Wednesday, June 2, 2010

Ibrahim Ali saman Saifuddin Nasution RM2 juta

KUALA LUMPUR - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Saifuddin Nasution Ismail untuk menuntut ganti rugi RM2 juta setelah mendakwa memfitnahnya.

Pada Mac lalu, Saifuddin Nasution yang juga etiausaha Agung PKR, mengeluarkan kenyataan dalam Malaysiakini menuduh Ibrahim Ali mempunyai saham dalam syarikat judi, Ascot Sports.

“Saya terperanjat dengan tuduhan yang bersifat jahat, biadap dan tidak berakhlak itu", kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim kenyataan berkenaan bertujuan memburukkan namanya kerana kelantangan beliau memperjuangkan agenda Melayu.

“Saya bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi dan sedia junjung al-Quran bila-bila masa untuk membuktikan saya tidak ada kaitan, tidak ada saham, langsung atau tidak langsung (menguna proxi) dalam syarikat judi Ascot Sports milik Vincent Tan,” Katanya lagi.

Ibrahim juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan akan mengarahkan peguamnya untuk bertindak.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) adalah wakil rakyat bebas di parlimen.


Baca selanjutnya..

Tuesday, June 1, 2010

Karpal berjaya tunda kes sekali lagi

KUALA LUMPUR - Karpal Singh, Ketua Pasukan Peguam bela Anwar sekali lagi berjaya memohon penundaan prosiding yang sepatutnya dibicarakan jam 3.30 petang ini, ditangguhkan sehingga Khamis (3 Jun) ini.

Semalam, prosiding yang ditangguhkan awal, kira-kira jam 10.24 pagi bagi membolehkan Karpal melawat lokasi, telah ditangguhkan sekali lagi pada jam 2.30 petang semalam, apabila Karpal mengemukakan hujah pihaknya gagal untuk masuk ke lokasi.

Sepatutnya prosiding diteruskan 2.30 petang ini, tetapi Karpal meminta supaya dilanjutkan kepada jam 3.30 petang kerana mereka bimbang tidak sempat datang ke mahkamah. Hakim bersetuju dengan permohonan Karpal itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal dan barisan peguamnya dikatakan mengambil masa hampir 50 minit untuk meninjau lokasi kejadian dan kembali semula ke mahkamah untuk menangguhkan prosiding.

Menurut laporan Malaysiakini, alasan pertangguhan prosiding Karpal seperti semalam, iaitu gagal mendapat kebenaran untuk meninjau lokasi.

"Anwar memberitahu wartawan bahawa pihaknya gagal melawat atau meninjau unit kondominium yang mereka kehendaki.

Sebaliknya, mereka dibawa ke sebuah unit lain yang telah mereka lawati pada awal Februari lalu.

“Saya fikir permohonan kami jelas, kami ingin tinjau unit yang satu lagi,” katanya
. Klik di sini

Difahamkan, Hassanuddin Abdul Hamid memiliki 3 unit rumah di Tingkat 5, blok 11, Kondo Desa Damansara iaitu iaitu unit 1151, 1152 dan 1153.

Unit 1152 dan 1153 dicantumkan menjadi satu dan dijadikan rumah kediaman Hasanuddin sekeluarga.

Manakala unit 1151 yang didakwa tempat berlakunya kejadian liwat tersebut merupakan 'Rumah Tamu' yang dilengkapi dengan segala peralatan rumah biasa termasuk TV, dapur, kerusi, katil dan lain-lain.

Atas dasar persahabatan Rumah Tamu (unit 1151) itu diberikan kepada Anwar untuk melakukan mesyuarat dan kerja-kerja sulit parti.Rumah Tamu itu tidak dihuni oleh sesiapa. Anwar menggunakan Rumah Tamu itu, secara tidak berkala, berdasarkan tarikh-tarikh tertentu yang memakan masa, 2 hingga 5 jam.

