Monday, April 26, 2010

Kerjasama PAS bantu Anwar dipertikai

SELANGOR - Beberapa pihak dari dalam PKR mula mempertikaikan kerjasama dan sokongan parti PAS terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini khususnya membantu kemenangan calon PKR dalam menghadapi pilihan raya kecil di Hulu Selangor.

Penulis politik Mohd Sayuti Omar (MSO) yang sebelum ini dilihat sebagai simpatisme Anwar turut mempersoalkan kerjasama PAS terhadap PKR dalam tulisannya bertajuk " Mana Setiakawan Pas Dalam Pakatan".

Tulisnya, "Dari apa yang dapat disaksikan malam tadi, ternyata apa yang dikatakan itu benar. Bahawa setia kawan dan keakraban kalangan pemimpin Pakatan Rakyat tidak begitu padu dan kukuh. Kepaduan mereka tidak sampai ke tulang hitam. Kepada saya persahabatan dalam PKR adalah persahabatan 'serba salah'"

"Malam semalam semasa PKR membawa para pendokongnya ke mini stadium untuk menenangkan perasaan selepas kalah, tidak ada seorang pun pemimpin Pas di pentas ataupun turut tampil dalam upacara itu. Ke mana mereka?", tulisnya lagi.

Semalam, semasa pengumuman keputusan kekalahan Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor, pihak Pakatan telah mengadakan perhimpunan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru. Bagaimanapun majlis yang bermula pada jam 9 malam tadi hanya dihadiri oleh 200 penyokong sahaja.

Tokoh-tokoh yang hadir adalah ermasuk calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang, dua naib presiden PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua serta pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh.

Dalam kes ini MSO membidas pimpinan PAS, katanya " Mungkin Mursyidul Pas Nik Abdul Aziz tidak perlu hadir kerana beliau uzur. Begitu juga dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Tetapi pemimpin seperti Nasharudin Mat Isa, Sallahuddin Ayub yang sihat belia harus ada di pentas kekalahan"