Saturday, October 30, 2010

Zaid Ibrahim Timbalan Presiden, mesej besar ahli PKR kepada Anwar ?

Ramalan yang mengatakan Azmin Ali, anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menang mudah Timbalan Presiden PKR ternyata meleset, apabila pengiraan undi pada hari pertama dan kedua pemilihan PKR memperlihatkan Zaid Ibrahim mendahului dua pesaing lain, iaitu Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub.

Meskipun sebelum ini, Azmin disokong penuh oleh Penasihat Umum, Anwar Ibrahim dan Zaid sering dikambinghitamkan dan dilabel pengkhianat kepada perjuangan 'reformasi Anwar', namun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus menerus disokong oleh ahli-ahli PKR.

Menurut Malaysiakini, berdasarkan keputusan tiga cabang - Indera Mahkota, Teluk Kemang, Arau - yang diperoleh setakat jam 7.00 petang ini, Zaid berjaya menambah 129 undi menjadikan keseluruhan undi yang diterimanya sejak semalam adalah sebanyak 706.

Manakala pesaingnya, Azmin ali mendapat tambahan 105 (keseluruhan 477) dan Mustaffa Kamil Ayub, keseluruhannya 67 undi.

"Nampaknya apa yang dikehendaki oleh ahli-ahli PKR, tidak sama dengan apa yang dikehendaki oleh penasihat PKR", kata sumber dalaman PKR.

"Jika trend ini berterusan sehingga ke hari akhir pengundian dan Zaid dinobatkan sebagai Timbalan Presiden yang baru, Anwar perlu menilai semula strateginya ke atas PKR selama ini. Mesej amat besar kepada Anwar, bukannya kepada Azmin", kata sumber itu lagi.

Sebelum ini AIDCNews pernah mendedahkan blog pro PAS yang sebelum ini dilihat pro Anwar Ibrahim mengubah sokongannya kepada Zaid Ibrahim. Blog yang dimaksudkan itu adalah Blog Kelab Greenboc (GB), salah satu daripada rangkaian web TKO (Tranung Kite Online), yang mengkritik Anwar Ibrahim dalam postingnya bertajuk " Azmin dan Saifuddin, Mengata Dulang Paku Serpih". Klik di sini

Blog itu menemplak Azmin dan Saifuddin Nasution yang mengkritik Zaid yang didakwa membawa bahasa UMNO ketika menyerang Anwar Ibrahim.

Ketika menemplak Azmin itu, blog itu melakukan serangan keras ke atas Anwar Ibrahim.

"dan mastermind pemilihan adalah Penasihat PKR (itu) sendiri yang dulunya sengsara di penjara kemudian, Allah melepaskan, kemudian melakukan hal yang tak senonoh lagi..", tulis blog itu.

Menurut blog GB, salah satu budaya tidak senonoh yang dilakukan Anwar 'berjoget tarian India bersama Dato Nalla' semasa pilihanraya kecil Ijok yang menimbulkan fitnah besar terhadap Islam dan hubungan kerjasama antara PAS dan PKR.

"Ada banyak lagi yang sebenarnya boleh GB dedahkan di sini, namun ini bukan ruang yang sesuai untuk membalas segala serangan Azmin, Sivarasa, Saifuddin dan sekalian komrad Anwar. GB serahkan kepada Allah sendiri untuk mendedahkannya yang GB tahu apabila Dia mendedahkannya sendiri, tentu lebih parah lagi nanti", tulisnya lagi.

Menurut tinjauan rambang AIDCNews terhadap blog-blog pro PAS yang berpengaruh di internet, trend yang ditulis oleh Blog Kelab Greenboc ini hampir menyeluruh tidak kira blog itu dilabel pro Erdogan atau pro ulama selama ini.

Trend terbaru, blog pro Erdogan dan Ulama, kedua-duanya pro Zaid Ibrahim berbanding dengan Azmin Ali yang dilihat sebagai proksi kepada Anwar Ibrahim.

Baca selanjutnya..