Pada 26 Jun 2008, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Anwar mendakwa dirinya diliwat oleh majikannya (Anwar) di Unit 1151 Kondo Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Bermakna, jika Anwar dikatakan gagal melawat lokasi yang satu lagi (unit 1152 & 1153) itu sepatutnya difahami kerana unit itu adalah kediaman peribadi kepunyaan Hassanuddin yang tiada kaitan dengan kes liwat.

Saiful mendakwa dirinya diliwat di unit 1151, yang telah dilawati oleh pasukan pendakwa dan peguam bela serta Anwar sebanyak dua kali sebelum ini.




Baca selanjutnya..

Monday, May 31, 2010

Karpal 'berjudi nasib' dengan soalan di luar tuduhan

Karpal Singh, Ketua Pasukan Penguam bela Anwar hari ini 'berjudi nasib' dengan bertanyakan soalan-soalan yang di luar skop pertuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Soalan-soaln Karpal hari ini, tidak menjurus kepada persoalan pertuduhan tersebut, sebaliknya lebih fokus kepada peribadi dan latar belakang saksi utama itu.

Persoalannya sejauh manakah kaedah ini membantu Anwar untuk membersihkan diri daripada menjawab bahawa Anwar tidak meliwat Saiful pada tarikh, tempat dan masa seperti dalam pertuduhan itu.

Karpal: What is the name of your sister?
Saiful: Saidati

Karpal: Azlan bapa?
Saiful: Ya

Karpal: Bila Azlan bercerai dengan ibu?
Saiful: Saya darjah 1, umur 7 tahun

Karpal: Selepas bercerai itu ada contact dengan kamu dan sister?
Saiful: Ada

Karpal: Itu tidak benar bukan?
Saiful: Benar

Karpal: Saiful dan Saidati diabaikan?
Saiful: Tidak benar

Karpal: You are a good muslim?
Saiful: I’ll try my best

Karpal: Ada minum arak?
Saiful: Tidak

Karpal: Ada bila-bila masa melakukan zina?
Saiful: Tidak

Karpal: Saidati dah berkahwin?
Saiful: Tahun lepas dia dibawa lari ke Thailand, saya tidak tahu dia berkahwin atau tidak. Saya tidak pasti samada perkahwinan itu sah atau tidak. Saya tidak tahu dia kahwin atau tidak.

Karpal: Ada kenal Faiz bin Khairi?
Saiful: Kenal, dia yang bawa lari adik saya.

Karpal: Ada surat akuan dari Faiz bin Khairi. Kami ada surat akuan itu.
Saiful: Saya tidak tahu

Karpal: We don’t want to call your sister sebagai saksi, we want to spare her, please tell the truth.
Saiful: Yes

Karpal: Or your father for that matter?
Saiful: Yes

Kaedah Karpal mengalihkan skop pertuduhan ini pernah digunakan oleh Christhoper Fernando, Ketua Penguam bela Anwar untuk kes liwat 1999, ketika Anwar dituduh bersubahat dengan adik angkatnya Sukma Darmawan meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi isteri Anwar.

Ketika itu Fernando mengalihkan isu kepada 'teori konspirasi' tanpa menjawab tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar. Kesan daripada kaedah itu, Fernando dianggap sebagai 'hero' di kalangan para penyokong PKR, tetapi Anwar dijatuhi hukuman bersalah meliwat Azizan oleh pihak mahkamah.

Adakah Karpal juga mahu meniru taktik Fernando dengan mengalihkan isu kepada 'teori konspirasi' dan 'pembunuhan peribadi saksi utama' supaya menjadi hero di kalangan para penyokong Anwar, tetapi dalam masa sama membuka ruang yang lebih luas untuk Anwar kembali ke penjara Sungai Buloh ? Baca selanjutnya..

