Foundation (KAF) serta Friedrich Naumann Foundation (FNF). Kedua-duanya adalah yayasan Kristian dari Jerman.

Dr Otto Graf Lambsdorff, Pengerusi Friedrich Naumann Stiftung/Foundation (FNF) secara peribadi telah datang melawat dan berbincang dengan Anwar di Munich.

Saifuddin dihalau pulang ke Malaysia

Anuar Shaari juga mendedahkan salah seorang pegawai Anwar, Saifuddin Nasution telah dihalau pulang ke Malaysia, apabila berlaku pertengkaran mulut dengan Anwar.

Selepas peristiwa itu dikatakan Saifuddin telah merajuk dan meninggalkan Parti Keadilan Nasional (PKN) serta menjadi ahli PAS kawasan Pokok Sena, Kedah. Seterusnya, Saifuddin telah berhijrah ke Kelantan, tempat kelahiran isterinya, di Machang. Di Kelantan, dan bekerja dengan kerajaan PAS Kelantan sebagai Pengarah Yayasan Tabung Tok Kenali.

Ketika ditanya apakah status keahlian Saifuddin sama ada PKR atau PAS, semasa dilantik menjadi Setiausaha Agong PKR sekarang ini, bekas Setiausaha Sulit Anwar itu meminta agar pihak Anwar atau Wan Azizah membuat penjelasan lanjut.

"Mungkin Saifuddin telah menyertai PKR, bagaimana pula dengan keahliannya dengan PAS. Bagaimana seorang yang mempunyai dua keahlian dari parti yang berlainan boleh menjawat jawatan yang penting dalam parti yang lain", katanya.

Kisah jet peribadi Arab Saudi

Turut didedahkan tentang berlakunya pertengkaran di antara Wan Azizah dan Anwar, apabila Anwar cuba membawa 'orang lain, di luar kelompok keluarga menaiki jet peribadi ke Jeddah sumbangan Arab Saudi.

"Wan Azizah sampai peringkat mengugut, kalau Anwar membawa 'orang itu', dia tidak akan turut serta bersama Anwar ke Jeddah. Nampak ketika itu, Anwar mungkin secara paksa rela, terpaksa akur dengan kehendak Wan Azizah", katanya.

Ketika ditanya siapakah 'orang itu' yang terlalu diinginkan oleh Anwar untuk menaiki jet peribadi Arab Saudi itu, Anuar Shaari tidak memberikan jawapan secara spesifik, sebaliknya hanya berkata, "di kalangan orang yang paling rapat dengan pegawai Anwar"

Ketika ditanya lanjut, adakah 'orang itu' lelaki atau perempuan, dia mengesahkan identiti 'orang itu' adalah perempuan.