Wednesday, October 27, 2010

Taktik Karpal pancing dokumen lengkap hospital gagal

Kehadiran Peguam Utama Karpal Singh petang tadi untuk mendapatkan dokumen lengkap laporan tiga doktor yang memeriksa saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 menemui kegagalan apabila mahkamah memutuskan dokumen-dokumen tersebut tidak perlu dibekalkan kepada pihak pembela.

Pada 25 Oktober lalu, semasa Karpal menyoal balas Dr. Razali Ibrahim, pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur (HKL), Karpal bertanya sebelum ketiga-tiga doktor membuat laporan rumusan, ada atau tidak laporan yang lebih terperinci yang telah dibuat sebelum ini.

Dr Razali menjawab ya. Menurutnya laporan rumusan hasil gabungan daripada ketiga-tiga doktor dibuat pada 13 Julai 2008, manakala laporan yang lebih terperinci yang dibuat secara berasingan adalah pada 28 Jun 2008.

Justeru itu, Karpal memohon laporan doktor bertarikh 28 Jun kepada Dr Razali dikemukakan kepada mahkamah. Pakar bedah am HKL itu berkata beliau tidak membawa bersama dengannya kerana laporan rumusan yang dibuat pada 13 Julai 2008 telah pun diserahkan ke mahkamah.

Dalam prosiding petang tadi, sekali lagi Karpal membangkitkan persoalan laporan terperinci 28 Jun kepada Dr Razali.

Menyedari taktik Karpal untuk memancing dokumen itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah permohonan Karpal.

Hakim Zabidin meminta Karpal terus menyoalsiasat Dr Razali berhubung perkara lain yang tidak berkaitan dengan nota perbuatan itu.

Bagaimanapun, Karpal berkata, beliau tidak boleh meneruskan soal-siasat itu tanpa nota-nota berkenaan.

Kedua belah pihak berhujah mengenai perkara itu.

Selepas mendengar hujah Karpal dan Yusof, Hakim Zabidin akhirnya membuat keputusan beliau hanya membenarkan pemberian laporan perubatan yang bertarikh 10 Julai 2008.

Baca selanjutnya..

Batu Sapi : Tidak puas hati pemilihan calon PKR, bertumbuk di lapangan terbang

Kerana tidak puas hati dengan pemilihan calon PKR pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim, di parlimen Batu Sapi, penyokong-penyokong Ahmad Tamrin Jaini (Pengerusi PKR Sabah) bertumbuk dengan penyokong-penyokong Ansari Abdullah di lapangan terbang Sandakan Sabah.

Malaysiaaktif.com melaporkan sebaiak sahaja Anwar mengumumkan nama Ansari sebagai calon PKR, ramai penyokong-penyokong Ahmad Tamrin bertindak keluar Dewan Komunity Persatuan Hakka Sandakan, sebagai memprotes pemilihan calon itu, walaupun ketika itu Anwar masih berada di dalam dewan tersebut.


Anwar yang menyedari protes tersebut kemudiannya terus bergegas ke Lapangan Terbang Sandakan untuk segera kembali ke Semenanjung, namun kedua-dua penyokong kumpulan itu telah bertumbuk di lapangan terbang dengan disaksikan oleh Anwar sendiri.

Panggungopera.blogspot.com melaporkan Ahmad Tamrin sendiri tersungkur dipukul oleh orang-orang Ansari.

Yong Teck Lee, calon SAPP di Parlimen Batu Sapi pula berkata, "walaupun SAPP sudi berkawan dengan PKR dan BN, ia tidak bersedia untuk "berkahwin" dengan PKR.

"Kita boleh menjadi kawan tapi macam mana kita nak "berkahwin" dengan PKR sedangkan keluarga mereka sentiasa bergaduh.

Bolehkah kita berkahwin dengan keluarga yang selalu bergaduh?

"Lihat apa yang terjadi di lapangan terbang dua hari lalu apabila mereka bertumbuk sesama sendiri kerana merebut pencalonan," kata Yong.

"Adakah anda fikir Anwar Ibrahim akan menghormati orang-orang Sabah apabila mereka berkelakuan seperti ini?

