Tuesday, April 13, 2010

Anwar : Demokrasi & Kebebasan lebih tinggi daripada undang-undang Tuhan



Pada 12 April 2010 bertempat di Hotel Shangrila, Jakarta Indonesia Anwar telah menghadiri dan memberikan ucapan pada program anjuran World Movement for Democracy, satu program di bawah NED (National Endowment for Democracy). Program yang diadakan pada 11 hingga 14 April, dihadiri oleh ratusan aktivis demokrasi dan hak asasi manusia dari seluruh dunia.

Forum yang diadakan pada kali ke-6 itu menjadikan Indonesia sebagai negara Islam kedua tuan rumah selepas Turki.

Fokus penganjuran forum berkenaaan adalah untuk membincangkan bagaimana gerakan demokrasi yang dicanangkan itu dapat disebarkan ke seluruh dunia dengan penumpuan mengangkat dan membela hak masyarakat sivil.

Anwar pada ucapan pada forum tersebut menyatakan demokrasi dan kebebasan merupakan salah satu tujuan yang lebih tinggi dari undang-undang Tuhan (maqasid syariah).

Selain itu beliau juga memuji kebebasan demokrasi liberal yang dipraktikan sepenuhnya di Indonesia.

Sebelum ini pernah didedahkan penglibatan aktif Anwar dengan NED sejak dari tahun 2005 dan pada tahun 2007, Anwar secara rasmi telah dilantik sebagai panel pemikir, organisasi tajaan Zionis itu yang bercita-cita menakluk dunia melalui topeng demokrasi. Klik di sini









Baca selanjutnya..

Iblis dan jin juga lebih terpesona pidato Anwar

Dato Dusuki Ahmad dalam buku autobiografi terbarunya 'Dari Pondok Ke Parlimen' menulis satu bab khusus berkenaan dengan hubungannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bab ke 9, bertajuk "Anwar Ibrahim, ABIM dan UMNO" menceritakan pengalaman beliau bersama Anwar ketika bersama-sama dalam ABIM dan UMNO dan sehinggalah peristiwa pemecatan Anwar pada 2 September 1998.


Penulis mengakui aset utama Anwar adalah kehebatan berpidato.

Tulis Dusuki : Kata seorang kawan, “Apabila Anwar Ibrahim berpidato, bukan manusia saja yang terpesona, tetapi iblis dan jin juga lebih terpesona. Itulah kelebihan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya."

Menurutnya, beliau mula berkenalan dengan Anwar sejak dari tahun 1971. Ketika itu Anwar adalah Presiden PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) dan Presiden PKPIM, manakala Dusuki pula bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mereka berkenalan melalui perantaraan Farinordin Ibrahim (suami kepada adik penulis). Farinordin merupakan sahabat baik Anwar ketika sama-sama menuntut di MCKK dan Universiti Malaya.

"Bahkan adik ipar saya itu pernah tinggal di Petaling Jaya menumpang di rumah Pak Ibrahim (Dato’ Ibrahim), ayah kepada Anwar ketika tahun pertama di universiti berkenaan", tulisnya.

Dalam buku autobiografi yang diterbitkan oleh Yayasan Darul Hanan, 2010 itu juga penulis menceritakan penglibatannya menubuhkan persatuan belia Islam yang kemudiannya dikenali sebagai ABIM. Penulis terlibat dalam perjumpaan pertama di Wisma MAYC di Jalan Syed Putra dan diikuti dengan mesyuarat pertama ABIM di Kolej Kedua, Universiti Malaya setelah badan itu didaftarkan.

Menurut penulis, peristiwa yang paling getir berlaku adalah 'peritiwa 1982', ketika Anwar selaku Presiden ABIM mengumumkan diri memasuki UMNO.

"Bahkan perjuangan Anwar sebelum ini dilihat sebagai pelengkap dan mirip kepada perjuangan parti PAS. Beliau tidak pernah menunjukkan minatnya kepada UMNO", tulisnya.