Karpal sudah mati akal untuk soal Saiful

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi menyaksikan kebuntuan Ketua Peguambela Anwar, Karpal Singh untuk menyoal balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Soalan-soalan Karpal masih berlegar tentang soalan sama yang pernah disoal sebelum ini. Karpal begitu kecewa kerana cubaan mengaitkan kes liwat ini dengan 'teori konspirasi' yang didakwa membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razab yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri juga gagal. Akhirnya Karpal membuat kenyataan bodoh dengan menyalahkan Datuk Najib kerana tidak membuat laporan polis walaupun mengetahui Saiful diliwat

Karpal: Pada 24 Jun 2008, ada berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri?
Saiful: Ada

Karpal: Ada buat aduan pada dia?
Saiful: Ya

Karpal: A very serious complaint?
Saiful: Ya

Karpal: Iaitu kamu diliwat dengan tidak kerelaan awak?
Saiful: Ya

Karpal: Adakah PM memberikan apa-apa nasihat?
Saiful: Beliau agak sceptical tetapi lepas dicerita dengan detail, PM kata tidak boleh buat apa-apa sebab ini masalah peribadi dengan Anwar dan ianya melibatkan masa hadapan saya.

Karpal: Aduan yang sama dibuat kepada Radwan?
Saiful: Ya

Karpal: Aduan yang sama kepada Ezam?
Saiful: Ya

Karpal: Diliwat tanpa kerelaan?
Saiful: Ya

Karpal: Dato’ Mumtaz?
Saiful: Ya

Karpal: Ada orang lain?
Saiful: Tuah

Karpal: Lain?
Saiful: Rahimi dan seorang guru agama

Karpal: Siapa Ustaz ini?
Saiful: Saya tak tahu nama dia, dia guru agama pakcik Tuah saya.

Karpal: Ada beri nama semasa siasatan?
Saiful: Saya panggil Atuk

Karpal: Orang ini wujud?
Saiful: Kalau tidak silap, dua tiga bulan lepas dia dah meninggal
[Galeri awam ketawa]

Karpal: Ada buat laporan polis mengenai aduan yang dibuat kepada Timbalan PM dan orang-orang lain tadi?
Saiful: Ada

Karpal: Insiden yang diceritakan kepada Timbalan PM, Radwan, Ezam dan Mumtaz?
Saiful: Kejadian kali terakhir buat laporan polis merangkumi semua kejadian.

Karpal: Did you lodged a police report?
Saiful: Ada


Karpal: Tiada sesiapa nasihat untuk buat report?
Saiful: Tidak

Karpal: Jika apa yang diceritakan tadi, iaitu membuat aduan serius, diliwat tanpa rela kepada Timbalan PM, mengikut undang-undang seksyen 13 Kanun Tatacara Jenayah, Timbalan PM diwajibkan buat laporan polis, do you know that?
Saiful: Saya tidak tahu

Karpal: Jika Timbalan PM tidak buat laporan itu, dia melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 202 Kanun Keseksaan? Timbalan PM boleh dipenjarakan?
Saiful: Saya tidak tahu

Karpal: Jika tidak tahu saya beri ajaran sekarang, apa yang dinyatakan oleh kamu adalah sesuatu yang serius, Timbalan PM tidak buat laporan polis, kamu diliwat dengan tidak kerelaan

Mohd Yusof: Ini soalan atau kenyataan?
Hakim: Tanya soalan
Karpal: This is soalan, this is not a comment
Hakim : Teruskan

Selepas Karpal selesai menyoal balas saksi utama Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai barisan pendakwaan, memohon kebenaran mahkamah untuk memanggil saksi seterusnya iaitu para doktor yang terlibat memeriksa saksi tersebut.

Karpal mempersoal tindakan pihak pendakwa yang akan membawa saksi para doktor tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada pihak peguam bela.

Karpal juga memohon kepada mahkamah agar keterangan para doktor ditangguhkan dahulu kerana pihaknya ingin melawat sekali lagi kondomiunium yang didakwa berlakunya tempat liwat tersebut.

