Monday, March 8, 2010

Walaupun hilang majoriti, Anwar tetap mahukan Ketua Pembangkang

SHAH ALAM - Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui partinya, PKR telah kehilangan majoriti di parlimen, tetapi beliau masih keberatan untuk menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada DAP.

"Oleh kerana jumlah kerusi PKR sekarang kurang, saya pelawa Lim Kit Siang (Penasihat DAP)yang lebih banyak pengalaman. Saya tidak akan pertahankan.

“Saya lebih pengalaman sebagai menteri, tetapi Lim awal-awal lagi berkata, perkara itu bukan isu dan beliau awal-awal lagi telah berikan kenyataan bahawa DAP tetap menyokong Anwar,” katanya ketika menghadiri Konvensyen PR Selangor semalam.

Setelah empat Ahli Parlimen PKR keluar parti, PKR kini memiliki 27 kerusi berbanding DAP sebanyak 28. Pas pula mempunyai 23 wakil dalam Dewan Rakyat.

Ramai pemerhati politik berpendapat nada percakapan Anwar yang menunjukkan beliau 'berpengalaman sebagai menteri' membayangkan hanya diri beliau sahaja yang paling layak menjadi ketua pembangkang. Apatah lagi, Anwar turut mewar-warkan kenyataan DAP yang memberikan jawatan tersebut kepada beliau meskipun bilangan majoriti PKR di parlimen semakin berkurangan.

Sementara itu di blog Lim Kit Siang, beliau menyiarkan tulisan Neville Spykerman dari Malaysian Insider yang mengatakan Pakatan akan menang besar jika Anwar dipenjarakan.Klik di sini dan di sini

Penulis Malaysian Insider memetik kata-kata Lim Kit Siang yang mengatakan “If he (Anwar) is jailed, our motto will be free Anwar, vote PR!”

Kata-kata Lim Kit Siang ini membayangkan bahawa beliau sendiri yakin Anwar Ibrahim bakal dipenjarakan, dan sekiranya perkara itu berlaku, DAP akan mendapat keuntungan besar serta masalah Ketua Pembangkang secara automatik akan menjadi milik DAP.