"Golongan yang paling kecewa dan hampa dengan sikap dan tindakan Anwar Ibrahim itu adalah parti PAS, kerana sikap sedemikian menyulitkan mereka yang selama ini memujanya setinggi gunung, tetapi sekarang mereka terpaksa menentang pula tokoh yang mereka puja dan agung-agungkan itu", tulisnya lagi.

Penulis merumuskan : "Orang PAS beranggapan demikian kerana Anwar dan ABIM pimpinannya memberi sokongan kuat kepada Dato’ Asri, terutamanya ketika PAS menghadapi krisis besar menjelang pilihanraya umum 1978. Bahkan Anwar mendorong beberapa pemimpin kanan ABIM yang berlatarbelakangkan agama dan yang dianggap sebagai ulama supaya menyertai PAS sebagai calon dalam pilihanraya umum tersebut. Antara mereka ialah Nakhaie Ahmad, Fadzil Noor, Abdul Halim Arshad, Yahya Othman dan Abdul Hadi Awang. Mereka semuanya golongan ustaz. Perkembangan ini menyakinkan bahawa Anwar tidak mungkin akan menyertai UMNO, sebaliknya akan menyusuri mereka pada pilihanraya umum April 1982. Andaian ini menyakinkan lagi apabila menjelang pilihan raya umum itu, Anwar Ibrahim telah hadir dalam banyak majlis rapat umum dan ceramah anjuran parti PAS di seluruh negara. Antaranya ialah rapat umum di Kampung Dalam Rhu, Tumpat, Kelantan. Ribuan yang datang ke majlis itu amat puas hati dengan hujah-hujah yang dikemukakan tentang keburukan kepimpinan UMNO semasa"

Tetapi penulis menjelaskan sejarah membuktikan tindakan Anwar terbalik dengan apa yang diperkatakan. Walaupun mengecam UMNO, tetapi dalam masa sama menyertai UMNO.

Penulis juga turut menceritakan perbualannya dengan anaknya, Asyraf Wajdi, pada 5 September 1998, selapas 4 hari Anwar dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Anaknya ketika itu Presiden PKPIM mengajak beliau ikut serta ke rumah Anwar Ibrahim pada malam tersebut. Dia memberitahu bahawa sudah dua malam berturut-turut dia berada di sana untuk menyatakan simpatinya dan simpati PKPIM pimpinannya.

Menurut penulis walaupun anaknya sendiri mengajak beliau berkunjung ke rumah Anwar, tetapi beliau merasai aneh bahawa pada masa itu hatinya tidak digerakkan untuk berbuat demikian. Walaupun ketika itu beliau juga berasa amat simpati yang mendalam kepada Anwar tetapi Allah SWT tidak ditakdirkan untuk saya bersama pengunjung-pengunjung ke rumahnya di No.8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara.

Menurutnya, walaupun mereka bersahabat baik, tetapi Anwar tidak pernah menganggapnya sebagai orang dalamannya (inner circle). Penulis memberitahu, Anwar tidak pernah mengajak berbincang perkara-perkara tertentu yang khusus seperti kawan-kawan lain

Ketika itu juga penulis tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan dan baru saja ditamatkan perkhidmatannya sebagai anggota pengarah NSTP yang diminta oleh Dato’ Nazri Abdullah dengan arahan Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, penulis telah diminta mengosongkan jawatannya dalam kepimpinan UMNO Bahagian Tumpat bagi membolehkan Dato’ Kamaruddin Jaafar(sahabat karib Anwar) dipilih sebagai salah seorang daripada pegawai di peringkat bahagian.

“Itulah harga yang terpaksa dibayar,” kata Asyraf Wajdi dan sambungnya lagi, “Sekarang ini bukan lagi masalah pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada pentadbiran kerajaan dan parti, tetapi sudah menjadi isu kemanusiaan dan negara.”