Mahkamh ditangguhkan jam 10.24 pagi bagi membolehkan pasukan penguam bela Anwar sekali lagi melawat lokasi dan disambung semula jam 2.30 petang.


Namun semasa sesi petang, prosiding yang sepatutnya disambung semula, ditangguhkan semula tidak sampai 15 minit semasa prosiding dijalankan.

Mahkamah memutuskan menangguhkan perbicaraan hari ini kepada esok bagi membolehkan pihakpenguam bela berkunjung semula ke lokasi kejadian, setelah didakwa kunjungan pada sebelah tengahari gagal.

Esok mahkamah dijangka akan bersidang pada sebelah petang, kira-kira pukul 3.30 petang, kerana pada jam 2.30 petang pihak penguam bela masih lagi berada di lokasi kejadian.

Difahamkan acara melawat lokasi esok hanya disertai oleh pasukan peguam bela Anwar, tanpa disertai oleh hakim dan pasukan pendakwa.

Baca selanjutnya..

Thursday, May 27, 2010

Rayuan Semakan Anwar dapatkan DNA Saiful ditangguh - Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar keputusan panel terdahulu yang mengisytiharkan bahawa Anwar tidak berhak mengakses dokumen-dokumen penting, termasuk sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pemecatannya daripada semua jawatan Kabinet, 12 tahun lalu adalah sah di sisi undang-undang.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria akan menetapkan tarikh lain bagi mendengar permohonan itu sementara menunggu alasan penghakiman terhadap satu kes yang diputuskan pada 25 Februari lalu.

Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri James Foong Cheng Yuen dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Pada 25 Februari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar untuk menyemak keputusan mahkamah itu yang sebelum ini telah menolak permohonan Penasihat Umum PKR itu untuk dibekalkan dokumen-dokumen penting, termasuk sampel DNA Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat Anwar, pada peringkat pra-perbicaraan kes tersebut.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin juga memutuskan bahawa Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan tidak memperuntukkan bidang kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah itu.

Turut sama bersidang adalah Hakim Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Hakim Datuk Heliliah Yusof.

Hari ini juga, Karpal Singh yang mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut memfailkan semakan permohonan Anwar meminta mahkamah mengisytiharkan pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Dr Mahathir adalah menyalahi undang-undang dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Anwar tidak berjaya di peringkat Mahkamah Tinggi dan juga rayuannya di Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.


Baca selanjutnya..

Saturday, May 22, 2010

Benarkah Ahmad Lutfi Othman penulis pertama yakin Anwar terlibat skandal seks ?

Penulis Khas Majalah Tamadun, Edisi Disember 1998 mempersoalkan motif serangan penulis Ahmad Lutfi Othman ke atas peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bukunya bertajuk "Anwar : Skandal Seks atau Konspirasi Poitik" (Penerbitan Pemuda, September 1998).

Penulis menyenaraikan empat fakta yang terkandung di dalam buku "Anwar : Skandal Seks atau Konspirasi Poitik" yang menggambarkan keyakinan Ahmad Lutfi bahawa Anwar terlibat dalam skandal seks dan bukannya konspirasi politik, seperti yang didakwa oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Fakta pertama : Ahmad Lutfi sering mengulangi pertanyaan "mengapa Anwar tidak menafikan tuduhan ke atas beliau" di dalam buku tersebut.

Fakta kedua : Ahmad Lutfi mempertikai pengakuan bersumpah yang dibuat oleh Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar yang menafikan menulis surat menuduh Anwar melakukan hubungan sulit. Ahmad Lutfi menulis; "Melalui buku Khalid Jefri, pihak polis yang menyiasat kes ini telah berjaya memaksa Ummi dan Azizan menandatangani surat-surat yang diperlukan oleh Anwar untuk menutup pekung, tembelang dan perbuatan munafik beliau ini"

Fakta ketiga : Ahmad Lutfi secara ringkas menyebut keputusan ujian DNA Azmin dan Shamshida berkenaan dengan status anak mereka, Afifa dengan menulis 'pihak polis menafikan membuat ujian DNA' yang sekali gus mempercayai bahawa ujian penentuan status Afifa tidak sempurna.

