KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soal sumber kewangan yang diperolehinya, terutamanya berkenaan elaun yang diperolehi selepas dilantik sebagai Penasihat ekonomi kerajaan Negeri Selangor.
"Khalid nak lantik saya jadi penasihat ekonomi, tetapi saya beritahu dia, saya tidak mahu elauan", kata Anwar semasa berceramah di Bandar Tun Razak, 21 Januari lalu
Tetapi secara berjenaka, Anwar memberitahu, "Hang (Khalid) bagi lah sikit (kepada saya) kalau ye pun, mentang-mentang lah saya kata tak nak", sambil diikuti oleh gelak ketawa oleh para hadirin.
"Saya bergurau saja, memang saya tak nak (elaun) itu. Saya dah ada elaun sebagai ahli parlimen (Permatang Pauh), (kalau) tak cukup elaun, saya pergi Dubai, bersyarah, dapat elauan, saya bawa balik", katanya.
"Dah (saya) rasa kurang sikit duit, saya pergi Istanbul (Turki), beri ceramah, saya ceramah di sana (luar negara) laku (dibayar), di sini saya (ceramah) bayar sendiri, tau tak", katanya lagi sambil disambut gelak ketawa.
Perkara yang sama juga dibangkitkan oleh Anwar ketika berceramah di Puchong, malam kelmarin.
”Saya berjanji takkan ambil sesen pun duit rakyat Selangor selepas dilantik menjadi Penasihat Ekonomi negeri ini,” kata Anwar seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, 23 Januari.
“Dalam negeri ini, saya tidak akan mengambil wang rakyat. Tetapi di luar sana (luar negara ) selepas memberi ceramah dan sebagainya, saya akan ambil dan bawa masuk ke sini.
“Mereka (negara luar) berminat dengan apa yang diperkatakan dan dibincangkan terutama dari segi ekonomi,” katanya lagi.
Di Hulu Selangor semasa berceramah dalam Program Mesra Rakyat, 19 Januari lalu, Anwar juga membangkitkan soal kewangan dari ceramahnya di luar negara.
"Ha bukan main (saya) penasihat ekonomi, kerja setengah mampus, gaji seringgit sebulan" kata Anwar sambil ketawa.
"Saya jumpa Perdana Menteri Beirut, saya baru balik dari Beirut dua hari lepas", kata Anwar menceritakan aktivitinya di luar negara, "semalam saya pergi Acheh, jumpa Gebenor Acheh, (dia) minta nasihat, saya bagi lah, kerja saya itu lah, beri nasihat dapatlah elauan, bagi nasihat di Beirut, dapat elauan banyak, di Turki lagi banyak, nasihat di Selangor seringgit", katanya lagi.
"Tak apa lah, kita cari duit di luar, kita belanja dalam negara", Kata Anwar