Saya mencelah “Mungkin atas nama kemanusiaan dan negara jugalah Dr Mahathir bertindak demikian. Katanya dia merasai berdosa menyerahkan amanah negara, bangsa dan agama ini kepada orang yang dia yakin telah melakukan perkara-perkara yang menyentuh akhlak dan agama.”

“Nampaknya papa percaya itu semua,” katanya lagi.

Jawab saya, “Benar atau tidak hanya Allah SWT saja yang mengetahuinya. Tetapi Dr Mahathir penuh yakin dengan kebenarannya sebagaimana dengan bukti-bukti yang dia beritahu kepada semua Menteri Besar negeri-negeri, anggota Majlis Tertinggi UMNO dan beberapa orang tertentu sebelum ini.”







Baca selanjutnya..

Saturday, April 10, 2010

Kenapa Zionis lantik Anwar Diplomat Jemputan CFR ?

Kalau di Amerika Syarikat, CFR atau Council on Foreign Relations merupakan satu organisasi yang kontroversi kerana dikaitkan dengan kepentingan-kepentingan Zionis atau neo-konservatif dalam urusan polisi luar Amerika Syarikat.

Kepada rakyat Amerika, cempur tangan organisasi CFR didalangi oleh kumpulan elit Yahudi beraliran Zionis yang berkepentingan menggunakan wang pembayar cukai setiap kepala warganegara Amerika untuk memutuskan satu-satu polisi ke atas negara luar.

Misalnya CFR telah melobi ahlinya Paul Wolfowitz (ketika itu berjawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat untuk berkempen meneruskan serangan ke atas Iraq. Berapa banyak wang pembayar cukai warganegara Amerika terpaksa dibelanjakan untuk memastikan cita-cita CFR dan Paul Wolfowitz menang di Iraq. Berapa belanja untuk tentera,senjata, badan-badan risikan, pelobi dan sebagainya untuk memastikan bumi Iraq dapat ditawan.

Perang Iraq yang berslogankan ‘Operation Iraqi Freedom’ (Operasi Kebebasan Rakyat Iraq) itu telah mengorbankan lebih 1.2 juta nyawa [kajian daripada independent polling agency pada September 2007] dan lebih 5 juta kanak-kanak Iraq menjadi anak yatim [kajian kerajaan Iraq pada Disember 2007]. klik di sini

Semua ini, dihitung dan dinilai oleh rakyat Amerika. Malah isu CFR serta peperangan di Iraq menjadi satu modal besar parti Demokrat untuk menumbangkan parti Republikan pimpinan Presiden Bush-Dick Cheney.

Wartawan Alex Jones pernah ditangkap oleh Polis Texas kerana bertanyakan soalan berkenaan dengan CFR dan Federal Reserve (the Fed) semasa ucapan Bush di DuPont Photomask Facility, pada tahun 1998.

Sebelum ditangkap polis, Alex Jones bertanyakan soalan seperti berikut :

"Sir, shouldn't we abolish the Federal Reserve and the CFR? That's the real reality that none of you will talk about and most of you are members. That's what's destroying this country governor. Don't you stand for America sir? What about the Federal Reserve and the CFR?"

[Tuan, bolehkah kita mansuhkan Rizab Persekutuan dan CFR? Itu hakikat sebenar yang tiada dalam ucapan anda dan kebanyakan daripada anda adalah ahli-ahlinya. Perkara itu (FED/CFR) merosakkan negara ini, gabenor. Adakah anda mempertahankan negara ini, tuan ? Bagaimana (pendirian anda) tentang Simpanan Persekutuan dan CFR?"]

CFR adalah berkaitan Federal Reserve. CFR merupakan 'pemutus dasar polisi luar Amerika', manakala Federal Reserve adalah Pusat Kewangan Amerika Syarikat. Kedua-duanya dikuasai oleh Yahudi Amerika Syarikat yang beraliran Zionis.