Fakta keempat : Ahmad Lutfi mempersoal niat Anwar terhadap Dr Mahathir. Tulisnya, "Apakah benar kerana mahu menjaga hati PM, maka Anwar berdiam diri walaupun kehormatannya diinjak ? Atau pun Anwar menaruh harapan agar PM bertindak sewajarnya untuk menutup kes tersebut. Bukankah selama ini isu seks boleh dikompromi Mahathir; jika kes Rahim dan Vijandran dapat diuruskan dengan baik, masakan kes Anwar tidak boleh diselamatkan ?

Penulis Majalah Tamadun menyelar keempat-empat intipati dalam buku Ahmad Lutfi itu yang dianggap tidak sehaluan dengan fikrah haraki (PAS).

Ketika Ahmad Lutfi menulis buku itu (pada September 1998), Anwar telah pun dipecat dari UMNO dan kepimpinan PAS mengambil sikap menyokong Anwar, walupun sebelum ini, ketika Anwar masih dalam UMNO, kepimpinan PAS mengambil sikap sebaliknya.

Ahmad Lutfi, sebelum menubuhkan syarikat sendiri, Penerbitan Pemuda merupakan wartawan Harakah yang aktif menulis mengkritik Anwar sebaik sahaja ura-ura tokoh itu bakal ditabalkan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Buku kritikan pertama Ahmad Lutfi terhadap Anwar bertajuk "Anwar Lawan Ghaffar" yang diterbitkan pada tahun 1993.

Semasa Anwar menjadi TPM, hampir keseluruhan pimpinan tertinggi PAS mengkritik kredibiliti Anwar sebagai bakal PM. PAS menganggap Belanjawan 1994 yang dibentangkan oleh Anwar sebagai Menteri sebagai berwajah FIRAUN. Ahmad Lutfi sendiri menulis kritikan kerasnya dalam buku "Memo Buat Bakal PM" yang diterbitkan pada Ogos 1993.

Ketika munculnya skandal Anwar yang dibongkar oleh Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen PAS merupakan antara individu PAS pertama yang mempercayai kesalahan moral Anwar.

Ketika Mohamad Sabu diwawancara oleh Ahmad Lutfi pada 14 Jun 1998 (dua bulan sebelum pemecatan Anwar daripada UMNO), beliau berkata "dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya. Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini? Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu. Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu. Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas".

Sejak dari itu, Mohamad Sabu secara konsisten menggelar Anwar sebagai 'Anwar Al juburi', di pentas-pentas ceramah PAS sehingganya ke tarikh pemecatan Anwar dari UMNO pada 2 September 1998.



Ketika
Baca selanjutnya..

Thursday, May 20, 2010

PAS Perak perkukuhkan kerjasama dengan Paderi

PERAK - YB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak hari ini mengambil inisiatif yang lebih mantap untuk mengukuhkan kerjasama dengan paderi-paderi Kristian di Perak.

Bertempat di Hotel Hillcity, Nizar mewakili PAS Perak dengan mengadakan dialog dengan Dr Teoh mewakili paderi Perak.

Secara jujur Dr Teoh mengakui jika jemputan majlis sebegini dilakukan tiga tahun dulu mungkin mereka tidak hadir.Tetapi dalam konteks Pakatan Rakyat hari ini, imej eksremis Islam sudah tidak wujud lagi.

Katanya lagi keterbukaan PAS menyebabkan masyarakat bukan Islam mula menerima PAS sebagai rakan kongsi politik.

Dalam dialog itu, dua isu pokok yang menjadi konflik Islam/Kristian iaitu isu Murtad dan Kalimah Allah telah disepakati secara bersama.

Program dialog ini sebagai merealisasikan slogan 'PAS For All'.

Baca selanjutnya..