Saturday, April 17, 2010

Anwar pernah 'supply' wanita kepada Paul Wolfowitz ?

Cerita ini mula berlegar sejak dua minggu lepas di kalangan bekas inner circle Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula membongkarkan aktiviti-aktiviti penasihat umum PKR ketika bermastautin di Amerika Syarikat sekitar tahun 2005-2007.

Menurut maklumat dari bekas inner circle tersebut, semasa Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat, banyak kegiatan 'rahsia' yang telah dilakukan oleh Anwar dengan arahan Paul Wolfowitz, seorang Zionis yang terkenal sebagai arkitek perang di Iraq.


Salah satunya, Anwar menjadi Pengerusi dan Presiden sebuah yayasan 'hantu' yang dinamakan Foundation For The Future(FFF).

Yayasan ini dipertikaikan oleh masyarakat Amerika Syarikat kerana tiada maklumat terperinci berkenaan modus operandi NGO hantu tersebut.Klik di sini

Kemunculan yayasan 'hantu' ini menjadi salah satu sebab Paul Wolfowitz dipecat daripada jawatannya Presiden Bank Dunia, kerana Wolfowitz gagal menjawab hubungan di antara bank dunia, teman wanitanya (Shaha Ali Riza) dan Foundation for The Future.

Paul Wolfowitz juga turut dikenali sebagai seorang 'kaki perempuan'. Menurut laporan Pada tahun 2000, Paul Wolfowitz semasa menjadi dekan SAIS (School of Advanced International Studies) Johns Hopkins University telah melakukan salah laku seks dengan salah seorang staff di universiti itu.

Pada tahun 2001, Isteri Wolfowitz, Clare Selgin mendedahkan suaminya mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muslim yang bernama Shaha Ali Riza yang ketika itu bertugas di NED (National Endowment for Democracy). Ekoran pendedahan isterinya itu menyebabkan Wolfowitz gagal dicalonkan sebagai Pengarah CIA, tetapi tetapi Pentadbiran Bush kemudiannya mencalonkan Wolfowitz untuk jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan.Klik di sini

Shaha Riza dilihat menjadi teman Wolfowitz dalam majlis rasmi Pentadbiran Bush sedangkan ketika itu beliau masih berkahwin.

Shaha Riza juga diberi habuan kewangan oleh Paul Wolfowitz melalui pemberian kontrak kepada SAIC(Science Applications International Corp). Ketika itu SAIC dimiliki oleh Shaha Ali Riza yang berfungsi untuk mendapatkan maklumat (risikan) di Timur Tengah khususnya di Iraq. Klik di sini

Ketika skandal Paul Wolfowitz-Shaha Ali Riza mula meletus, nama Anwar Ibrahim mula muncul. Anwar pada 1 Oktober 2006 telah menghantar surat kepada Ms Robin Cleveland untuk memohon perpindahan Shaha Ali Riza dari Bank Dunia ke Foundation For The Future.

Surat itu ditandatangani oleh Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Foundation for The Future yang beralamat di Washington DC.

Pembabitan Anwar makin menambahkan kemelut kerana Shaha Ali Riza sedang disiasat berkenaan cukai pendapatannya, status keselamatan G-4 (yang merupakan visa Amerika Syarikat yang dimiliki oleh ejen asing) dan status yayasan tidak sah (Foundation for The Future).

Semua butiran siasatan ini dilampirkan dalam laporan Siasatan Penyelewengan Paul Wolfowitz yang dikenali sebagai "Ethics Committee Case No 2 and President Papers" Surat yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim juga termasuk salh satu bukti yang termasuk dalam dokumen laporan tersebut. Klik di sini

Sebelum ini, Anwar pernah menafikan bahawa yayasan yang dipengerusikannya (Foundation for The Future) mempunyai perkaitan dengan Amerika Syarikat, tetapi pendedahan laporan siasatan tersebut membuktikan sebaliknya.

Jika Shaha Ali Riza dipertikaikan berkenaan cukai pendapatan dan status G-4, kerana beliau bukan warganegara Amerika Syarikat, bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim yang juga bukan warganegara Amerika Syarikat dan menjadi Pengerusi yayasan yang menjadi siasatan Jawatankuasa Penyelewengan Paul Wolfowitz itu ?

Memahami lanjut hubungan Anwar dan Foundation For The Future, sila baca artikel bertajuk "Di sebalik Anwar Ibrahim & Foundation For The Future". Klik di sini