"Adakah anda fikir Anwar akan menghormati kita pada masa depan apabila kita bergaduh sesama sendiri, hanya untuk mendapatkan pengesahan daripadanya?" soal Yong lagi seperti yang dilaporkan FMT.

Agendadaily.com pula mendedahkan terdapat strategi halus Anwar mencalonkan Ansari yang telah berkali-kali tewas dalam pilihanraya di Sabah, sedangkan Anwar mempunyai pilihan mencalonkan Tamrin yang lebih berpotensi untuk menang.

Rumus Agendadaily strategi halus Anwar itu adalah untuk memastikan kemenangan Yong Teck Lee dengan mengorbankan Ansari Abdullah yang dikenali sebagai muka bengis, keras kepala dan disukai oleh penduduk setempat.

"Hati-hati dengan pencaturan halus antara Anwar dengan Yong Teck Lee", tulis Agendadaily.
Baca selanjutnya..

Semalam Karpal disyaki denggi, hari ini cirit birit pula

Jika semalam, anak Karpal Singh, Ram Karpal memberitahu mahkamah ayahnya disyaki demam denggi, hari ini Sankara Nair memberitahu mahkamah Karpal cirit birit untuk mendapatkan penangguhan prosiding ke jam 2.00 petang ini.

Dengan alasan 'demam denggi' semalam, hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membenarkan penangguhan hingga ke hari ini dan dan sekiranya Karpal tidak dapat datang hari ini, hakim memerintahkan pasukan pembelaan supaya melantik peguam lain menggantikannya untuk sesi soal balas.

Pagi ini, sebaik sahaja prosiding mahu dimulakan, Sankara Nair memohon penanguhan hingga ke petang ini, kerana Karpal mahu hadir sendiri dalam sesi soal balas, meskipun masih lemah dan cirit birit.

Sankara juga turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa Karpal tidak mengalami demam denggi setelah mendapat keputusan ujian daripada pihak hospital. Bermakna Karpal hanya demam biasa dan boleh meneruskan tugasnya sebagai Ketua Peguam Bela Anwar.

Katanya, meskipun Karpal masih lemah dan dilanda cirit-birit pula, beliau akan datang ke mahkamah pada jam dua petang ini.

Sankara juga memberi jaminan jika Karpal tidak hadir petang ini, peguam lain akan menggantikannya untuk soal balas ke atas saksi-saksi tersebut.

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau tidak ada bantahan berhubung penangguhan itu tetapi berharap ia diteruskan pada waktu yang dijanjikan itu.

Hakim Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga jam 2 petang ini.

Baca selanjutnya..

Tuesday, October 26, 2010

YB Zahrain persoal berapa kos Anwar bawa Saiful ke luar negara ?

KUALA LUMPUR - YB Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru membangkitkan di palimen semalam tentang berapakah kos perbelanjaan yang dilaburkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa Mohd Saiful Bukhari Azlan keluar negara.

"Saya ingin tahu siapa yang membiayai dan berapakah kos perjalanan ke luar negara Saudara Saiful Bukhari Azlan, seorang bekas pembancuh kopi YB Ketua Pembangkang yang sering mengiringi beliau ke luar negara?", katanya.

Yb Zahrain dimaklumkan Saiful pernah memberitahu mahkamah bahawa dia telah dibawa oleh Anwar ke Bangkok, Hong Kong dan Singapura. Semasa di luar negara, Saiful diberi layanan menginap di hotel lima bintang iaitu Dusit Tani Hotel (Bangkok), Royal Executive Suite, Kowloon (Hong Kong) dan Hotel Hilton (Singapura).

"Kenapa pembancuh kopi pun dipaksa mengiringi Ketua Pembangkang ke luar Negara? Mustahil tidak ada kopi atau pembancuh di Bangkok, Hong Kong dan Singapura"

"Kita nak tahu juga jika Ketua Pembangkang juga turut diiringi tukang kebun, tukang masak dan pembuat karipap, dan apakah jumlah kos sebenar perjalanan mereka ke luar negara", katanya lagi.