Penangkapan warganegara Amerika Syarikat sendiri apabila bertanyakan soalan berkaitan CFR dan FED membayangkan isu kedua-dua organisasi itu amat sensitif di Amerika Syarikat juga boleh ditafsirkan warganegara Amerika sendiri tidak suka wang cukai yang dibayar oleh setiap warganegara dilaburkan untuk melakukan perkara yang tidak menguntungkan rakyat.

Kenapa Zionis pilih Anwar sebagai diplomat jemputan CFR ?

CFR merupakan organisasi elit Amerika Syarikat yang didalangi oleh kumpulan Zionis dan hanya warganegara Amerika Syarikat layak menjadi ahli kumpulan tersebut.

Persoalannya kenapa Anwar Ibrahim, warganegara dari Malaysia dipilih menjadi salah seorang 'Ahli Jemputan' organisasi itu ?

Anwar sendiri mengakui beliau merupakan Diplomat Jemputan CFR dalam surat samannya kepada Chandra Muzafar bertarikh 7 Mac 2008.

Tulis surat saman yang disiarkan sendiri oleh Anwar di laman rasminya [klik di sini] : "Plaintif (Anwar) pada masa yang material merupakan penasihat kepada Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Plaintif juga merupakan antara lain, ‘Visiting Diplomat’ di Council of Foreign Relations, New York"

Bukti ini disokong pula dengan ucapan Anwar di Kelab Country Paradise Taman Melawati, Kuala Lumpur, pada 14 April 2005 yang mengatakan semasa menetap di Amerika Syarikat beliau sibuk dengan urusan kerajaan Amerika Syarikat, salah satunya CFR. Lihat video di atas.

Salah satu polisi luar yang menjadi isu kepada rakyat Amerika adalah serangan ke atas Iraq.

Bagaimana pendirian Anwar sebagai diplomat jemputan CFR terhadap 'serangan Iraq' itu ?

Pada tahun 2005 (ketika hangat isu perang Iraq), Anwar menyatakan pendiriannya mengenai isu peperangan tersebut di program ‘US-Islamic World Forum di Doha, Qatar pada 10-12 April 2005, anjuran The Brookings Institution & The Saban Center For Midddle East Policy.

The Brokings dan The Saban Center merupakan badan pemikir yang menjadi salah satu mata rantai CFR.

Kata Anwar, “..Angin perubahan daripada autokrasi(kuku besi) kepada demokrasi telah bertiup merentasi pelbagai sempadan dalam dunia Islam..Perang Iraq, walaupun dicemari pelbagai kontroversi (tetapi) telah menghasilkan pilihanraya demokrasi pertama untuk negara itu (Iraq)…”

“…Dalam hal ini, saya ingin katakan bahawa, walaupun pada prinsipnya, saya menentang peperangan tetapi saya terpaksa mengalah kepada suara kebebasan di Iraq, tidak dapat dibendung selepas penindasan dan paksaan yang dilakukan (oleh Sadam Hussein) selama berdekad-dekad..”

“… Saya berani katakan, jika sekiranya diberi peluang kepada dunia Islam, bukan sahaja di Iraq, tetapi seluruh dunia Islam akan bersetuju untuk menikmati demokrasi (walaupun melalui peperangan)…”

Berdasarkan ucapan di atas, jelaslah Anwar bersetuju peperangan di Iraq atas nama demokrasi. Anwar hanya menyatakan pada prinsipnya beliau menentang peperangan, tetapi hujah-hujah seterusnya Anwar menyatakan persetujuannya ke atas peperangan tersebut.

Tidak diperjelaskan hujah prinsipnya menentang peperangan, tetapi dihuraikan secara panjang lebar sebab-sebab persetujuan peperangan itu, semuanya untuk ‘kebebasan’, ‘pilihanraya demokratik’, dan ‘Iraq ditindas dan ditekan oleh pemimpin kuku besi, Sadam Hussein’. Lihat bukti video di bawah.

Adakah faktor ini, zionis melantik Anwar sebagai diplomat jemputan CFR ? Sebagai penyokong usaha Zionis yang datang dari negara muslim sendiri ?









