Sunday, January 31, 2010

Apa yang Anwar runding dengan Paderi James Haire di Perth ?

PERTH - Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah berunding dengan Paderi Reverend Professor James Haire, di Perth semasa program 'Muslim Christian Interfaith Conference' pada 10-12 Julai 2009.

Dalam program itu, Anwar merupakan pemidato utama, manakala Paderi Reverend Professor James Haire adalah tetamu kehormat.


Dalam program itu, Anwar diperkenalkan sebagai seorang tokoh 'Islam Enlightenment' (Pencerahan Islam), sebaris dengan tokoh-tokoh 'European Enlighment' (Pencerahan Eropah) seperti John Locke.

John Locke adalah bapa pencerahan Eropah yang mengagaskan idea demokrasi iaitu pembahagian kuasa antara agama dan pemerintahan (sekular) dan konsep 'Negara Liberal' iaitu pembahagian kuasa pemerintah dengan hak individu. Agama adalah hak individu, pemerintah tidak boleh campur tangan dalam hak individu.

Manakala Paderi Reverend Professor James Haire pula diperkenalkan sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Kristianiti dan Kebudayaan Australia, seorang profesor Agama di Universiti Charles Sturt dan Pengarah Pusat Kajian Theology Contextual, Australia.

Rundingan antara Anwar dan Paderi James Haire tentunya menarik perhatian umum kerana sebelum ini paderi itu pernah terlibat aktif dalam inter-faith dengan Abdurahman Wahid (Gus Dur).

Semasa Gus Dur menjadi Presiden Indonesia, Paderi James Haire telah memainkan peranan penting di Indonesia dalam mengembangkan idea pencerahan (enlightenment) hingga memunculkan fahaman Islam Liberal yang sangat berpengaruh di negara itu.

Dalam ucapan Anwar yang bertajuk "Islam and The West", beliau menjelaskan mengenai kefahaman salah di kalangan umat Islam dalam penafsiran konsep Negara Islam dan syariah. Menurutnya konsep syariah bukan bermakna peraturan atau hukuman seperti mahkamah syariah yang difahami oleh umat Islam hari ini, tetapi konsep asas Islam berasaskan maqasid syariah.

Menurut Anwar dalam konsep maqasid syariah, penekanan paling utama bukannya peraturan atau hukuman, sebaliknya yang paling ditekan adalah persoalan kebebasan , hak asasi manusia dan kemajmukan (pluralisme).

Dalam program itu, Anwar ditemani oleh Wan Azizah Wan Ismail bertemu dan berbincang dengan beberapa orang ahli politik Australia, termasuk Stephen Smith, Menteri Luar Negara Australia.

Dalam perkembangan berkaitan, baru-baru ini,Bishop Philip Lok dari Gereja Lutheran Malaysia telah mendedahkan Anwar telah berjumpa dan berbincang Biskop Munib Younan, Bishop Lutheran dari Jerusalem, Israel semasa sidang dialog Kristian-Muslim di Universiti Georgetown Amerika Syarikat, pada Oktober tahun lalu.

Bishop Philip Lok mendedahkan antara lain perbincangan dan rundingan Anwar dengan Biskop Munib Younan adalah berkenaan dengan isu 'kalimah Allah' yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Biskop Younan yang berketurunan Arab dilaporkan telah memberitahu Anwar bahawa, kalimah Allah merupakan kalimah yang dikongsi oleh Islam, Kristian dan Yahudi sejak 1400 tahun yang lalu.