Dalam sidang parlimen itu juga Zahrain membangkitkan soal pembaziran yang dilakukan oleh Anwar dalam menghantar pasukan pemujuk kerajaan 16 September yang ternyata tidak membuahkan apa-apa hasil.

Pada 12 September 2008, Anwar telah menghantar 4 orang pemimpinnya sebagai pasukan pemujuk untuk mengekori ahli parlimen BN yang sedang mengadakan lawatan sambil kerja di Taiwan. 4 orang pemimpin PKR yang dihantar itu adalah Tian Chua, Elizaberth Wong, Saifuddin Nasution dan Fauziah Salleh.

"Saya masih tertanya-tanya duit siapa yang sebenarnya dibazir untuk menampung kos perjalanan agen-agen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ini?

"Tujuan mereka ke Taiwan dan Hong Kong bukan untuk menarik pelaburan asing ke Negara kita atau mempermudahkan pelaburan kita di sana (tetapi) tujuan agen-agen tidak bermaruah ini ke Taiwan dan Hongkong ketika dibuai mimpi September 16 adalah dengan niat khianat untuk memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk berpaling tadah?







Baca selanjutnya..

Karpal Sakit, Prosiding ditangguhkan esok

Prosiding yang sepatutnya disambung hari ini terpaksa ditangguh sehingga esok kerana ketua peguam bela Anwar, Karpal Singh didakwa tidak sihat.

Perkara itu dinyatakan oleh salah seorang peguam bela Anwar, Ram Karpal pagi tadi di mahkamah. Ram Karpal adalah anak kepada Karpal Singh.

Ram Karpal memberitahu mahkamah, ayahnya tidak sihat dan disyaki mengidap deman denggi.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan penangguhan itu dan sekiranya Karpal tidak dapat datang esok, hakim memerintahkan pasukan pembelaan supaya melantik peguam lain menggantikannya untuk sesi soal balas.

Semalam prosiding ditangguhkan, sehingga hari ini bagi membolehkan pihak pendakwaan mengesan satu laporan perubatan awal yang didakwa telah dbuat di antara 28 Jun dan 13 Julai 2008.

Baca selanjutnya..

Monday, October 25, 2010

Batu Sapi : Protes berterusan kepada Anwar Ibrahim


Bantahan penyokong PR terhadap keputusan PKR bertanding di Batu Sapi menjadi isu utama, apabila mereka yang tidak berpuas hati mula menyerang twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saufi3848 menempelak Anwar dengan soalan, "Kenapa tak kasi laluan kepada SAPP sahaja! 3 penjuru lebih berpihak kepada BN". Selepas itu pengunjung bernama azizanshaari pula menyoal dengan soalan hampir sama "kenapa pkr letak calon juga? Yong teck lee bkn sekutu pr ?".


hooikokhoe pula memarahi Anwar kenapa mempertaruhkan nasib PKR dengan melawan BN di Batu Sapi dengan bertanyakan soalan "DS, for the sake of winning in Bt Sapi against BN, pls support Datuk Yong fight BN.".


Pengunjung bernama hidayat_nurslan pula memberi pendapat "mngkin jgk pndngn mengenai SAPP ad benarnya. Mngkin jugak tidak?".


Bantahan ini dapat difahami apabila ramai daripada ahli PKR merasakan parti itu sendiri mengkhianati rakan sekutu mereka, SAPP di bawah pimpinan Yong Teck Lee.

Parti SAPP Sabah dikatakan antara parti yang mahu berkerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Kerajaan 16 September, Anwar Ibrahim pada 2008. Anwar pula memberi alasan SAPP sebenarnya bebas dan bukan sebahagian dari Pakatan Rakyat, malah menurut Anwar lagi, SAPP mahu kembali semula ke pangkuan BN.


Menurut laporan Sabahkini, bukan PKR sebaliknya calon PAS yang sepatutnya mewakili PR di Parlimen Batu Sapi. Hal ini berdasarkan persetujuan bersama sebelum PRU Ke-12 lalu.

Menurut sumber, Anwar menggunakan alasan PAS bertanding di Galas, jadi sewajarnya PKR mendapat hak bertanding di Batu Sapi. Klik sini.

Baca selanjutnya..