Baca selanjutnya..

Thursday, April 8, 2010

Datamatix, think tank Al Gore bawa Anwar ke Dubai

DUBAI - Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam (7 April) berada di Dubai untuk menghadiri jemputan Datamatix group.

Datamatix sebuah badan pemikir Timur Tengah yang berpengkalan di Dubai telah menganjurkan Ajman International Economic Conference, di Hotel Kempiski, Dubai.

Selain Anwar, Datamatix juga turut menjemput Dominique de Villepin, bekas Perdana Menteri Peranchis.

Datamatix yang dikenali sebagai 'the centre of a worldwide network of Intelligence' merupakan badan pemikir yang mempunyai hubungan rapat dengan parti Demokrat, Amerika Syarikat, khususnya Al Gore.Klik di sini

Judi McLeod, wartawan Canada Free Press mendakwa Datamatix merupakan badan pemikir Al Gore/Clinton untuk menghubungkan antara Dubai dan Amerika Syarikat.

"According to Dick Morris, author of the best-selling book, Condi vs., Hillary, Clinton is a paid agent of the crown prince of Dubai, now involved in a firestorm over its deal to take over some of the operations at six major U.S. ports." (NewsMax, March 4, 2006). Klik di sini

Wartawan Canada Free Press itu juga turut mempersoalkan peranan Al Gore yang disenaraikan oleh Datamatix sebagai "Tokoh Nombor Satu" dalam "top 100 pictures of VIPs and dignitaries".

Keterangan gambar di bawah foto Al Gore ditulis sebagai "Tokoh yang Mengusahakan Networking Dunia Untuk Abad ke 21.

"Bagaimana dengan Tipper Gore (isteri Al Gore) yang diiktiraf oleh Datamatix sebagai Penyokong Awam Dan Penasihat Utama Kepada Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton?", soal wartawan itu.

Tipper Gore diberi anugerah M.E. Women's Achievement Award 2002 oleh Datamatix.

Ali Al Kamali, Pengarah Urusan Datamatix digambarkan sebagai 'adik beradik kepada Amerika Syarikat'.

Datamatix juga dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Putera Al Waleed Talal melalui kerjasama dengan syarikat Rotana Resorts Group.Klik di sini

Putera Al Waleed Talal baru-baru ini telah bergabung tenaga dengan seorang taikun media keturunan Yahudi, bernama Rupert Murdock dalam syarikat New Corporation dan Rotana Group. Klik di sini

Kehadiran Anwar dalam program Datamatix di Dubai kali ini bukanlah kali pertama, bahkan Datamatix pernah menjemput Anwar dan Marry Robinson dalam ‘Forum Global Government & Business Leaders’(2005) dan Anwar & Al Gore ‘ Jeddah Economic Forum (2006).

Kehadiran Anwar tiga kali berturut-turut dalam program anjuran Datamatix ini mengesahkan badan pemikir itu milik Al Gore, di mana Anwar sangat dikenali sekarang ini sebagai 'budak Al Gore' di dunia Islam. Klik di sini







Baca selanjutnya..

Tuesday, April 6, 2010

MAFREL adalah mata-mata CIA

Pendedahan Phil Agee, bekas pegawai CIA mengesahkan bahawa MAFREL adalah mata rantai CIA, sebuah badan perisikan terkemuka di Amerika Syarikat.

Menurut Phil Agee, CIA menubuhkan satu pasukan task force untuk memantau pilihan raya di peringkat Asia Pasifik yang dikenali sebagai NAMFREL berpusat di Filipina.

Menurut bekas pegawai CIA itu lagi walaupun diwar-warkan motif NAMFREL adalah untuk 'memantau pilihan raya' tetapi peranan badan itu lebih besar daripada itu, iaitu campur tangan dan membantu calon proksi Amerika Syarikat di sesebuah negara itu.

NANFREL adalah singkatan kepada Nasional Association Free Election.

Menurutnya lagi, sebelum ini CIA pernah menaja beberapa yayasan Kristian Jerman seperti Friedrich Ebert Foundation (FEF) dan Konrad Adeneur Foundation (KAF) untuk melaksanakan misi yang sama.

Namun pada tahun 1980-an, CIA menukar taktik dengan menaja sepenuhnya 'yayasan demokrasi' apabila Amerika Syarikat menubuhkan NED (National Endowment foe Democracy) pada tahun 1983. Klik di sini

Penggubal undang-undang NED, Allen Weinstein, turut mengesahkan NED adalah nama lain kepada CIA.

"Apa yang telah dilakukan oleh NED hari ini adalah perkara sama yang pernah dilakukan oleh CIA, 25 tahun dahulu", Kata Allen Weinstein dalam Washington Post, 22 September 1991.Klik di sini


NED mempunyai empat cabang penting iaitu IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute for International Affairs), CIPE (Chamber of Commerce's Center for Private Enterprise) dan ACILS (American Center for International Labor Solidarity), di mana pengkhususan kepada pilihanraya di sesebuah negara terletak di bawah bidang kuasa IRI.

Menurut Abd Malek Hussin penubuhan MAFREL di Malaysia kerana bantuan dana daripada IRI dan IRI sendiri mengakui menaja badan 'pemantau pilihanraya' Malaysia itu. Klik di sini

Abd. Malek merupakan bekas Pengerusi MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections).

MAFREL merupakan cabang ANFREL atau NAMFREL yang dibawah kawal selia sepenuhnya IRI dan CIA.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang Malaysia adalah salah seorang panel pemikir NED yang dilantik sejak dari tahun 2007 [klik di sini] dan NED khususnya IRI telah terlibat secara langsung membantu karier politik Anwar di Malaysia khususnya dalam PRU 12. Klik di sini


Baca selanjutnya..

Monday, April 5, 2010

Task Force 13 : Projek menjatuhkan Haji Hadi Awang ?

KUALA LUMPUR - Satu projek yang dikenali sebagai 'Task Force 13' sedang menjalankan gerak kerja untuk menjatuhkan Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang. Gerakan ini dirancang oleh sekumpulan ahli PAS yang dikaitkan dengan kumpulan Erdogan PAS.

Selain Haji Hadi, kumpulan ini juga sedang berusaha untuk menjatuhkan Nasharuddin Mat Isa(Timbalan Presiden PAS), Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Ustaz Harun Taib (Ketua Dewan Ulama), Dr Haron Din (Timbalan Muryidul Am PAS) dan Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor)yang dikaitkan sebagai 'kumpulan ulama' PAS.

Task Force 13 ini digerakkan sebaik sahaja keputusan muktamar PAS yang menyebelahi kumpulan ulama. Difahamkan kumpulan ini tidak berpuas hati dengan gandingan kepimpinan Hadi-Nasharuddin dan mereka mahu mengangkat calon Presiden/Timbalan PAS yang lebih liberal, sesuai dengan keadaan politik semasa hari ini.

Difahamkan kumpulan ini merupakan penggerak kepada kumpulan Erdogan PAS yang lebih berketuakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding dengan Hadi Awang, Presiden PAS.

Beberapa nama yang disebut-sebut sebagai penggerak Task Force 13 ialah Zainulfaqar Yaakub (blogger/wartawan harakah), Wan Ji Wan Salleh (blog Al Bakistani), Abdul Rahman (blog Tulang Besi/Malaysia Waves) dan blogger Topeng Perak (Blog Perisik Rakyat.

Selain daripada Task Force 13, terdapat satu lagi kumpulan yang mempunyai motif yang sama dikenali sebagai "PAS Reform". Kumpulan ini dipercayai diketuai blogger Aduka Taruna yang telah diheret ke mahakamah kerana tulisannya yang menghina kemangkatan Sultan Johor.


Baca selanjutnya..

Friday, April 2, 2010

Anwar Ibrahim panel pemikir agensi Yahudi

Sebelum ini pernah didedahkan tentang peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sebuah panel pemikir Yahudi yang dinamakan Institut Brookings terutamanya penglibatan dalam penganjuran tahunan Forum US-Dunia Islam di Timur Tengah. Klik di sini

Sekarang dijelaskan pula penglibatan Anwar dalam sebuah lagi badan pemikir Yahudi yang dinamakan National Endowment for Democracy atau ringkasnya NED.


Empat cabang utama NED

Secara umumnya, NED mempunyai empat cabang iaitu pertama; IRI (International Republican Institute), kedua NDI (National Democratic Institute for International Affairs), ketiga, CIPE (Chamber of Commerce's Center for Private Enterprise) dan keempat ACILS (American Center for International Labor Solidarity)


Projek demokrasi Amerika Syarikat



Siapa di belakang NED ?

Hampir kesemua tokoh-tokoh yang terlibat dalam NED adalah berbangsa Yahudi dan berfahaman Zionis yang menetap di Amerika Syarikat.

Carl Gershman, merupakan tokoh Yahudi yang menjadi Presiden NED sejak dari tahun 1984 hingga sekarang. Rangkaian sahabat Gershman adalah tokoh-tokoh neoconservative(Bangsa Yahudi yang menetap di Amerika Syarikat beraliran zionisme) termasuklah Richard Perle, Frank Gaffney, dan Elliott Abrams.

Semasa pemerintahan Presiden Bush, Gershman menyokong sepenuhnya Doktrin Bush untuk membawa demokrasi di Timur Tengah khususnya menerapkan idea reformasi liberal, kebebasan dan membendung kebangkitan Islam yang dianggap berlawanan dengan prinsip demokrasi. Klik di sini

Madeline Albright merupakan Pengerusi NDI. Beliau merupakan tokoh Yahudi yang pernah dilantik menjadi Setiausaha Negara Amerika Syarikat semasa pemerintahan Presiden Bill Clinton.

Selain NDI, beliau juga merupakan Pengarah kepada Ahli Lembaga Pengarah CFR (Council on Foreign Relations. Klik di sini

Kenneth Wollack merupakan tokoh Yahudi yang memegang jawatan sebagai Presiden NDI. Beliau pernah menjadi Pengarah Perundangan untuk AIPAC (American Israel Public Affairs Committee). Klik di sini

Lorne Craner adalah tokoh Yahudi yang memegang jawatan sebagai Presiden IRI. Dari tahun 1992-93, Craner adalah Pengarah Hubungan Asian di Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat. Manakala pada tahun 2001-2004, beliau memegang jawatan Timbalan SetiausahaUntuk Demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Buruh di Jabatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat. Klik di sini

Penglibatan Anwar Ibrahim dan NED

Anwar mula terlibat aktif dalam NED sejak tahun 2005. Kali pertama dijemput sebagai pemidato utama NED di New York pada 1 Disember 2005. Program itu adalah anjuran NED dengan kerjasama FPA (The Foreign Policy Association).Klik di sini

Ucapan Anwar yang bertajuk "Masa Depan Demokrasi Islam" itu dipengerusikan oleh Carl Gershman, Pengerusi NED.

Dalam ucapan itu, Anwar menyeru dunia Islam agar menerima demokrasi dan kebebasan serta menyeru dunia Islam agar menjadi Amerika Syarikat sebagai rakan kongsi yang sejati.

Dalam sesi soal jawab, kebanyakan peserta yang terdiri daripada aktivis berbangsa Yahudi yang menetap di Amerika Syarikat itu bertanyakan tentang negara manakah yang menjadi model Demokrasi Islam. Anwar menjawab di Indonesia dan Turki. Klik di sini

Anwar turut ditanya apakah gesaannya menganjurkan demokrasi Islam bermakna membenarkan penukaran agama (murtad). Anwar menjawab ya, kerana prinsip asas demokrasi berasaskan prinsip Thomas Jefferson, bapa demokrasi Amerika Syarikat yang membenarkan kebebasan beragama. Beliau mendakwa dirinya adalah tokoh pembaharuan agama Klik di sini dan di sini dan di sini dan di sini dan di sini

Anwar juga ditanya khusus pendiriannya tentang Israel, apakah beliau pro-Israel atau pro Hamas ?. Anwar menjawab beliau tidak pro Hamas, kerana pada pandangannya prinsip Hamas bercanggah dengan demokrasi kerana tidak mahu membuang senjata-senjata mereka serta menjadikan senjata-senjata sebagai benteng melindungi diri. Penggunaan senjata adalah salah satu ciri teroris, kata Anwar. Klik di sini

Pada tahun 2005 juga Anwar dipilih sebagai 'Muslim Moderat' anjuran CSID (Center for Islam & Democracy) sebuah badan pemikir Islam yang berpengkalan di Amerika Syarikat yang ditaja oleh NED. Turut hadir semasa Anwar menerima anugerah itu adalah Lorne Craner (IRI) dan Carl Gershman (NED).

Pada tahun 2007, Anwar telah dilantik sebagai panel pemikir NED. Hanya Anwar dan Zainab Bangura (Agen CIA dari negara Sierra Leone) yang beragama Islam, manakala kesemua yang lain adalah berbangsa Yahudi.

Semasa diberi penghormatan di atas pelantikan panel pemikir IKD itu, Anwar berkata komitmennya adalah untuk mewujudkan demokrasi dan kebebasan di dunia Islam, Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas pelantikan itu dan bergembira kerana dapat berkhidmat dengan NED.

Apakah motif NED ?


Kata Allen Weinstein, penggubal udang-undang penubuhan NED (National Endowment for Democracy) "Apa yang telah dilakukan oleh NED hari ini adalah perkara sama yang pernah dilakukan oleh CIA, 25 tahun dahulu", lapor Washington Post, 22 September 1991.

Menurut William Blum (January 2000), "Sebenarnya CIA banyak melaburkan wang kepada NED. NED ditubuhkan pada tahun 1983, di bawah Presiden Ronald Reagan setelah banyak operasi CIA terbongkar dan CIA menerima imej yang sangat buruk" Klik di sini

Presiden Ronald Reagan semasa berucap di Britain's Westminster Palace, 1982, berkata tujuan penubuhan NED adalah untuk meransang pembangunan demokrasi, termasuk kebebasan media, persatuan, parti-parti politik dan universiti yang kemudiannya dikenali sebagai "The Democracy Program".

Peruntukan NED diluluskan oleh kerajaan Amerika Syarikat yang disalurkan melalui USAID (United States Agency for International Development)

NED mula dikenali di seluruh dunia sekarang ini, kerana penglibatan aktif dalam campur tangan terhadap sistem politik di sesebuah negara. NED akan menyokong individu, organisasi atau parti-parti politik yang dianggap proksi Amerika Syarikat.

Di Panama, NED menyokong dan menaja Nicolás Ardito Barletta Vallarino memenangi pemilihan Presiden dalam pilihanraya umum Panama pada tahun 1984. Sebenarnya kemenangan Nicolas Ardito Berletta sudah diduga, kerana beliau telah direkrut oleh CIA sejak dari awal lagi. Pada tahun 1970-an, CIA meletakkan tokoh ini menjadi pensyarah di Universiti Chicago, Amerika Syarikat dan pekerja di Bank Dunia.

Di Haiti, NED membelanjakan $36 juta untuk menaja Marc Bazin, bekas pegawai bank dalam pilihanraya 1990. Walaupun pada mulanya beliau tewas di tangan Jean-Bertrand melalui proses pilihanraya tetapi setahun lepas itu, beliau berjaya menjadi Perdana Menteri Haiti, setelah Jean-Bertrand digulingkan melalui rampasan tentera yang dibiayai oleh CIA, NED dan USAID. Klik di sini


Baca selanjutnya..